Pages

Wednesday, February 1, 2012

Kawan SK & SM

Ni kawan ibu nama dia Nazlin Rahman.
Anak2 ibu kenalah panggil auntie Alin.
Auntie Alin ni kawan sekolah dari darjah satu sampai tingkatan tiga.
Lepas ibu sambung belajar di Ipoh tak pernah jumpa padahal auntie alin ni duduk Meru jer.
24 tahun baru jumpa balik. Lamanya.
Auntie Alin adik kepada Teacher Ayu.
Cantik dah langsing kan.
Seronok dapat jumpa tapi takleh sembang lama sebab dah petang, nak bersihkan Wafi yang comottttt dek makan bubur pulut hitam.
Oh ya, ni majlis kesyukuran Pusat Tuisyen Ayu.
Semua pelajar dan bekas pelajar dan ibu bapa dijemput hadir.

eeee.... chubbynya ibu!!!!!
so lepas ni takleh ambik gambar ngan orang2 yang langsing hokeh!!!!

Tuesday, January 31, 2012

Cake Sorting Activity

Ibu tertarik ngan kaedah yang Teacher Watie buat untuk anak2 beliau.
Kaedah Montesori yang diterapkan di rumah.
Jadinya, ibu pun gagah mencari EPL apparatus untuk Wafi pulak.
Adalah beberapa yang ibu dah praktikkan dari Wafi kecik lagi.
Ni yang terbaru. Cake sorting activity.
Gambar2 sedikit gelap sebab aktiviti di malam hari dan lampu kat rumah ni pun dah dekat 7 tahun tak bertukar ngeeee...

wahhhh... sedapnya kek.. tapi awas, ini eraser yer. Tidak boleh dimakan.
Sebelum tu ibu dah letak gam yang kuat, sebabnya, eraser tu berlapis2 dan boleh terlerai-lerai antara satu colour dengan yang lain.
Kalau campak banyak kali memang boleh tercabut semua.

Sebenarnya ibu nak belikan bekas kecik bagi Wafi sort ikut bentuk, tapi budak kecik ni lebih pandai.
Sort still ikut bentuk kuih tu tapi dia sambung-sambung. Mula2 tu tak fikir apalah yang Wafi nak buat.

Rupa-rupanya dia susun kuih2 tu secara memanjang. Bila dah susun kuih ke dua tu, muka happy sangat, siap bertepuk lagi. Pastu dia sambung kat bawah plak. Agaknya nak sambung terus tak boleh sebab kaki dia dah habis kangkang, jadi tak muat lah kalau nak buat lagi panjang.

Yeayyy dah siap!!! Gambar kanan tu nampak Wafi lega sebab dah siap kerja. Tanya kenapa tak sambung yang pizza tuh?? naaaanaaakkkkkk...
Mungkin dia takmau campurkan sekali sebab bentuk pizza kan lain, nanti tak comel pulak susunan tu.
Agaknya lahhh hehehe...
Ok... dah siap.. macam biasa kena clean-up.
Biasanya takmau main sebab ada agenda yang lebih penting... tetekkkkkk....
ooooo no no no... mintak Wafi kemaskan dulu apa yang dia main.
Kalau tak, susu takde.
Alhamdulillah, nak juga Wafi kemas, kalau tengah takde mood, hurmmmm kakak ngan abang jadi mangsa.


Bakat melukis abang imi

Abang Imi ada bakat melukis sejak kecil.
Lukisan yang biasa abang mi lukis berbentuk kartun macam transformer, ultraman, superman, spongebob dsb.
Gamaknya banyak sangat tengok kartun haha...
Ada jugak lukisan berbentuk binaan2 dan yang ibu kagum kapal terbang, helikopter, roket pun ada.
Sekarang abang mi suka lukis pemain bola sepak.
Ada tu ibu tengok satu padang bola bang mi lukis siap dengan pemain2 dia.
Ada la nama Drogba, John Terry, Ballack, Torres, tak ingat dah... tapi kebanyakannya pemain Chelsea.
Ibu ingat lagi hampir separuh note book warna merah abang mi lukis.
Tapi kan... bila kakak widad tercontengkan buku tu terus takmo dah lukis kat situ.
Kakak Widad tak tau laa bang mi.. masa tu kan dia kecik lagi.

