Hadiah tukar dari setiap keluarga.
Konsep kali ni hadiah bertemakan makanan mengikut warna yang telah ditetapkan. Bungkusan pun kena kaler yang sama.
Family kami dapat warna kuning.
Selamat.... mujur banyak makanan kaler ni🤭
- Secukup Rasa
- Garam
- Serbuk Kunyit
- Serbuk Kari Ikan
- Papadom
Kena buat 12 bungkusan jadi setiap keluarga akan dapat termasuk diri sendiri. Dalam setiap bungkusan tidak ditetapkan berapa jumlah yang perlu diisi. Bila riki² masing² tak lebih dari 5. Jadi ibu beli 5 je😁
Hadiah untuk anak², setiap keluarga sediakan satu hamper/bungkusan. Sama ikut warna. Ibu beli 4 jenis.
Anak² dapat dari Cik Ami, keluarga pink.
Kalau dah Cik Ami, memang macam² lah yang dibaginya. Mostly ibu bawakkan Wafi balik asrama.
Gula² gincu ni makngah kena pakai ke Bellaaaa ooiiì.. Kakak Wafi taknak bawak skul🤣
Ini pulak Hadiah Pakaian Terbaik.
Takde yang fancy dan mahal², just untuk suka².
Masuk balik cotainer, nanti nak guna baru keluarkan.
Cik Ami terlebih kreatif, bungkus pakai kain batik pink.
Kaedah membungkus barang menggunakan kain tradisional Jepun dikenali sebagai Furoshiki. Ia merupakan cara mesra alam, serbaguna, dan estetik untuk membawa barang, bento, atau membungkus hadiah tanpa menggunakan plastik.
Tahun ni Cik Ana dapat diffuser Feather The Owl Kids by Young Living. Ini ibu bagi extra hadiah. Cabut undi mana yang tak dapat lagi. Jadi lepas ni giliran Cik Ami, Cik Baya, Cik Biela & Cik Fatin. Kebetulan adik-adik yang muda tak dapat lagi.










Seronoknya aktiviti menukar pakaian semasa Family Day! Selain dapat mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga, aktivitas seperti ini juga memberi peluang untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencipta kenangan yang pasti akan dikenang lama. Melihat kemeriahannya pun sudah membuat saya ikut tersenyum. Semoga Family Day tahun ini penuh dengan momen indah dan kebersamaan yang bermakna.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. memori tercipta bersama hehe
Deletemeriah hasil adiah yg di bawa pulang...mcm2 ada
ReplyDeleteboleh buat stok sebulan dua tu.. garam dapat 3 boleh setahun lebih baru habis hehe
DeleteBanyak stok makanan tak payah beli tu macam2 dapat.
ReplyDeleteHaah.. takyah beli.. dah pesan hadiah yang boleh diguna untuk masak hari-hari. Karang beli bahan kuih ke kek entah bila nak buatnya.
DeleteBestnya hadiah yang dapat. Bab tukar-tukar hadiah ikut warna tu yang best. 11 warna apa lagi ye yang ada. Tayang le video nya kalau ada
ReplyDeleteDiorang tak sempat lagi buat video kak...
DeleteAda 12 warna.. nenek pun mesti nak join the crowd. Nenek kena cari warna purple.
teringin nk main mcm ni, kalau kita dpt warna kuning, ahli keluarga 20 org, kita kena beli utk 20 org ke kak? cer ceta
ReplyDeleteHaa betul... contoh : sediakan 3 barang warna kuning bungkus dalam plastik kuning. Buatlah 20 bungkus. 20 bungkus tu termasuklah diri sendiri.
DeleteJadi nanti kita akan dapat 20 bungkus hadiah dengan pelbagai warna. Kalau setiap bungkusan ada 3 jenis barang, 60 jenis kita dapat... lumayannnn... Tapi hadiah tu takyah lah mahal sangat sebab kita nak buat banyak.
Persoalannya ada ke sampai 20 warna kihkih... jenuh nak mikir 😅, kalau nak buat juga mungkin ada dua orang sama kaler.
Seronok buat stok tu...
ReplyDeleteAlaaa, mak ngah.. tengah stress buat data ke, closing ke, boleh la guna gincu tu.. hahaha
hahahahh.. kecik besar kecik besar je makngah tengok gincu tu.. ada je kat meja depan TV lagi tak berganjak.
DeleteGula2 gincu Uzma cukup suka...haih jenuh berperang ngan dia kalo nampak candy...suka sangat manis2...
ReplyDeleteDah lah sekarang packaging dan bentuk gula-gula macam-macam, mana budak-budak tak suka 😁
DeleteNi kalau Uzma ada, acik bagi je kat Uzma lipstik ni hehe
Seronoknya. Wahh rezeki Cik Ana dapat diffuser Feather The Owl Kids
ReplyDeleteRezekinya tahun ni hehe.. jenuh lah yang lain kena nunggu 😁
Deletedapat stok jajan2 yg best tuu
ReplyDeleteHaa... tak payah belikan Wafi.
DeleteBukan jenis hadiah nya, tp momen yg tercipta, excitement ketika menerima hadiah, itu yg paliiiing berkesan kan 😄😍😍😍.
ReplyDeleteSyiokkk dapat hadiah😆
Deleteuntunglah yang dapat pink tu...dapat juga kain batik
ReplyDeleteMeriah memang siapa dapat pink😆
Delete