Jam 6 tadi ibu ajak Abang Imi temankan ke Setia City Mall sebab ibu ada barang nak beli. Malas nak drive sebenarnya🤗 Masa tu hujan masih renyai². Sedap betul lah tidur petang, hujan pulak tu. Kalau boleh memang nak sambung tidur.
Masuk beberapa kedai dapatlah barang yang ibu nak. Masa kat JD Sport Bami ditegur Aqil. Datang sorang² beli kasut sukan. Insyaallah seminggu lebih nanti daftar Politeknik.
Ibu ajak Aqil makan sekali sebab masa tu memang kita nak dinner. Bami suggest makan kat Nak Nak, restoren Korea.
Tahniah Aqil, study smart ya.
Makngah doakan Allah permudahkan jihad Aqil untuk menuntut ilmu.
Ibu pilih Ayam Gochujang biasa. Taknak makan pedas². Bami try menu baru, Ayam Honey Butter manakala Aqil ambil set burger. Ibu belikan juga untuk Aqil tapau balik, bagi kat ibu dia, Cik Cha.
Ramai juga orang kat mall malam ni. Ibu ayah memang jarang masuk mall hari Ahad sebab biasa Ahad hari berehat². Kalau keluar pun, kena make sure petang sebelum Asar dah ada kat rumah. Isnin nak kerja jadi kena tone down activity pada hari Ahad.

.jpg)


tk pernh try lg mkn kat NAK NAK..adik pernh share la menu ni die dh byk kali mkn
ReplyDeleteBoleh try MT, konsep fast food. Order pun pakai machine macam kat McD & KFC.
DeleteAll the best Aqil!
ReplyDeleteNampak sedap belaka tu...
Tq aunty PH 🥰
DeleteSemua yang dimakan pada kami sedap, kena dengan tekak.
wah sedapnya. tak pernah dengar makanan korea tapi nama kedai cakap melayu.
ReplyDeleteSaya baru google kak... Nak 낙 simply means JOY in Korean. Our brand identity is inspired by how the word “NAK NAK”
Deletenak nak takde lg kt kuching ni.. all the best aqil... x lama lg dh tu nk daftar poli
ReplyDeleteNanti sampai lah tu sebab kat Semenanjung banyak dah branch.
DeleteDaftar poli sama tempat Kak Widad dulu.
kena cuba Nak Nak ni.. mcm sedap je
ReplyDeleteSila.. sila.. Insyaallah sedap 😋
DeleteBanyaknya fries tu jenuh nak habiskan.
ReplyDeleteTak habis pun Cie, tapau balik... pun ada lagi dalam esbok tu 😁
DeleteTentu sedap makanan korea erk
ReplyDeleteSedap wak.. try lah sesekali makan makanan Korea.
DeleteBaru makan nak nak minggu lepas, sedap kan
ReplyDeleteSedap.. sedap...
DeleteNi kalau Rahimi tak ajak, saya memang tak masuk lah situ. Tempat budak-budak muda.
Ingatkan nak makan kat Ah Cheng Laksa je😅
all the best buat Aqil :)
ReplyDeleteTerima kasih acik Ana😍
Deletesedap NAKNAK ni. saya suka ayam soy sauce :D
ReplyDeleteall the best belajar di poli, aqil!
ooo kiranya best seller lah kot, Bami pun cakap gitu. Dia tapaukan ayahnya yang tu tapi akak tak rasa.
DeleteBeberapakali baca ttg kuliner NakNak ini... Kalau khas Korea, sayapun pasti suka 😄👍.
ReplyDeleteSamaaa kita kak. Kadang saya saat msh kerja dulu, kalau Minggu tuh memang utk istirahat lah. Krn Senin dah kerja lagi kan. Tp sejak resign, Minggu tergantung mood saja, nak kluar atau tidak 😄
Nampak Nak Nak harganya affordable juga sebab macam KFry set dia agak mahal.
DeleteCuti nak berehat² je.
Haaa.. dah duduk rumah tu jangan lupa hari liburan anak² Fanny😆😆
Fav saya ni naknak. jauh sikit dari rumah. tapi kalau scm macam wajib beli hehe. all the best to Aqil.
ReplyDeleteAkak pun baru tau lah tempat makan ni. Biasa masuk SCM tapi tak perasan pulak walaupun kat laluan utama. Mungkin terbiasa dengan resto yang biasa masuk.
DeleteNak Nak ni Dania je yg pernah merasa.
ReplyDeletePergi dengan kawan² lah tu ya.
DeleteBudak² mud sukalah food gini.
Good luck Aqil. Moga berjaya dunia akhirat.
ReplyDeleteAamiinnn... terima kasih kak🥰
Delete