Hari yang Wafi Pulang Bermalam, Abang Imi ada suggest nak keluar satu family. Hari Jumaat je lah yang ada. Ibu tak dapat ikut sebab kerja, ayah pula walaupun Jumaat, masih ada kelas online petang tu. Jadinya mereka tiga beradik outing sama-sama.
Sebelum solat Jumaat, Abang Imi dah pesan, sampai je rumah mesti semua dah ready. Tapi dua adik perempuan ni ada yang baru nak setting spray kat muka, ada yang baru nak pakai tudung. Bersabarlah Bami... kalau ibu memang dah sergah dah, tunggu terus dalam kereta π. Cara tu je bagi diorang kelam kabut lepastu masuk kereta dengan mulut muncung π€π€
Diorang nak tengok movie Spider-Man yang baru ditayangkan hari Khamis. Kiranya mereka tonton pada hari kedua ia ditayangkan. Beli tiket jam 3.05 petang sehari sebelum.
Lepas ofis, ibu terus ke Setia City Mall sebab nak dinner sama-sama dengan mereka. Jam 5.45 petang ibu sampai, mereka masih ada dalam panggung lagi. Sementara tunggu mereka kat tempat yang dijanjikan ibu masuk Urban Fresh dulu beli roti ikan bilis Gardenia untuk Wafi bawa balik ke asrama.
Masa ni Wafi merajuk, tu yang muka tak senyum. Mula-mula diorang bertiga nak surprise kan ibu tapi tak menjadi sebab Wafi panggil ibu dari belakang. Dah abang dan kakak cakap something yang buat dia kecil hati.
Abang dia pulak malas nak pujuk, katanya nak buat surprise tapi panggil ibu buat apa. Ibu cakap.... takpe lah.. mana tau korang terkejutkan ibu, lepas tu ibu kena kejutan, pengsan kat situ. Haaa... gitu je lah ibu cakap π
Mujur tak lama lah merajuk nya bila dia tanya boleh tak nak beli sesuatu. Ibu bagi je lah tapi pergi lepas makan. Bila muka dah senyum barulah nampak ceria.
Movie Spiderman tu diorang kata best. Kak Widad yang selalu tertidur bila masuk panggung, approved movie ni.
Kalau ikut ibu, nak pergi makan kat Black Canyon.
Abang dan kakak ikut je, lagipun kakak belum pernah makan kat sini.
Lepas makan masuk Miniso sebab Wafi nak belikan hadiah birthday untuk kawan triplet kat asrama. Ibu tanya kenapa tak beli je plushie untuk tiga-tiga kembar. Padahal harga sama je dengan key-chain.
Wafi beritahu, ritu kembar yang kakak je bagi plushie, adik-adik tak bagi apa-apa.
Laaa... tak pe lah, wakil je. Jenuh juga kalau setiap seorang nak bagi satu hadiah, kesian lah kat parents dia. Ni baru Wafi seorang, kalau dia bagi at least separuh kawan perempuan kat asrama, banyaklah kena keluar duit.
Sampai rumah Wafi kata, menyesal pulak tak beli hadiah semua plushie tapi lain² karektor.
hurmmmm...
Biasa kalau keluar dengan BFF, Nayli & Dania pasti akan ambil gambar di sini.
Bagi ibu tak murah lah harganya. 2 keping gambar print tu RM20, ikutlah berapa nak print harganya digandakan.
Sebelum masuk bilik kecil tu pilih accessories yang disediakan.
Lepas ambil gambar semua, Bami balik sendiri. Kawi dan Wafi balik dengan ibu sebab nak beli barang dulu.
Kawi simpan satu letak kat belakang Ipad. Satu lagi ibu simpan.



















Syoknya 3 beradik ni tengok movie sama-sama. Bersiap lambat tu dah sinonim dengarn perempuan. Bertabahlah ye Bami. Alahaiii..mahunya takde mood bila 2 lawan 1. Sian Wafi. Mujurlah pastu tak moody dah. Jadilah buat kenangan bergambar di photobooth. Bukan selalu kan ibu...bagilah peluang kat dorang.
ReplyDeleteLambat bersiap sebab nak mekap-mekap lagi.. mujurlah abangnya jenis penyabar π
DeleteAda masa-masa tak mau diorang ni bergambar sama-sama. Kadang geram je.
Anak bungsu sering digoda kakak2nya yaaaa, jadi bad mood pula π .
ReplyDeleteSeruuuu sangat bisa kumpul lengkap. Trus photobooth sama2. Jadi kenangan buat mereka juga nanti
Tapi si bongsu ni kuat protes sebenarnya. Biasa dia akan memenangkan diri. Kakak & abang malas layan π
DeleteElok pulak abang dia ikut masuk photo booth, kali ni takde protes langsung bila Wafi ajak.
Cara yg bami pakai, begitu sampai rumah dah harus kluar supaya langsung berangkat, itu suami saya pun begitu.
ReplyDeleteKdg dia sedang di perjalanan, lalu ajak saya kluar. Tp masalahnya pas dia DTG, pasti saya belum selesai dandan π€£π€£. Jadi dia tunggu lah sampai saya selesai . Kalau nak paksa cepat2, memang makin lama saya buat π€£π€£.
hahahhaha.. adoiiii... lagi dilambat-lambat kan ya dandanannya π€£
DeleteKalau nak keluar santai ok lagi, ni nak masuk cinema ada timing, abang dia taknak lah masuk dah start movie.
Susah tau ibu nak pilih ayat selamat, untuk jaga hati semua anak².. hahaha..
ReplyDeleteSekarang kena tengok kak M tu, ada ciri² lambat siap tu.. ahh, ibu plak yang stress... Sebab ibu bersiap pantas.. ππ
Tu lerrrr... dah ler kat tengah orang ramai. Kalau kat rumah dah kena sound abang kakak tu π, mana boleh marah adik kecik π
DeleteDah boleh belajar banyak bersabar eh dengan Kak M.. kalau akak memang tak lerr hehe.. akak pun sejenis yang cepat siap.
Kak Widad sama geng aunty masuk panggung boleh lelap. Tapi baru ni tengok Spiderman tak lelap ππ
ReplyDeletewahhh.. memang proven best lah tu.. aihh.. teringin juga nak tengok.
DeleteElok ye, tonton wayang tiga beradik. Hehe.. Alaa.. yang bongsu selalu memendam rasa, yang besar pula suka cakap lepas. π Sporting Bami masuk photo booth, ambil gambar sama.
ReplyDeleteItu lah.. yg ajak si abang, adik²nya follow je tanpa bantahan.
DeleteKalau ikut si bongsu tu bukannya heran kalau abang dan kakak kacau dia sebab dia lagi dominanπ
Comel je tengok movie Spiderman 3 beradik. Sporting abangnya melayan gegirls mengambil gambar di photo booth. Selalunya anak bongsu memang akan menjadi penentu keputusan akhir ye. Kakak dan abang biasanya melayan aje kan? Semoga ukhwah adik beradik berpanjangan hingga jannah
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteBiasa si bongsu ni rebel sketπ
Comel jew Wafi merajuk.
ReplyDeleteKita teringin juga nak tengok muka anak merajuk tapi seumur hidup cuma nampak sekali jew, Fairuz merajuk hihihi.
Anak² lanang kuat semangat π
DeleteAdoii.. anak no 3 tuπ€π€ apa lah yang dirajukkannya tu Fairuz.
Lama tk tgk wyg.. Hah masam la adik kena tegur sbb kakak and abg nk surprise ibu tk menjadi haha
ReplyDeleteTah ler dia... tetiba sensitif plak padahal dia yang paling bengkeng.
Delete