Pages

Thursday, August 6, 2026

Nampaknya Wafi Sudah Beralih Kasih

Balik PB Khamis lepas Wafi bawa mainan baru.

Patung lembut bulu² Unicorn ni Pipah hadiahkan Wafi sempena birthday Wafi. Masa birthday Pipah Wafi hadiahkan bantal fluffy Popcorn.

Nampaknya Wafi dah melupakan Mr Crabby sebagai pengganti ibu ... huhuhuk

Asyik nak kelek dia jerrr

Ibu jeles tau 😖😖

Unicorn ni takde nama.

awak jaga omey ibu baik² ya.

Masa Wafi kecik dia ada anak patung yang dinamakan Sitinurhaliza🫢

28 comments:

  1. comey je bantal bucuk unocron bulus2 nih., hehe

    ReplyDelete
  2. Elok jer dia duduk dalam bag x jenuh melompat mengikut balik SP...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh aih nak pi ligan kalau dok melompat²😁

      Delete
  3. alalalala....gegirl sangat ni....macam kakak dania dia ada bantal busuk...sampai sekarang masih ada...elok je dia bawak pi Kolej...kadang rasa nak musnahkan aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama jangan mama...nanti 3 hari Dania takmo cakap dengan mama😄

      Delete
  4. hahaha...jemu dah dengan mr crab tu

    ReplyDelete
  5. Kemain nama patung, SitiNurhaliza ye 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masa tu suka tengok tv.. boleh pulak dia kenai Siti Nurhaliza.

      Delete
  6. Ammi ada seketul je anak dara, tapi belum pernah ammi nampak dia tidur peluk patung ke apa. Memang tak adalah dari dia kecik. Terkurang feminin pulak budak ni menurun perangai ammi.

    bukan main eh nama patung dia Siti Nurhaliza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang feminin takpee... tapi kerja rumah dan dapur tip top.
      Baguslah tak minat patung²... jimat duit ammi😅

      Delete
  7. Alolo comelnya dia!
    Aunty tengok pun jatuh hati 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh hati je takyah beli nanti anak bulus cemburu 😂

      Delete
  8. Comelnya unicorn dia. Ada juga peneman Wafi. Umangaii siti nurhaliza ek nama diberinya. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah buat tutup-tutup muka masa tidur hehe

      Delete
  9. Comel betul patung lembut Unicorn Pipah bagi tu! Sampai Mr Crabby pun kena 'pencen'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dia kata Mr Crabby tinggal dalam locker je.
      haishh... mentang-mentang dah banyak luka.

      Delete
  10. Ooo.. unicorn rupanya. Ingatkan, patung apa tadi. Eh, comel bag Wafi, kucing-kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. bila berbulu pelik pulak. Mujur ada tanduk jadi tau lah itu unicorn.

      Delete
  11. Comelnya...unicorn dengan mata besar. Buat peneman ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata terjojol sebenarnya ibu geram.. rasa nak tarik-tarik je 🤣

      Delete
  12. Apa khabarnya Siti Nurhaliza dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tertanya² juga mana lah si Sitinurhaliza tu. Mungkin dah hapus.

      Delete
  13. ibu tolong cari Siti Nurhaliza wafi tu up kat sini..macam mana la agaknya rupa siti nurhaliza tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah tak nampak dalam bakul mainan Wafi... mungkin dah dihapus 🫢. Nantilah cari dalam blog ni ada tak pernah tulis dulu².

      Delete
  14. Jadi ingat dulu fylly lengket dengan sarung pemberian nenek dia dari pihak papinya. Sampai menangis kalau tuh sarung tertinggal. Pernah saya tulis ceritanya ttg sarung ajaib dia 😂😂.

    Tp kemudian ganti ke boneka Barney 😅. Sebab katanya nama macam nama papi, Barniawan 😂😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus akak search cerita Fylly dan sarung ajaibnya. adehh comelnya Fylly. Tapi bagus sarung yang sudah lama kainnya enak dan adem. Mujur papinya sudah tidak mahu kain sarung itu kalau tak, bergaduh dua orang 😁

      Delete