Alhamdulillah...
Sebelum ni Bami dapat penempatan sekolah di pekan K. jauh lah gak dari rumah dalam 8 km. Ibu plak tak berapa berkenankan sekolah tu walaupun ibu pernah sekolah situ selama sebulan waktu tingkatan 4. Sekolah yang agak terkenal dengan kenakalan pelajar dan kes samseng (sekarang ni). Hari tu macam dah pasrah jer Bami akan meneruskan pelajaran kat situ.
Semalam baru dapat confirmation Bami dapat bertukar ke sekolah yang lebih dekat dalam 3 km gitu di pekan M. Geram betul dengan kerani yang bertugas di sekolah pekan K tu.. katanya keputusan rayuan ke sekolah satu lagi belum dapat disebabkan pelajar terlalu ramai. 10hb haritu dah tepon... kemudia semalam tepon balik. Jawapan yang sama. Ibu cam tak puas hati lah, mintak ayah telefon ke PPD. PPD beritahu dah proses dan surat tawaran pun dah diserah ke sekolah yang diminta.
Tengahari tadi ibu bergegas ke sekolah baru Bami. ehhhh... sekolah ibu dulu dari Form 1 hingga form 3. Ambil borang bagai dan zasss balik ke ofis. Jumaat 28hb ada pendaftaran. Rasanya mana2 sekolah harian pun pada hari yang sama.
Isu pengangkutan juga sudah selesai. Bami akan naik van acik Su, ex-office mate ibu dulu. Sekarang macam2 bisnes beliau buat. Kalau ibu rajin, ibu fetch lah Bami balik tapi rasanya tak kot sebab Bami balik 6.30, ibu sebelum jam 6 dah sampai rumah hehe...
Jadi, sekarang Bami punya tanggungjawab untuk belajar bersungguh2.. sebab ibu dan ayah dah sediakan kemudahan buat Bami.
Pages
Tuesday, December 18, 2012
Sunday, December 16, 2012
Bertahun tak jumpa!
Lepas Zuhur tadi ke rumah BFF kunun yang lama tak jumpa, Puan Quzai di TDH, PJ. Sebelum bertugas ni Politeknik Merlimau, sekarang dah berpindah ke Muadzam.
Majlis kahwin 2 orang adik perempuan yang terakhir. 3 kali dah buat majlis serentak. Dari 8 beradik, 4 kali kenduri jer... hoooo mana aci macam nih!
Tumbesaran yang tak berubah sejak dulu.
Till we meet again!
Muadzam perhaps!
p/s : OTW balik tadi lalu McD, baru teringat kan sekarang tengah boikot produk Israel, kenapa semalam makan??? adehhhh... tak hengat sebab dah lama tak makan!
Saturday, December 15, 2012
Hari berjimba-jimba
Pagi tadi seawal jam 4 pagi ayah ke Mines Convention Centre sempena jualan buku - Big Bad Wolf, Lepas menyusun atur rak2 buku, ayah, Kawi dan Bami ke Setia City Mall sebab nak tengok The Hobbit kat GSC. Ibu plak minggu ni alternate bekerja.. huwaaaaa.... sampai hati korang kan..
Jam 1 lepas ofis tu ibu plak menyusul ke SCM. Mana aci korang jer nak berjimba2. Ibu pun nak gak.. Ke Parkson untuk mencari kasut.. Daiso, juga MPH mencari buku kerja Kak Widad. Bami ibu tak beli apa2 sebab tak pasti kurikulum apa sekolah pakai selepas ni.
Wafi tak perlu ambik dulu sebab tengahari kan waktu nap dia.. biarlah dulu kat school.
Ibu masih beruniform kerja.. Kak Widad dok pakai baju sama jer cam masa pergi KLCC. Baju n tudung fav. lah tu. Ke pagi tadi malas nak mencari baju.
Hamboiiii ayah... tak ngantuk ker dari jam 4 pagi dok mencelik!
Antara buku aktiviti kanak-kanak yang ayah rembat masa BBW.. Harga dari RM3-5 jer.
Ayah tak beli reading materials pun.. semua buku aktiviti.
Wafi tak sesabar nak buat colouring. Dia kaler sikit jer tapi habis dah beberapa muka surat. Mana boleh cam ni dek oiii... kaler lah elok2!
