Pages

Monday, September 26, 2022

Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali ke-15,

Pagi ni seawal jam 6.30 am kita check out hotel. Jam 5 am ibu dah jaga. Relax-relax dulu sebab sejuk nak mandi awal hahaha.. Kawi macam biasa lah dia bersiap-siap dulu.

7.30 am dah sampai ke PMS. Turunkan Bami dulu since dia kena register. Sampai pun awal jadi dapatlah kita parking berdekatan dewan besar.

Ibu ayah tunjukkan dulu laluan ke Pusat Islam (PI) kotlah Wafi dan kakak nak rehat. Jauh sikitlah dari dewan. Mereka tak pergi sana pun hanya duduk di cafe sambil saksikan Majlis Konvo di layar TV yang disediakan di cafe bersebelahan dengan dewan.

Dari jauh nampak abang dan kawan-kawan.

Abang Imi malulah tu bila kita panggil dia bergambar!

Pesanan dari seorang ayah๐Ÿ˜

Abang dan ayah.

Mereka duduk di sini. Ibu dok bayangkan Wafi je kanak-kanak yang ada hahhahaa.. dan orang lain yang menghantar hanya ibu bapa. Rupanya ramai je lah ahli keluarga orang lain di cafe ni dan kanak-kanak kecil juga ada๐Ÿ˜…. Teringat masa konvo Cik Fatin tahun lepas, memang tak ramai orang dan tak adalah pesta konvo bagai. Masa tu kan buat ala-ala maya lagi.

Para graduan duduk di barisan hadapan.

Doa ibu ayah yang sentiasa mengiringi kejayaan anak-anak.
Senyum sebab akhirnya hari yang ditunggu pun sampai dan berulang-alik Rompin-Muadzam 6 kali๐Ÿ˜‰

Pas Ibu Bapa.

Perarakan masuk Tetamu Kehormat dan selepas itu nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang.

Ucapan Perasmian.

Yayyyyy.. Bami dah naik pentas.

Lama juga nak menunggu sidang ni๐Ÿ˜‚

Penganugerahan dimulai dengan Jabatan Perdagangan (JP). Kalau tak silap JP ada dua diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan.

Ini Kakak Widad kongsi dari luar dewan.

Ini kakak share bouquet yang dipilih.

Gerai-gerai jualan berhampiran dewan.

Belum buka sarung rose tu.
Kakak kata beli yang besar. Biar puas hati.
RM70 katanya, tapi yang paling mahal RM100๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Ibu rasa ok je lah sebab masa pergi konvo paksu few years back tak ada yang jual murah.. semua RM80 ke atas. 
Boleh buat duit lah sapa yang jual bouquet ni.
Tadi sebelum masuk ke PMS banyak je orang jual bouquet konvo di tepi jalan serendah RM20 sahaja.

Cantik bouquet fresh flower ni.
Ehh.. rasa nak konvo lagi lah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sementara tunggu abang keluar dewan.
Akhirnya jam 1 pm pun selesai majlis selepas Pengisytiharan Alumni PMS.

Dah janji dengan Bami akan jumpa di studio.

Wafi pun nak bergaya.

Kami antara yang awal jug lah sampai studio itu pun lambat sikit sebab abang ke tandas dulu.

Sementara tunggu turn kami ambil gambar.

Tunggulah gambar dari photographer siap nanti.

Habis sini baru kita ambil gambar outdoor pula.


 

Sunday, September 25, 2022

Makan Tengahari di Gerai Makan Azizah Udang Galah

Pagi hantar Abang Rahimi ke Poli jam 8 am camtu sebab jam 9 -11 Bami perlu daftar konvo dan ambil jubah. Jam 2-5 pm ada rehearsal penuh. Jam 7.30 - 10 pm ada dinner pula. Penuh jadual Bami hari ni. Jadi kita hantar dan balik semula ke Rompin.

Jam 11 am camtu kita singgah brunch terus lah since kita pun tak breakfast. Ada banyak gerai makan kat persimpangan masuk ke Rompin tu. Bila Cik Zie up kat whatsapp group Kedai Makan Azizah, kita tuju situ je lah. Pelanggan pun tak ada lagi jadi boleh makan dengan relax. 

Semalam masa kami lalu dalam jam 1 lebih penuh kedai.

Pelbagai jenis lauk pauk disediakan.
Udang galah tu ada saiz.
Udang galah masak lemak cili api dan masak tomato saiz A berharga RM25 seekor. Yang sebelah kanan tu saiz B masak sambal RM15.

Ada juga patin tempoyak dan asam pedas.

Dalam mangkuk tu saiz B & C, RM25 semangkuk.

Lauk lain.

Sayur-sayur.

Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal.


Semua menggoda.

Kami ambil ini sahaja.

Patin tempoyak.

Udang galah masak tomato. Ibu ayah je makan udang. Kawi allergi manakala Wafi tak suka udang.

RM25 dapat 6 ekor udang bersaiz B dan C.
Puaslah makan berdua.

Ulam-ulaman.

Wafi ambil ayam goreng dan bayam.

Bismillah.

Pada ibu lauk udang galah masak tomato dan sambal belacan agak manis. Patin tempoyak secukup rasa.

Total harga lunch RM60

Nama gerai.

Gambar-gambar selebriti kot. Ayah yang ambik pic.

Air minuman segera juga ada.

Ayah kata dah habis makan baru ada tempe dan kentang sambal. Aiseyyy... 

Legasi.


Bersama Puan Azura, pemilik gerai. Azizah sempena nama ibu beliau yang mengusahakan gerai tersebut dahulu.

Sebelah tu ada gerai jual buah. Ibu beli buah salak 4 biji, mata kucing dan langsat sikit. Buat makan-makan dalam bilik๐Ÿ˜€
 

Saturday, September 24, 2022

Makan Malam di Restoren Paip Biru

Dinner kita cari restoren yang dekat dengan hotel. Nampak Restoren Paip Biru ni ramai gak pelanggan jadi kita makan situ je lah.

Pesan nasi putih berlauk je. Senang.

Siakap 3 rasa.

Tomyam tapi kurang menyengat๐Ÿ˜†

Telur bistik.

Order kailan dapat kangkung. Mereka nak masak lain tapi kita ambik je lah since Wafi lebih menggemari kangkung.

Rojak buah.

Air kosong je cuma ayah tambah teh tarik satu.

Total damaged RM65 camtu.

Sempena paip dicat biru.

Depan restoren.
Meriah.