Pages

Monday, July 11, 2011

Jangan ganggu

Wafi sangat pantang kalau ada orang nak kacau dia.
Biasanya kalau kat rumah atok atau rumah orang lain.
Dahlah semua orang geram sebab dia takmo senyum bak kata cik baya, muka takde perasaan.
Wafi akan cari ibu bila ada orang nak ambik dia.
Sanggup menyorok bawah meja komputer asalkan dekat dengan ibu. Ishh.. kacau je lahhh ibu nak fesbuk.
Kalau boleh nak masuk dalam baju ibu biar semua orang tak nampak.
Tapi bila dah nak balik baru sibuk nak main, senyum2, gelak2.
Ishhhh gherammmm!!!

Friday, July 8, 2011

Farewell for Wani

06.07.11, Wani's last day at UIG.
Joining us as a practical trainee since November 2010 and extended as a temporary staff until this date.
She's helping USI while Yati in her maternity leave. 
 Salinah, Wani in her orange baju kurung, Amy & our FM, TCF.
 Me & another accountant, Kim Ying.
 Wani, Yati & As.
 Rahmat, the one and only guy in our finance department.
Our 'big' team.
Not enough quorum, FM is the one who took the photo and our Treasury Manager who's not joining us.

Jangan biarkan ku sendiri

Budak kecik yang sangat marah bila kena tinggal & duduk sorang2 dalam rumah. ehhhhh...ibu ada yer hehehe...

Sambil duduk kat tepi pintu, mengharap pada yang simpati.

Dok dalam rumah jerrr sambil
panggil2 kakak!

Sapalah yang sudi mendukung keluar main sama.
Biasanya Kawi angkat kejap jerr..pastu dudukkan Wafi kat basikal dia.
Tapi Wafi masih tak puas hati sebab tak boleh kejar Kakak Adnin yang ghemol tu.
Tunggulah... bila dah dapat kaki... 


Thursday, July 7, 2011

Ole-ole dari Curitiba, Brazil

Uncle Zaki & Auntie Alin balik bercuti dari Curitiba, Brazil last 2 weeks.
Balik Malaysia sampai 05.07.2011
Tak sempat nak visit mereka due to their tight schedule.
Tapi mereka tak lupakan kami.

Ori. Cap & T-shirt Chelsea untuk ayah beli kat London.
T-shirt dari Curitiba, Brazil wat Bami, Kawi & Wafi.
Juga key holder.

Tak lupa untuk ibu, mineral stone pendant for blood circulation dari Brazil. 
Many thanks to both of them.

Auntie Alin, Amir & Haziq yang comel.
Rindu kat kalian.. mmmuahhss

Wednesday, July 6, 2011

Another bundle of joy!

Anak sulung cik nora & cik otin.
Lahir 25.06.2011, normal delivery.
Cucu atok & nenek yang ke-15
Walaupun di awal kelahiran, mengalami jangkitan kuman dalam darah, alhamdulillah seminggu kemudian pulih sepenuhnya.
Syukur ke hadrat Mu Ya Allah.
Semoga sihat selalu & menjadi anak yang soleh.
Syafiq Danish.
Muka macam pompuan lerr... jambu.
Kiut sangat.... belum sampai hati nak cubit2 pipi dia.
Tunggu besar sket hokeh!
Nak gomol2 dia!

Ulang Tahun Pertama Wafi

Majlis Ulang Tahun Wafi yang pertama buat kat rumah sendiri pada hari Sabtu 11.06.2011
Buat makan2 tengahari jer.
Kalau dulu majlis abang ngan kakak buat kat rumah atok.
Tak pelahh kan Wafi, lenkali kita wat kat rumah atok plak tak pun kat rumah mak tok kat Kulim.
Ringkas jerr.. panggil adik beradik ibu ngan jiran2 sebelah rumah.

Buat hiasan sket kat dinding. Murah jer wording "Happy Birthday" tu, RM2.30 beli kat MyOne shop. Nama Wafi tu Kawi buat sendiri.
Antara biskut/kek/wafer yang kami masukkan dalam goodie bag. Takde junk food sebab nak bagi kat kawan2 Wafi kat school & kanak2 yang datang rumah.
 Goodie bag yang ibu, ayah, Kawi & Bami isi sendiri. 
 Majlis dimulakan ngan bacaan doa selamat oleh imam muda Pakcik Man.
 Sebahagian yang hadir mengaminkan doa buat kesejahteraan semua.
 Kek Oreo yang ayah belikan untuk Wafi.
Ada ayam masak lemak cili api, sayur taugeh, ulam2, sambal belacan, sambal telur puyuh, ikan masin & agar2 sebagai dessert.
Atoq mulakan dulu sebab dah lapar hehehe..
Akhir sekali upacara memotong kek.
Wafi terpinga2... hahaha...

Tuesday, July 5, 2011

Abang Imi yang tak sihat

Pagi ni Bami tak gi sekolah kebangsaan.
Batuk & selsema.
Semalam nampak teruk sangat.
Susah nak nafas katanyer.
Ayah belikan vicks yg sedut kat hidung tu.
Pagi ni bangun pun masih lemah + batuk lagi.
Dah pesan, kalau sihat tengahari boleh gi sekolah agama.
Tak bagus cuti selalu kan, Bami.
Kalau tak sihat takpe.. takut melarat plak.
Bami kena duduk rumah atok pagi ni walaupun kehendaknya nak duduk rumah sendiri.
Ibu tak izinkan, sbb kalau Bami sihat. kena pegi sekolah ngan nenek Ina.
Tak boleh naik basikal, panas..
Ni masa Bami Tahun 3, ambik hadiah tempat ke-3sempena Award Day.
Sebab tak selalu Bami naik pentas kan hehehe..jadi ibu ayah mesti support.
Kalau tiap2 tahun Bami naik pentas ambik hadiah ibu ayah pun lagi support! ekeke...
Bami yang ayah, ibu, Kawi & baby banggakan...
Bami yang sentiasa jaga adik2.
Bami yang selalu mengalah ngan adik2.
Bami yang kadang2 buat ibu ngan ayah geram heeeee...