4 jam dalam ETS bukannya boleh tidur sangat... lelap.sekejap². Penumpang depan sembang macam reunion. Yang belakang pasang video macam dia tak tau earphone ada dijual. Satu coach boleh dengar dia pasang lagu hindustan dan apa2 videolah.
Yang 'bagusnya' nya dia turun kat Tasek Gelugor, satu stesen je sebelum Sungai Petani😬😬
Sampai 3.03 am, check-in Hotel Seri Malaysia depan stesen KTM. Mata dah rabak. Landing atas katil bukan boleh auto tidur walau mengantuk sangat.Hotel semalam RM160 termasuk breakfast 2 orang. Kami check-in lewat, bayar RM150 sahaja.
Jam 8 am turun breakfast.
Main dish Nasi Goreng Kampung, sedap... kena dengan tekak kami berdua.
Check out hotel jam 10.45 am tapi kami tinggalkan beg kat receptionist dulu. Ambil grab ke sekolah, 7 minit je jarak.
Selagi anak masih bersekolah, inilah rutin nya. Kita bagi support 100%.
Ni kalau taknak belajar, rotan je😆
Disebabkan tak jumpa guru² subjek, jadi Wafi bawa hadiah ni ke bilik guru. Letak atas meja tapi dah siap² tulis nama dan kelas Wafi. Hari Guru ibu tak sempat postkan hadiah, jadi bawa masa konferensi.
Ibu bawakan Coklat Tiramisu Beryls dan pewangi dari Lovely Lace. Cari yang mudah dibawa sebab pergi pun naik ETS je. Kat sekolah baru masukkan dalam paper bag.
Jadual asal, konferensi bersama guru² subjek. Sampai dewan baru nampak ditukar kepada perjumpaan bersama guru kelas.
Guru kelas Wafi ajar Bahasa Jepun tapi Wafi belajar Bahasa German. Acaner tu 😅. Memang tak jumpalah dalam kelas.
Disebabkan tak jumpa guru² subjek, jadi Wafi bawa hadiah ni ke bilik guru. Letak atas meja tapi dah siap² tulis nama dan kelas Wafi. Hari Guru ibu tak sempat postkan hadiah, jadi bawa masa konferensi.
Mostly Guru² subjek Form 4 sama mengajar Form 5 juga. Jadi mereka terlibat dengan konferensi Form 5.
Ibu bawakan Coklat Tiramisu Beryls dan pewangi dari Lovely Lace. Cari yang mudah dibawa sebab pergi pun naik ETS je. Kat sekolah baru masukkan dalam paper bag.
Subjek ada 10 jadi ibu belikan 10 set. Wafi lupa pulak pasal Cikgu Kelas. Masa jumpa Sinsei Asmahani memang ada bagi kat beliau, jadi kurang satu. Nanti Wafi balik ibu kirimkan untuk cikgu Math.
Lepas makan tumpang solat kat surau hotel sebelum gerak ke KTM.
Minggu ni Pulang Bermalam pilihan. Tapi kalau dah namanya Wafi, mana ada nak stay.kat asrama. Ayoohh lah ibu angkut bawa balik.
Sabtu nanti balik sendiri dengan kawan².
Gitulah cerita hari ni sambil update blog dalam ETS. Rasa malam ni lena tidur ibu, home sweet home😁













Banyak gangguan dalam train selalu ramai orang takde common sense kan. Seronok la ibu dapat bermalam dengan wafi.
ReplyDeletePelik nau orang² gini, public transport kot.. buat macam kenderaan sendiri, aishhhh
DeleteDia balik sekejap² ni bahaya.... tak sempatlah ibu nak rehat, ada je plan dia. Siap dia cakap.... ala.. kita tak ada ibu dah puas tido kan🤭🤭
Nasib baik masa naik ETS hari tu boleh pulak tidur. 4 jam juga perjalanannya.
ReplyDeletePenumpang² semua behaved tu. Bagus².
DeleteMasa kami balik ramai pulak yang balik dari Hatyai, depa naik dari Padang Besar. Havoc juga tapi dapatlah tidur sejam.
Tapi ada insiden tak syok juga. Depan saya orang Jepun perempuan tu pakai seluar pendek. Dok la tertonggek tonggek nak ambik barang. Buruk nampaknya....haha
DeleteHahahhaah.. adoiiiii
DeleteKita yang nengok pulak segan🤗
Lega la Wafi boleh ikut ibu balik rumah
ReplyDeleteDia yang lega.. ibu tak hahahah
DeleteJauh perjalanan ibu...balik kena rehat...
ReplyDeleteMujur hari ni ambil leave boleh lah sambung tidur😆. 24 jam travel Selangor-Kedah-Selangor🤗
Deletenaik ETS mlm2 org nk lelap bole plak bising ye..happy wafi ibu dtg support...oh pulang bersama ke umah minggu ni ye wafi
ReplyDeleteAgaknya diorang tak perasan kat luar tu gelap gelita maklumlah dalam ETS terang benderang😬
DeleteKawan² dia yang dok Kedah ada juga parents tak dapat datang jadi bila takden waris depa takleh PB.
geramkan kadang2 org yg takde common sense ni. sesuka hati je cakap kuat2, on video kuat2 bagi satu bus dengar.
ReplyDeleteHeran dengan spesis orang gitu. Rasa cam nak tegur je 🤭🤭.. kitorang dah pandang² belakang tapi dia buat derkkkk je...
DeleteDia kalau dalam ets ada geng emm agaknya depa je yg bayar duit ets boleh suka suki cakap macam suara ada speaker. Ets kadang sejuk apa lagi malam
ReplyDeleteJenis yang tak hirau persekitaran. Mungkin kena ada sign senyap 🤫atau lower your voice😆.
DeleteKita ni kalau dekat tempat public nak bercakap dgn anak pun bisik², takut mengganggu.
ReplyDeleteSuka la Wafi dapat ikut balik 😁
Haa betul.. risau orang tak selesa kan..
DeleteNak ikut balik lepastu mengadu penat. Sehari.je kat rumah itu pun keluar² juga. Tak cukup rehat.
menarik jugak seleksi breakfast tu :D
ReplyDeletemurah rezeki ibu sebab bagi hadiah pada cikgu2 wafi
Secukupnya breakfast kat situ. Bila dah pilihan gitu bolehlah rasa semua.
DeleteAlhamdulillah... hadiah yang tak seberapa.
Itulaaah, tak suka memang kalau ketemu orang yg pasang hp dengan suara keras, macam tak tahu headset. Saya sendiri jenis yg tak suka pakai headset, tapiiii selalunya kalau nonton Drakor saya akan matikan suara, jadi hanya baca subtitle. Toh yg penting subtitle kan 😄. Biar tak ganggu orang.
ReplyDeleteBagusnya gift utk guru2. 😍. Lovely lace ini memang sukaaaaa betul saya aromanya
Akak pun tak gemar pakai head atau earphone.. sama gak, kalau tengok kat tempat awam off kan suara.
DeleteGift yang mudah dibawa dan boleh terus guna.