Pages

Friday, June 12, 2026

Family Day 2026 : Gambar² Family

Sebelum game ambil gambar beramai².
Tema kaler Hijau Muda atau Avocado (mix hijau dan coklat).

Lepas sukaneka berehat² je... anak² ada yang mandi kolam, ada yang main indoor game dan ada yang berkaraoke.

Ibu naik bilik dulu sebab nak bungkus hadiah untuk majlis malam. Setel semua baru turun. Nampak ummi dan Cik Fatin ambil giliran memasak untuk makan tengahari.

Sementara adik beradik semua ada kat bawah, kami decide untuk bergambar bersama². Tengahari bolong ambil gambar uuuu 🤓




Gambar ikut urutan dari nombor 1 di sebelah kanan hingga nombor 11.

Kat sinilah dok bergaduh pasal kaler tudung.. udah dibilang pakai tudung coklat... masalah nya ada yang kata coklat banyak range. Padahal ada yang kaler purple.. kaler maroon..
Haihhh.. macam² lah.. masing² pertahankan kaler coklat mengikut pandangan mata sendiri😂😂


Kat celah² ni lah nak bergambarnya pun😁



Simpan lah banyak-banyak gambar bersama yang tersayang.






 
Gang bapak-bapak layan karaoke kat dewan.


Anak-anak besar main indoor games.

10 comments:

  1. Nenek ada sorang jela menantu perempuan. Yang lain semua menantu lelaki la kiranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, betul.
      Menantu perempuan memang klik lah dengan kami.

      Delete
  2. Meriah nya adik beradik akak... Ada 11 semuanya...sorang je kumbang.. mesti reda je waktu nak membesar tu, layan adik² dengan kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik lelaki dulu masa kecik jenis tak banyak cakap... akak pun lupa kitorang pernah main sama ke tak.. tapi yang akak ingat pernah jiblonan kat parit😁😁

      Delete
  3. Wah sama lah dengan adik beradik akak. Alhamdulillah seronok tu nenek dengan kesemua anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gang adik beradik ramai 😅
      Kalau ada yang tanya berapa orang adik beradik.. kita jawab 11, mesti reaksi diorang... RAMAINYAAAAA... kan kak😁

      Delete
  4. ramainya adik beradik sampai 11 orang! tengok gambar je dah tahu geng riuh sekampung ni hehehe.
    serono tengok big family buat gathering camni <3

    ReplyDelete
  5. Kaaak, baguuus lah kombinasi warna hijau alpukat ini dengan coklat 😍😍😍. Memang cocok ya dipakai di tengah cuaca terik. Warnanya langsung menyerlah ❤️❤️. Padahal biasanya warna hijau lembut begini saya hindari sangat. Ternyata setelah lihat, malah sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau ni kena pakai ramai² masa sukan atau aktiviti... kalau pakaian jalan memang taklah... menyerlah sangat😂

      Delete