Pages

Saturday, May 7, 2011

Apa yg dikagumkan sangat???

Memang kagum sebab ni first time kami tengok Wafi menyusu sambil pegang botol susu sendiri.
Apa taknyerrr kalau kat rumah memang direct feeding dan dia takmo minum dari botol.
Kalau kat school tu memang lerr dia guna botol hehehe..
Tapi tak pernah nampak plak dia minum.
Pagi tadi tengah siap2kan Wafi, dia nampak susu ibu perahan (EBM) kat tepi bag dia.
Apalagi.... terus dia bukak tutup botol (ehhhh... pandainyerrr anak ibu) dan ngap... nyooootttt...
Susu tu plak baru kuarkan dari peti sejuk (bhgn bawah) tak sempat lerr warmkan ..tapi sblm masukkan dlm beg ibu dah goncang sket..
Sedap jerr minum.. haus sgt kot sbb pagi tu ayah bawak dia cycle..

Kami sangat teruja....
Tapi ibu masih mengharap Wafi direct feeding jer kalau kat rumah.. senang!!!
Tapi kadang2 nak putus puting kalau dia tarik2..ikut gaya bebas dia..sabor jerr lahhh...

Thursday, May 5, 2011

Pre-birthday present

Lagi sebulan birthday Baby Wafi…
Tapi ibu yang hover dah belikan present tricycle untuk Wafi.

Sebelum tu dah nampak budak2 naik tricycle ni tapi mak @ ayah diorg sorong dari belakang.
Nampak sesuai utk budak2 yang tak pandai kayuh lagi.
Dah survey price dia, kat Pasaraya Meru & Giant Klang Sentral dalam RM130.
Tup2 jumpa kat Econsave Alam Jaya RM119, jadi apalagi… rembat lerr…hahaha.. mungkin kat tempat lain ada yg lagi murah.. takper lahhh bukan nak tawaf satu Klang @ Shah Alam nak cari yang lebih murah.
Ada 3 buah jer haritu.. 1 kaler biru/kuning & 2 lagi light pink/purple.
Yang kaler biru/kuning ni lebih striking kaler dia.. ok lah tu.
Mintak promoter kat situ, pasang bateri & lampu bagai…
Sebelum tu, Wafi dah test… nganga-nganga suka.. nampak gigi 2 gigi atas yg jarang tu ngeeeee…
Petang balik dari school, sempatla merempit.
Rempit kauuuu…. Semalam dah tergolek macam nangka busuk.  (Ni ayah baru tau nih)

Camne laaa Kak Widad tolak sampai boleh tergolek. 2-3 minit gak nak pujuk si Wafi.
Kak Widad dah takut dah… muka cuak. Sib baik takde pa pe.. haisshhhhh…
ishhh camner nak start ni!!!
chehhh... gaya
mcm dia yg kayuh

cepat tolak KAWI!
 Ibu dah belikan besday present utk Wafi… tunggu ayah, BAMI & KAWI lahh yerrrr…
Oppssss….. Cik Echa jugak!!!!!!

Makan di mana?

During office hour, tiap kali nak breakfast, tea time, lunch, tea time ptg, takde masalah.
Turun jer kat tingkat 1.
Tak perlu berpanas, berhujan.
Tak perlu tekan minyak, tak perlu meredah trafik.
Kantin kilang.. 
google image

Nama macam tak glemer tapi setakat ni ok sangat
Banyak juga choice...
Harga... ermmmm... sangat murah berbanding makan kat luar.
Yer lahhh.... api, air, peti sejuk, meja, kerusi, company dah sediakan.
Tu pun workers komplen mahal.
Nasi, sayur, ikan @ ayam = RM2.50 - RM2.80
Kat luar mana nak dapat!
Walaupun workers @ production staff lunch hour pukul 12 noon, still ada lauk/sayur lagi.
Biasanya kantin simpan utk staff main office yg lunch hour pukul 1 tgh.
Boleh dikatakan tiap hari makan kat kantin jer..
Makan dlm 10 min, naik.. boleh tido, membaca @ layan internet.
Makan kat luar sangat jarang.. mungkin sekali sebulan.
Banyak tempat makan, restoran2 kat Setia Alam, Tesco, Giant, Klang Sentral, Klang Parade, JJ, Meru..
Tapi pilihan masih kantin juga..
Ringkas tapi rasa tidak mendukacitakan.
Kalau rasa2 tak nak makan nasi berlauk, order jer lah maggi ker, mee goreng ker, mee hailam ker dsb..
Tapi yang best... hari Selasa ada vadeiiii!!!!!
google image

Wednesday, May 4, 2011

Minizone X Carrier

Baby wearing yang ke-3 (sebelum ni ringsling dari Babylove beli kat Tesco RM69, yg ke-2 ringsling juga beli kat Littlewhiz, Setia Alam RM63)
ringsling yang sangat berjasa
Minizone X Carrier ni dari Jepun tapi beli kat Malaysia jer.
Beli dari Evon.
Harga RM44 sempena their anniversary + RM6 postage.
Diorang bagi sekali pouch utk simpan carrier ni.
Bila lipat2 kecik jerr..senang nak simpan..
Kain lembut & jahitan kemas.
Sesuai utk baby sampai umur 36 bulan (kat instruction tulis sampai 16kg)
Bila dah sampai carrier ni, baru check kat website, banyak pulak design dari seller yg berbeza.
Tapi sangat puas hati dengan kaler basic brown ni sbb lebih versatile (sangat sesuai utk dad hihihi...)

