Pages

Sunday, June 14, 2026

Family Day 2026 : Hadiah Tukar² & Pakaian Terbaik

Hasil hadiah yang dibolot. Masukkan terus dalam container kemudian susun dalam boot kereta. Kat rumah baru unboxing.
 
Hadiah tukar dari setiap keluarga.
Konsep kali ni hadiah bertemakan makanan mengikut warna yang telah ditetapkan. Bungkusan pun kena kaler yang sama.

Family kami dapat warna kuning.
Selamat.... mujur banyak makanan kaler ni🤭
  • Secukup Rasa
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Serbuk Kari Ikan
  • Papadom
Kena buat 12 bungkusan jadi setiap keluarga akan dapat termasuk diri sendiri. Dalam setiap bungkusan tidak ditetapkan berapa jumlah yang perlu diisi. Bila riki² masing² tak lebih dari 5. Jadi ibu beli 5 je😁

Hadiah untuk anak², setiap keluarga sediakan satu hamper/bungkusan. Sama ikut warna. Ibu beli 4 jenis.

Anak² dapat dari Cik Ami, keluarga pink.
Kalau dah Cik Ami, memang macam² lah yang dibaginya. Mostly ibu bawakkan Wafi balik asrama. 

Gula² gincu ni makngah kena pakai ke Bellaaaa ooiiì.. Kakak Wafi taknak bawak skul🤣

Ini pulak Hadiah Pakaian Terbaik.
Takde yang fancy dan mahal², just untuk suka².

Masuk balik cotainer, nanti nak guna baru keluarkan.

Cik Ami terlebih kreatif, bungkus pakai kain batik pink.
Kaedah membungkus barang menggunakan kain tradisional Jepun dikenali sebagai Furoshiki. Ia merupakan cara mesra alam, serbaguna, dan estetik untuk membawa barang, bento, atau membungkus hadiah tanpa menggunakan plastik.

Tahun ni Cik Ana dapat diffuser Feather The Owl Kids by Young Living. Ini ibu bagi extra hadiah. Cabut undi mana yang tak dapat lagi. Jadi lepas ni giliran Cik Ami, Cik Baya, Cik Biela & Cik Fatin. Kebetulan adik-adik yang muda tak dapat lagi.

22 comments:

  1. Seronoknya aktiviti menukar pakaian semasa Family Day! Selain dapat mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga, aktivitas seperti ini juga memberi peluang untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencipta kenangan yang pasti akan dikenang lama. Melihat kemeriahannya pun sudah membuat saya ikut tersenyum. Semoga Family Day tahun ini penuh dengan momen indah dan kebersamaan yang bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memori tercipta bersama hehe

      Delete
  2. meriah hasil adiah yg di bawa pulang...mcm2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat stok sebulan dua tu.. garam dapat 3 boleh setahun lebih baru habis hehe

      Delete
  3. Banyak stok makanan tak payah beli tu macam2 dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. takyah beli.. dah pesan hadiah yang boleh diguna untuk masak hari-hari. Karang beli bahan kuih ke kek entah bila nak buatnya.

      Delete
  4. Bestnya hadiah yang dapat. Bab tukar-tukar hadiah ikut warna tu yang best. 11 warna apa lagi ye yang ada. Tayang le video nya kalau ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang tak sempat lagi buat video kak...
      Ada 12 warna.. nenek pun mesti nak join the crowd. Nenek kena cari warna purple.

      Delete
  5. teringin nk main mcm ni, kalau kita dpt warna kuning, ahli keluarga 20 org, kita kena beli utk 20 org ke kak? cer ceta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul... contoh : sediakan 3 barang warna kuning bungkus dalam plastik kuning. Buatlah 20 bungkus. 20 bungkus tu termasuklah diri sendiri.
      Jadi nanti kita akan dapat 20 bungkus hadiah dengan pelbagai warna. Kalau setiap bungkusan ada 3 jenis barang, 60 jenis kita dapat... lumayannnn... Tapi hadiah tu takyah lah mahal sangat sebab kita nak buat banyak.

      Persoalannya ada ke sampai 20 warna kihkih... jenuh nak mikir 😅, kalau nak buat juga mungkin ada dua orang sama kaler.

      Delete
  6. Seronok buat stok tu...
    Alaaa, mak ngah.. tengah stress buat data ke, closing ke, boleh la guna gincu tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahh.. kecik besar kecik besar je makngah tengok gincu tu.. ada je kat meja depan TV lagi tak berganjak.

      Delete
  7. Gula2 gincu Uzma cukup suka...haih jenuh berperang ngan dia kalo nampak candy...suka sangat manis2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lah sekarang packaging dan bentuk gula-gula macam-macam, mana budak-budak tak suka 😁
      Ni kalau Uzma ada, acik bagi je kat Uzma lipstik ni hehe

      Delete
  8. Seronoknya. Wahh rezeki Cik Ana dapat diffuser Feather The Owl Kids

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezekinya tahun ni hehe.. jenuh lah yang lain kena nunggu 😁

      Delete
  9. Bukan jenis hadiah nya, tp momen yg tercipta, excitement ketika menerima hadiah, itu yg paliiiing berkesan kan 😄😍😍😍.

    ReplyDelete
  10. untunglah yang dapat pink tu...dapat juga kain batik

    ReplyDelete