Abang imi dengan karikatur pemain bola sepak.... yang tu kunun2 abang mi lahhh sebab nak jadi keeper.
Abang mi tanya kat ibu, bahagian mana yang paling ibu suka.. ibu cakapla tang sarung tangan dia. sebijik cam Nike glove bang mi.

Saturday, January 28, 2012

Suka gambar nih!

Gambar ni ibu mintak daripada Uncle Hazrul.
Uncle arul ni kan cam artis FK yang gemar ambik2 gambar.
Mula2 ibu tertengok foto ni dalam flickr.
Jadinya, taknaklah copet mcm tu jer, jadi ibu mintaklah dari uncle arul. Tu yang siap ada tandanama.
Janganlah anak2 ibu ambik harta benda orang lain tanpa bagitau yang empunya diri.
Tak baik tau!!!!
Gambar ni juga ibu letak sebagai wallpaper dalam pc office.
Lama dah..... 3-4 tahun ada, tak bertukar.
Mintak maaf yerr anak2, ibu tak letak gambar uols sebab office kan... jadi kena lah official sket.
Tapi takpe, sebab gambar2 uols tu lagiiiiiiiiiiiiiii... banyak kat dalam folder office hehehe.....

Thursday, January 26, 2012

Minggu yang tak berapa sibuk sempena CNY

Minggu ni sempena CNY, abang imi dan kakak widad cuti SK sampai hari jumaat.
SRA still sekolah. Jadi pagi2 boleh lepak kat rumah ngan ayah.
Breakfast together-gether.
Ayah ambik kesempatan berjimba2 sebab sekarang ni tengah cuti semester.
Kata nak jadi mr. momma. ermmmm.... seronoklah tuh!!!!
sg sedim, 2009
Kakak widad plak sibuk mintak ibu pick-up after school.
Habis kelas jam 5.30. Kena tunggulah sket sebab ibu sampai pun dalam 5.45.
Katanya takmo tunggu abang imi yang keluar jam 6.00
ishhhhh.... selalu boleh jer tunggu!!
Minggu ni bolehlah ibu ambik sebab jalan balik tu clear sempena CNY.
Sebenarnya hari2 pun ibu boleh ambik tapi sebab takut kelam kabut sket after office dan kena fetch wafi, jadi biarlah nenek ina tolong ambik.

Wednesday, January 25, 2012

Dekat 2 hari baru mereka sampai

Semalam pagi ahad, satu family kuar pepagi jam 7.00 ke KLIA.
Tak sabar anak2 nak jumpa Amir dan Haziq.
Uncle Zaki, auntie Alin and the 2 kids akan berangkat ke Curritiba, Brazil.
Ni second time diorang balik bercuti.
Tahun lepas, ibu dan anak2 tak berkesempatan nak lawat mereka due to their tight schedule.
Jadi tahun ni, dapat jumpa kejap pun takpe.
Seganlah, everytime mereka balik Malaysia, ada jer ole2 yang dibawa.

Amir Faishal ni sebaya kakak widad. Tinggi, kurus, sweet jerr.
Cakap pun dah slang mat salleh.
Dah sekolah pun kat international school kan.

Danial Haziq, anak yang ceria dan lincah.
Adoiiiii,, tengok mummy angkat dia pun macam tak larat.

Flight sampai ke Curritiba, Brazil memakan masa 38 jam.
Adussss.... lama tu.
Tapi syok kan... dapat tengok negara orang walau auntie Alin cakap Malaysia lagi best.
Kat sana satu hari boleh dapat 4 seasons.
Teringinnnnnn lah nak ke sana.
Ayah, jommmmmm........

Monday, January 23, 2012

Ada masa mereka bergaduh, ada masa mereka berbaik...

Pagi tadi sepatutnya ayah bawa kami ke Sekolah Alam Shah.
Tapi disebabkan abang mi dan kakak widad buat hal, maka secara muktamadnya, kansel!!!!!
Huh.. tu lahhh... buat hal lagi!!!!
Duduklah rumah, siapkan semua homework.

Lepas maghrib, makan nasi ayam RM2.50.
Wahhhhh... kakak widad makan tak henggat. 2 kali tambah.
Pastu gi rumah atuk, lepak2, tenet2.
Abang imi plak macam nak demam.

Kalau time baik, macam ni lah.. kakak widad tolong urutkan kepala abang mi.
Sedap..... bang mi cakap.
Kan elok camtu, berbaik2.