Pages

Sunday, March 27, 2022

Sarapan Pagi di Warung Pekan Lama

Ayah suggest breakfast kat Warung Pekan Lama. Review dari google.
Sebelum jam 8 am dkeluar berdua sahaja sebab anak-anak lepas Subuh nak tidur semula.

Warung tepi jalan.
Ibu suka sangat kalau dapat makan kat tempat macam ni.
Relax.

Kuih muih.
tapai pulut pun ada. Ada lagi kuih muih yang tak ter"capture" di dalam kamera.

Mi dan bihun goreng.

Lempeng dan nasi minyak.
Rendang ayam sedap.
Daging masak hitam pun ada.

Kalau boleh semua nak rasa.

Setelah ditimbang tara ibu ambik ni.
Pulut + serunding dan ubi rebus + kelapa dan gula perang.

Ayah ambil lempeng.
Sedap serunding ikan tu.

Makan sorang sikit nak rasa.
Semua yang kami ambil sedap.

Setup simple tapi cantik.

Ambience camni memang best.

Kopi-o dan teh-o dah siap bancuh dalam bekas. Sedap kopi o ni.. kepekatan dan rasa yang cukup.

Tempting sangat semuanya.
Masa tulis blog ni masih terasa kesedapan pulut serunding tu.

Highly recommended warung ni.
Buka setiap hari 8 am - 4 pm
Jumaat tutup.

Saturday, March 26, 2022

Makan Malam di Juara Food Court Pekan

Ada beberapa restoren yang menarik perhatian kami untuk dinner tapi akhirnya pilih Juara Food Court bila melalui tempat ni ke restoren pilihan pertama. tak jauh dari hotel.
Abang Imi taknak ikut sebab nak tengojk bola di tv.

Konsepnya ambil kertas order dan tanda di kertas kemudia serahkan di kaunter. Nanti makanan siap akan dihantar ke meja.
Makanan panas akan siap dalam 30 - 40 minit dan telah ditulis di papan tanda di kaunter.

Mujur makanan anak-anak sampai dalam 30 minit macam tu.
Itupun setelah bertarung dengan nyamuk hahah

Chicken chop untuk Wafi dan chicken cop with rice untuk Abang Imi yang dibungkus.

Chicken grill untuk kakak Widad.

Disebabkan pesanan yang terlalu lewat diterima ayah cancel order ayah.. makan kacang bungkus je.

Kueyteow kungfu ibu pun sampai setelah menunggu 1 jam 10 minit. Itupun setelah ayah tanya 2 kali. Mereka kata ada buat set siakap untuk pelanggan sebelumnya dan tukang masak seorang sahaja untuk hidangan panas.

Mujur makanan yang kami terima semua sedap. Boleh bagi rating 10 star.
Sampaikan kakak Widad teringat-ingat kesedapan makanan di situ.

Cuma satu je lah.. masa yang diambil terlalu lama. ibu rate 4/10 untuk service.
 

Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang

Setelah berejam dalam perjalanan akhirnya sampailah ke Hotel Ancasa Royale Pekan jam 4.30 pm. Hotel ni terletak bersebelahan Sungai Pahang.

Laluan masuk.

Parking yang luas di hadapan hotel.

Lobi pun besar.

Ada grup sedang bergambar di tangga.
Dari siang hingga ke malam ada event di sini.

Pendaftaran. Ayah tempah bilik melalui booking.com
Bilik kami berharga RM219/malam

Laluan ke restoren.

The kids.

Sementara ayah daftar bilik, kita ambil gambar pemandangan sekitar hotel.
Walaupun jam menunjukkan 4.30 pm tapi masih terasa panasnya.

Swimming pool yang besar. 


Belakang tu Sungai Pahang.

Playground.

Suka tengok rumput kat sini.

Ambil gambar pun di bawah pokok.

Sebelah kanan tu pool untuk kanak-kanak.
 
Pandangan dari bawah.
Hallway yang bersih dan berbau wangi.

Bilik 313.


Besar betul bilik air ni. sekali dengan bilik persalinan sebelah kanan.
Sebelah kanan ada wardrobe yang boleh di buka dari dalam bilik air dan dari dalam bilik. Jadi boleh terus tukar baju di sini.


Bilik dan tingkap pun luas.
Bilik berbau harum.
Karpet gebu dan bersih. 

Amenities yang disediakan.
Suka cooler yang disediakan bawah tu.

Iron dan board juga disediakan dalam bilik.


Pemandangan dari dalam bilik.
Rezeki kami dapat bilik view menghala ke sungai.

Toilettries pun lengkap.

Shower rain yang kuat juga diambil kira markah hahaha..

Ingat jam 6 pm tu nak bawak Wafi mandi tapi masih terasa panas dan ramai pula orang di pool jadi batalkan niat. Wafi pun ok je. Abang dan kakak taknak mandi. Ayah je nak temankan. Cuba kalau ada geng sepupu pasti sampai-sampai dah ajak mandi.

Jam 6.45 kita ke bawah sekejap.

Tengok sunset.. 
Subhanallah.... cantik sangat.

Selfie.
Background hotel.
Masing-masing sedang berbaik.. cuba kalau tertarik tudung sikit.. boleh meletus perang dunia ketiga 😁😁😁


 

Martabak Mengkasar Haji Din

Perjalanan dari Temerloh ke Pekan mengambil masa yang agak panjang. Tidur bangun tidur bangun pun tak sampai-sampai hahaha...
Bila dah sampai ke bandar Pekan, Pahang ayah singgah warung Martabak Mengkasar Haji Din. Tepi jalan je gerai ni dan berdekatan jalan ke istana.

Buka setiap hari dari jam 3 pm - 10 pm
masa kami sampai tu gerai ni baru je buka. Ada beberapa pelanggan sedang menikmati juadah mereka dan ada juga yang menunggu untuk dibungkus.

Kelainannya martabak di saiz segi empat tepat. Biasa kita makan martabak saiz segi empat sama.

Sedap dimakan bersama jeruk bawang.
Tak pasti pula jiga ada disediakan pencicah lain tapi kami lebih gemar martabak dimakan bersama jeruk bawang.

Since ayah tak minta potong, kita potong dengan sudu hotel je.

Bagi ibu martabak ni rasa seperti martabak biasa isi lebih padat.

Amani Vanilla Temerloh (AVT)

Amani Vanila Temerloh (AVT) ni terletak di Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang.
AVT ni pelopor kepada penanaman vanila di negara ini.

Signboard depan AVT. Di sini ada cafe 

Di belakang tu ada kebun kelapa.
Vanila yang ditanam secara besar-besaran ada di kebun yang lain.
Di sini hanya sebahagian sahaja dipamerkan.

Khasiat vanila.

Ini yang kami ambil termasuk aiskrim vanila cawan.
ATV float tu sedap.
Ada member cakap kena order kopi vanila dan dessert seperti waffle aiskrim.
Alamak... dah kenyang pulak. Mungkin lain kali.

Sekitar kafe.





Vanila yang ditanam di sini umur sekitar 1-2 tahun dan belum mencapai usia matang. Akan berbuah bila berumur 3 tahun.

Vanila ni pun ada musim berbuah iaitu pada bulan April ke atas kerana pada masa itu musim panas.

Pokok vanila dari dekat.


Buah akan keluar di bawah daun.


Info penanaman vanila di AVT.

Buah vanila yang masih muda.

Biji vanila yang telah dikeringkan.


Ada juga aktiviti ATV di kawasan kebun untuk pengunjung yang berminat untuk menyertai aktiviti lasak.