Pages

Saturday, June 13, 2026

Family Day 2026 : Persembahan Kartun Mania

Beberapa bulan sebelum FD, masa berkumpul² mulalah adik² plan nak berpakain karektor kartun untuk malam hari kedua. Sama² pilih karektor kemudian cabut undi. Bolehlah masing² fikir nak pakai baju apa nanti. 3 minggu baru ibu order baju dari Shopee. Cari yang murah² je.
Gambar pada T-Shirt FD direka oleh Abang Izzat berdasarkan kartun :-
  • Demon Hunter
  • Barbie
  • Ultraman
  • Labubu
  • Power Rangers
  • Shaun The Sheep
  • Spongebob Squarepants
  • Mickey & Minnie Mouse
  • Minion
  • Kuromi
  • Doraemon
Seminggu sebelum FD, Cik Ami bagi tugasan pada setiap keluarga. Kena buat persembahan pulak berdasarkan lagu kartun yang Cik Ami pilih. Bagi link siap-siap. Haishh.. ingatkan pakai baju je. 

2 hari sebelum pergi baru ibu, ayah & Kawi fikir nak buat aksi apa. Kartun Kuromi pun ibu tak pernah tengok kat TV macam kartun Doraemon, Power Rangers etc. Cuma tau lah Kuromi tu cemana. Bami dan Wafi tak ikut rehearsal. Sebelum masuk stage baru bagitau nak buat apa. Spontan betul.

Adik beradik semua sporting berpakaian dan beraksi berdasarkan kartun yang telah ditetapkan.

Cik Fatin - Barbie
Comel betul Barbie berdua ni buat aksi lakonan lagu Baby Girl.

Cik Elis - Doraemon

Pengarahnya Alma.. pandai budak bertiga ni menari.. siap angkat Firas di akhir persembahan. Mama dan babah jogging kat belakang.

Cik Ami - Mickey & Minnie Mouse
Pemenang Persembahan Kartun Mania - No. 2

Cik Ujang - Labubu

Lagu yang disebut-sebut Bella.

Cik Nora - Ultraman

Beria eh Cik Nora dan Kancil buat aksi Ultraman tu.

Cik Wada - Minion

Comel betul Cempaka & Ali pakai cermin mata bulat tu.
Ali pandai betul menari shuffle.

Ummi - Power Rangers
Pemenang Persembahan Kartun Mania - No. 1

Geng ni petang tu baru cari storyline dan accessories.

Ibu - Kuromi
Pemenang Pakaian Terbaik - No. 1

Ibu belikan baju dan headband... acessories lain Kawi yang beli. Mekap dan sticker Kuromi Kawi yang pakaikan. Bantal peluk Kuromi yang Wafi pegang Cempaka pinjamkan. 

Lepas Cik Amir pasang lagi Kuromi sebagai pengenalan, Ayah cadangkan lagu Didi & Friends - Kalau Rasa Gembira.. Perkataan gembira tu tukar kepada Kuromi guna lagu yang sama. Minta penonton nyanyi sama-sama.

Cik Cha - Shaun The Sheep
Pemenang Persembahan Kartun Mania - No. 3

Pelakon tambahan anak-anak buah juga lakonkan cerita Upin Ipin-Pengembala Biri-biri
Sebelum masuk pentas baru decide nak buat apa.. hebat.. hebat

Cik Baya - Spongebob Squarepant
Pemenang Pakaian Terbaik - No. 2

From top to toes, lengkap 😊

Cik Biela - Demon Hunter

Ni pun import semua anak buah naik pentas.. nyanyi dan joget ramai-ramai.


Persembahan kali ni nampak lebih tersusun dan sangat selesa sebab buat di dalam dewan. 
Pengarah Cik Ami berkali-kali bagi ucapan tahniah sebab semuanya sporting habis.

18 comments:

  1. Alhamdulillah majlis FD berlangsung dengan jayanya. Tahniah pada semua sgt sporting ,paling rare kuarga cik Biela yg tak lekang ngan kain lampin dibahu.😁🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy... Alhamdulillah🥰
      Cik Awie terlebih kreatif guna props Hana😆

      Delete
  2. Replies
    1. Keluarga sendiri takde lah rasa segan hehe

      Delete
  3. Seronoknya semua sporting tu. Tahniah buat pengarah & semuanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sporting nanti Cik Ami taknak buat lagi 😅

      Delete
  4. Tahniah semua.. mantap betul.. comel la baju tido kuromi tu.. nak cadang dekat husband la..hahaha..Linda ambil gambar akak ehhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila²... anak² kecik maulah diorang pakai... ni anak² akak takmo dah pakai buat tido, pakai sekali tu je😆

      Delete
    2. Hahaha..dia pun ada event family day Aruz dia.. tema malam nya baju tido juga...

      Delete
    3. Oo.... pasti meriah... banyak baju tido comey²

      Delete
  5. mcm2 karakter stiap family...smua sporting...tahniah dpt pakaian terbaik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MT.
      Widad lah tu paling beria sediakan... mujur abang dan adik dia bagi kerjasama. Ayat abang dia bila kena sakat dengan sepupu²... Redha je lah 🤭

      Delete
  6. Tahniah Pemenang pakaian terbaik. Cantik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Notie🥰
      Suka² je tak sangka menang pulak😁

      Delete
  7. alahaii cutenya siap ikut tema baju! tahniah dapat no. 1!
    kalau family saya yg buat gini confirm kelakar. maklomla budak2 kecik tak ramai xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Widad lah tu... mesti dia target nak menang😃

      Delete
  8. Ya Allah memang supporting semuaaaa ya kak 😄😄👍👍. Saluuut saya... Dan semua niaaat pakai kostumnya dan buat pertunjukan masing2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perform kat keluarga sendiri hantam je lah... kalau dengan orang luar memang ampunnnnnn🤭

      Delete