Hari kedua selepas solat Subuh mak-mak terus turun ke Teratak Bidara. T.akde pembahagian kerja pun tapi masing-masing auto ke dapur. Masak ramai-ramai.
Cik Nora masak Bakso second trip sebab accessories masih ada lagi. Ibu pun bawa perencah dan daging bakso dari rumah beli toko Ali Bakso tempohari.
Kira satu satu... nampaknya Cik Fatin takde dalam gambar π
Mujur tengahari lepas game Ciktin masak dengan ummi.
Lunch takde gambar, masa tu masak sup ayam + kobis + ayam. Ada topup sambal kicap dan ikan masin.
Siap dah menu sarapan hari kedua FD.
- Mee Goreng (versi pedas & tidak pedas untuk kids)
- Nasi Goreng
- Nasi Impit Goreng
- Bakso
- Nugget
- Roti Sardin
- Teh-o
- Nescafe









Suka la bakso ni cumanya tak pernah masak lagi Bakso nya.
ReplyDeleteAda jual pes dan daging bakso. Kalau pergi kedai Acheh ada jual.. minta je setnya. Kalau nak makan berulang & ramai² berbaloi beli dan masak. Tapi kalau nak makan seorang beli je Ezna sebab bahan² nak buat bakso tu banyakπ
DeleteSeronok masak sama2. Meriah menu macam2.
ReplyDeleteSeronok masak sebab ruang open dan luas.. takde lah berlaga² punggungπ
DeleteSeronoknya
ReplyDeletebest.. best.. π
DeleteSeruuuuuu. ππππ. Ini kalau saya dan adik2 kumpul bersama, yg masak dah pasti adik nomor 3 dan ipar bungsu. Kalau saya dan adik nomor 2, memang terima perintah saja. Kalau kami memasak, tak termakan yg ada π€£π€£
ReplyDeleteNampaknya ada yang kelaparan nanti π
DeleteMeriah masak2 bersama.. Mcm2 menu sarapan tu
ReplyDeletePadahal 3 menu je yang dalam plan..tetiba jadi banyak.
DeleteBihun tu warna biru ker kak?ke mata saya nampak biru
ReplyDeleteMemang kaler biru Sueann... ada bihun khas untuk bakso, akak beli kat toko Indo. Kalau beli bakso kat gerai memang dapat kaler biru camtu juga.
DeleteMasak ramai² gini seronok kalau semua bekerjasama. Sambil masak sambil borak dan usik mengusik tu yg best tu
ReplyDeleteIa.. ada je lah ceritanya.. kalau kat rumah mak jarang nak masak sama-sama kecuali kenduri. Biasa tapau dah siap dari rumah masing-masing, baru makan sama-sama kat rumah mak.
DeleteSeronok nya bila begini..tapi, tak tahu lah boleh buat ke tak.. hahaha..nak organize tu malas.. kalau follow je, kita suka
ReplyDeleteMemang kalau boleh nak follow je hehe.. kami pun bukan ada pengarah untuk seluruh program.. sorang sikit ambil job. Jadi senang lah kerja.
DeleteSA suka makan bakso..tp kena ada mee kuning la...nak buat sendiri macam leceh kan...tapi macam lama sangat dah x makan bakso...
ReplyDeleteKalau setakat nak makan sendiri, beli je dah siap SA. Nak masak tu akak rasa cam senang tapi beli bahannya tu agak banyak jadi tak berapa murah. Kalau makan ramai-ramai baru berbaloi beli bahan.
DeletePart masak2 ni yg best lepas tu makan ramai2
ReplyDeleteBetul tu kak.. masak.. makan.. baru meriah.
Delete