pakai sarung jer... kena betulkan
sket posisi wafi biar betul2 selesa
Kenapa X Carrier?
Wafi dah berat dah, jadi kalau guna ring sling sakit bahu sebelah.
X carrier ni support bahu sbb kelebaran kain sebelah belakang.
Baru cuba sekejap, belum bawak jalan2 lagi..
Semalam balik keje cuba dulu, ok gak..
Tapi mende ni sebenarnya untuk ayah sbb dia yang akan kendong wafi hehehe...
Kira orait lerr tu sbb ayah tak perlu kuarkan duit pa pe pun..
Hanya dukung wafi jerr bila kita gi jalan2... macam biasa...
kain lebar & support belakang..
kena kemaskan sket
belakang tu sbb smlm mintak
Imi tolong betulkan..
nota : belum mampu beli bjorn carrier ahaksss

Tuesday, May 3, 2011

Batuk

Baby Wafi batuk.
Alahai kesiannya anak ibu nih...
Rasanya dah ok semalam tapi pukul 3.30 pagi tadi terbatuk2 mcm gatal sangat tekak dia.
Pastu ada bunyi kat tekak.
Bila dah batuk2 tu muntah lahh... bagi ubat legalah sket.. tidur balik
Beberapa hari lepas check ngan Dr. Zainal ada kahak.
Ubat cairkan kahak & batuk dah bagi dah.. setengah dah guna.
Bila fikir2 menda2 yg trigger batuk mungkin :-
1. Papaya (yupppp... wafi suka sangat makan). Tapi semlm makan sepotong jerr..
2. Pisang.. sebiji jugak dia makan dengan seleranya kat rumah mak.
3. 2 keping potato wedges KFC.. maybe lahh jugakk sbb ni 1st time wafi makan. Dah tu.. kan wedges tu berminyak... alahaiiiii salah ibu gak, careless...Bagi sket whipped potato tapi muntah plak dia..
Pagi ni pesan kat ummi, mandikan wafi lewat sket..takut dada dia sejuk.

Ya Allah, Kau peliharalah anakku ini.
Berilah kesihatan yang baik padanya.
Jauhkan lah dirinya dari sebarang penyakit.
Hanya padaMu aku memohon.
Amin...

Monday, May 2, 2011

continue....Hujan & Banjir

Berkaitan tentang entry Hujan & Banjir.
Rupanyerr teruk jugak banjir kilat yg melanda kampung kami.
Jalan menghala ke puncak alam/felda bukit cherakah abih ditenggelami air.
Depan McDonald pucak alam juga.
Jalan besar memang tepi longkang/parit besar.
Hujan yg mencurah2 lepas subuh membawa kepada kenaikan air yg tak surut2 sbb longkang penuh.
Puncanya mungkin bukit yg ditarah utk buat pusat tahanan/penjara @ pusat serenti nun kat ujung kampung.
Byk kawasan rendah dinaiki air terutama jalan2 masuk ke kampung termasuklah jalan rebung, kempas, dato' johar, jln limau & beberapa kawasan lain.
Rumah2 kat tepi parit besar habis dinaiki air.
Banjjir kilat memang kilat.
pagi nan indah, foto dari tepi rumah
Cik ina cakap lepas antar anak ke sekolah, banjir sket, bila nak balik umah, jalan yg sama dah tak boleh lalu.
Terpaksa cari alternatif lain.
Cik baya pun sama. pegi ke sepital ikut jalan limau, balik, jalan dah ditutup.
Keta plak radiator bocor, sbb terlanggar sesuatu masa lalu kawasan banjir. sib baik masih under warranti.
Luckily rumah kami kat atas bukit tapi keliling dah dipenuhi air.. sama gak jadinyerr..
Rasanya menjelang malam baru air surut.
Jalan2 pecah2 akibat air yg deras + kenderaan besar yg lalu lalang..
Harap2 pihak yg berkenaan segera baiki jalan yang rosak utk megelakkan kejadian yg tidak elok.

Hari Pekerja

Cik Wada : Imi, apesal tak pegi sekolah hari ni?
Imi : Cuti laa cik wada
Cik Wada : Apesal cuti plak... ko bukannyerr pekerja
Ibu : ??????????????????

abih tu kalau imi sekolah sapa nak ajar imi?
cikgu tu bukan pekerja ker???
cik wada ni pun!!!!!!

selamat hari pekerja kepada semua penjawat awam, swasta & self employed!!!!!!
hari ni kita relax2 yerrr....

gambar tiada kaitan, hanya sekadar hiasan
pagi - bekfes kat felda, pastu gi econsave alam jaya
tengahari - lepak umah mak
petang - gi sri andalas.. makan kfc
malam - lepak lagi
esok - kerja la plakkkk takkan nak cuti lagi kot.. 3 hari dah cuti
tak bagus lama2 sangat cuti nanti produktvt menurun yerrkerrrr taklahhhhhh...


esok kerja dengan semangat yang membara okehhhh.. macam ibu, pekerja mamikasi