Ambil hati si adik
Abang Imi kan close ngan Wafi, jadinya ada jer lah cara dia nak main-main ngan si adik.
Layan jer lah gambar2 kat bawah ni.
Wafi ok jer kalau Bami layan. Dok gelak sakan.
Time kena sakat tak hengat nanges!
Friday, December 14, 2012
Ialah tu ziarah....
Sempena cuti sekolah ni, pagi2 Kakak Widad ayah hantar ke rumah atuk. Abang Imi stay kat rumah. 2 orang ni takleh duduk sama2, asyik dok berkelahi jer.
Ekceli memang lah ayah hantar ke rumah atuk, tapi sekejap jer pun Widad kat situ. Lepas tu mulalah berjalan ke rumah nenek Ina.. pastu ke rumah Halisa...
Cumanya bila waktu makan, solat zuhur, asar dan nap kena kat rumah atuk.
Dok kampung kan... rumah dekat2. Pusing2 kat tanah lot yang sama sebab orang dulu2 kan... tanah beberapa ekar.. duduklah adik beradik kat situ.
Ibu takdelah risau sangat sebab kakak Widad kalau kat rumah atuk pun takde kawan.. nasib baik dua pupu dan makcik pakcik yang sebaya dia ada ramai kat situ.
Cumanya bila nak balik mengambik.. satu2 rumah kena cari.. nenek kata kat rumah nenek Ina.. nenek Ina cakap baru jer ke rumah Halisa, ibu Halisa cakap kat rumah jiran baru belakang rumah..
Aduhhhh... dek oiiii... satu kampung nak mencari. hehe..
Bila ditanya pada kak Widad wat pe kat rumah jiran tu...
" Adik pergi ziarah "
Ziarah apanya kak Widad oiii... tu namanya berjalan merayap!
Setiap hari Kak Widad kena report kat ibu 2-3 jam sekali..
Ekceli memang lah ayah hantar ke rumah atuk, tapi sekejap jer pun Widad kat situ. Lepas tu mulalah berjalan ke rumah nenek Ina.. pastu ke rumah Halisa...
Cumanya bila waktu makan, solat zuhur, asar dan nap kena kat rumah atuk.
Dok kampung kan... rumah dekat2. Pusing2 kat tanah lot yang sama sebab orang dulu2 kan... tanah beberapa ekar.. duduklah adik beradik kat situ.
Ibu takdelah risau sangat sebab kakak Widad kalau kat rumah atuk pun takde kawan.. nasib baik dua pupu dan makcik pakcik yang sebaya dia ada ramai kat situ.
Cumanya bila nak balik mengambik.. satu2 rumah kena cari.. nenek kata kat rumah nenek Ina.. nenek Ina cakap baru jer ke rumah Halisa, ibu Halisa cakap kat rumah jiran baru belakang rumah..
Aduhhhh... dek oiiii... satu kampung nak mencari. hehe..
Bila ditanya pada kak Widad wat pe kat rumah jiran tu...
" Adik pergi ziarah "
Ziarah apanya kak Widad oiii... tu namanya berjalan
Setiap hari Kak Widad kena report kat ibu 2-3 jam sekali..
Thursday, December 13, 2012
Soap @ shower gel
Sebab utama senang nak cebokkan Wafi. Tak kisah pun brand apa... kl poket kembung belilah yang branded sket, kalau tengah kering.. tak kisah pun hehe.
Alhamdulillah semua serasi dengan apa2 brand.
Lagipun kalau guna shower gel ni lebih hygiene. Kat rumah pun ada juga sabun tapi biasanya untuk cuci kasut sekolah. Ni nenek yang ajar sebab kasut lebih bersih.
Again, beli sabun kalau duit dalam dompet sudah berkurang hoho..
Wednesday, December 12, 2012
♪ Ikan sedang berenang ♫
Melodi lagu London bridge is falling down
♪♫
Ikan sedang berenang... berenang
Ikan sedang berenang
Dalam kolam
Taska Pintar Sayang tempat Wafi tu dah mengikuti program Permata.
Salah satu xtvt adalah menyanyi.
Adalah beberapa lagu lain yang Wafi nyanyi minggu ni tapi kami masih tak dapat tangkap hehe..
Jadinya ibu masukkan dulu lagu yang telah difahami.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















