Haritu dah banyak hantar ke rumah nenek. Tadi baru terfikir share kat grup muslimat surau kariah. Ibu war²kan... nak bagi free je.
Sekejap je Ustazah Aniza bagitau nak.. yesss.. selesai masalah.
Suami ustazah, Ustaz Sukaimi merupakan sepupu arwah atuk. Ustaz nak ambil sikit je tapi ibu insist bagi semua. Katanya nak buat dodol.. arghh.. mana boleh sikit.. kena banyak tu. Bolehlah ibu clearkan semua sebab nak bersihkan laman tepi😅
Lepas Ustaz ambil ada pula yang PM.. katanya nak tambah² untuk buat lemang. Ibu bagitau lainkali ada lagi, ibu inform.
Banyak dah tu anak pokoknya.. ibu dah minta ayah carikan orang hapuskan pokok kecik² tu.. semak dah...
Ibu pulak bukan rajin nak kupas sabut kelapa tu.. parut kelapa ok. Mesin kat rumah nenek ada. Boleh je nak jual kat kedai tapi kena buang sabut tu dulu. Sapa pulak yang nak kerjakan.
Haaa.. gini lerr.. orang yang takde pokok kelapa dok beli kelapa dengan harga yang makin lama makin mahal. Yang ada pokok sendiri ada cabarannya juga 🤗



Sama lah kita. Saya pulak sanggup beli air kelapa kotak kat kedai walaupun ada pokok kelapa kat rumah. 😄
ReplyDeleteBeli kat kedai... dah sejuk.. boleh terus minum. Kalau buat dari scratch lambat lah nak dapat minum sebab nak kena cari galah dulu😅
DeleteSusah nak dapat buah kelapa sekarang ji. Harga pun kemain kayangan lagi.
ReplyDeleteItu lah.. tu yang kadang beli santan kotak je huhu
DeleteAnak² kelapa tu tak nak tanam ke Kak? Atau jual/sedekah benih dekat org... Manalah tahu ada yg hendak ☺️
ReplyDeleteDah takde tempat nak tanam... ada juga kakak ambik tanam kat Tapah. Kalau ada yang nak lagi akak suka.. nak bagi je.
DeleteDekat kampung pun ada juga pokok kelapa..tapi, tinggal dekat belakang rumah..yang dekat depan, bapak dah matikan..kdg² banyak sangat, orang datang juga beli(yang buka kedai dekat kampung).. kalau kawan² mak, ambik je .hihi.
ReplyDeleteBelah² sana mesti lagi banyak pokok kelapa kan...
DeleteTadi dah sembang dengan mak.. mak kata letak kat rumah mak nanti mak jual kat kawan²nya. Adehhh.. mak tu.... nanti mak juga yang cabut sabut tu.
Alhamdulillah rezeki banyak tu buahnya. Nak kacau dodol best nya buat dodol sendiri.
ReplyDeletePenatnya nengok orang kacau dodol.. dulu-dululah.. dah lah bulan puasa huhu.. tapi bila dah siap sedappppp
DeleteYg ni kelapa yg orang buat santan atau parut tula kan. Kelapa ni saya suka minum je
ReplyDeleteBetul Maz.. kelapa biasa tapi kalau muda boleh diminum air nya. Kitorang beli je air kelapa muda sebab kelapa sendiri kemain tinggi pokoknya.
DeleteSaya ingat dulu di tempat angku (kakek) saya, ada kebun kelapa. Yg petik kelapa memang jago sangat naik ke atas. Lucunya, angku juga pelihara monyet, yg bisa bantu2 ambil kelapa 😄
ReplyDeleteWahhh.. kalau gitu boleh dapat buah kelapa muda bila ada yang panjat. Sesetengah tempat memang ada pelihara monyet untuk petik kelapa. Tapi tak tahu lah sekarang ada lagi ke tidak orang bela monyet 😁
Deletemasa kecik2 dulu masa kat kampung Kuala Pilah..ini jugak aktiviti SA..kumpulkan buah kelapa...lama dulu la...
ReplyDelete