Pages

Wednesday, October 25, 2023

Makan Malam Di Zul Ikan Bakar, Kuala Besut

Dinner ayah decide makan di Zul Ikan Bakar, Kuala Besut hasil review dari google. Cari yang dekat-dekat je. Lepas pergi Masjid Lapan Kubah dan bawa nenek ke klinik kita terus tuju ke restoren ni yang terletak betul-betul di kuala. Nenek pagi tu sakit kaki mungkin gout datang. Dah lama tak sakit tetiba pula datang. Kenalah injection bagi cepat recover.

Sebelum tu cari kedai printer nak print dokumen kakak yang baru diterima. Susah pula nak cari kedai sebab tak biasa datang sini. End up minta kakak beritahu kat urusetia untuk print kat sana. Masa abang Imi daftar memang mereka ada sediakan printer.

Nak Maghrib dah ni jadi tak ramai pengunjung.

Udang goreng tepung yang fresh. Sepinggan RM15

Sotong goreng tepung pun RM15.
Puas makanlah... siap tapau untuk Kakak Widad.

Untuk makanan laut celup tepung minta sahaja dari kaunter gorengan. Harga sudah ditetapkan RM15 sepinggan untuk sotong dan udang. Ikan kembung pula RM5 seekor. Gorengan yang sampai semua panas-panas.

Portion sangat memadai dengan harga yang ditawarkan.

Pencicah yang diberi.

Nikmatnya makan kat Terengganu ni.

Ibu ambil seekor ikan kembung celup tepung, RM5.
Ikan pun sangatlah freshnya.

Masa gorengan sampai kami makan dahulu sebab dah lapar. Ikan bakar lambat pula sampai. Jadi makanlah perlahan-lahan.

Ambil ikan tuka bakar. Kalau tak silap RM4 bagi 100g
Ikan bakar berempah.
Diberi sambal kicap yang sedap.

Cumanya kat restoren ni hanya menyediakan nasi putih, makanan laut bakar dan goreng-gorengan.
Tiada menu sayuran untuk diorder.
Tercekik jugalah makan sebab tiada masakan berkuah 😁
 

Masjid Lapan Kubah

Jam 5 petang kami ke destinasi yang dirancang iaitu Masjid Lapan Kubah yang terletak di 
1315, Jalan Masjid, Kg, Jalan Lapan Kotak, 22000 Jerteh, Terengganu

Ia juga dikenali sebagai Masjid Rusia.
Dibina oleh 100% tenaga kerja dan arkitek tempatan di atas tanah sawah padi seluas 0.6 hektar.
Masjid ini boleh menampung sehingga 500 jemaah pada satu-satu masa.





Tak nampaklah kesemua lapan kubah bila ambil gambar dari satu angle.

 

Menginap Di Al-Islah Homestay, Kuala Besut

Dari Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam perjalanan untuk sampai ke Besut. Homestay yang ditempah melalui Booking.com pun dah sedia. Ayah ambil Al-Islah Homestay bila review rating yang bagus. Homestay pun tak jauh dari Unisza dalam 17 minit sahaja.

Al-Islah Homestay
Lot 1230 Kampong Limbongan, 
22200 Kuala Besut
Tel : 016-9866024 / 016-4446024


Homestay ni ada 2 bilik dan 2 bilik air.

Dapur pun complete tapi tak adalah kami nak masak.
Washing machine juga disediakan.

Ruang tamu ringkas tapi tak sempat pun nak lepak duduk-duduk.
Wifi juga tersedia.

Ada welcome food atas meja.

Masa kami sampai sudah tersedia keropok dan juga buah rambutan dan rambai.

Ada Tupperware besar atas table top.

Tak goreng pun keropok tu sebab yang tersedia goreng pun makan sikit je buat alas perut sebelum keluar dinner. Ayah lah sempat makan Maggi bila dah terasa lapar.

Inilah Al-Islah Homestay.
Rate yang dibayar RM130 per night.

Parking berbumbung pun ada muat untuk 2 buah kereta.
Bolehlah lepak-lepak kat luar ada kerusi rehat kat situ.

Rumah tersergam indah ni empunya homestay. Sebelah kanan tu lah Al-Islah Homestay.
Ibu perasan rumah-rumah di kawasan yang kami lalu kebanyakannya besar-besar dan cantik-cantik belaka.

Pagi Isnin selepas check-out kami singgah makan di satu gerai tepi jalan sebelum sampai Unisza.
Pilihan sarapan kami mestilah masakan Pantai Timur.
Eat like a local... haaa gitu!

Ibu pilih nasi kerabu, nenek kata nak makan nasi dagang pulaklah.
Kak Widad seperti biasa akan pilih laksam jika ada menu tersebut dan ayah ambil nasi berlauk ditambah patin masak tempoyak.

Puas hati dapat makan local food yang sedap. 

Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu

 

Keluar dari parking Pasar Payang nampak terus Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu. Jadi kami parking di tepi laluan keluar untuk mengambil gambar.

Jambatan Terengganu ini ialah jambatan kabel yang merentangi Sungai Terengganu. Pembinaan jambatan itu bermula pada 2014 dan siap pada 2019, menjadikannya salah satu jambatan terbaharu dan termaju di MalaysiaIa mempunyai reka bentuk unik yang termasuk bahagian jambatan tarik yang boleh dinaikkan untuk membolehkan kapal besar melaluinya. Jambatan ini mempunyai panjang lebih kurang 638 meter dan mempunyai lebar 24 meter, menjadikannya antara jambatan terluas di Malaysia. Jambatan itu mempunyai empat lorong, dua di setiap arah, dan direka bentuk untuk menampung kedua-dua lalu lintas kenderaan dan pejalan kaki.

Ada taman kat sini. Ni kalau weekend pasti penuh dengan orang ramai.



Ambil gambar dari jauh je.
Boleh je sesiapa nak explore dalam bangunan drawbridge tu. Ada bayaran yang dikenakan. Kami memang tiada rancangan untuk naik ke bangunan jambatan.



Kita bertiga je turun. Panas litlit.

Cantik tempat ni. Bersih pulak tu.
Pokok-pokok kurma ni tak berbuah.

Dapatlah lalu Jambatan Angkat ni bila google map bawa kami menghala ke Besut.
Kalau malam jambatan ni bercahaya lampu warna-warni yang menarik.

Kami menghala ke Besut dan melalui jalan pesisir pantai yang sangat cantik.
Alhamdulillah, cuaca pun baik.
 

Tuesday, October 24, 2023

Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

Destinasi seterusnya adalah Pasar Payang, Kuala Terengganu. Pertama kali pergi sebelum ni Tahun 2018 masa tu masih di bangunan lama.

Baru tau nama pasar ni Pasar Kedai Payang.
Biasa orang panggil Pasar Payang sahaja.
Besar bangunan sekarang dan konsep open. Semua dalam floor yang sama dan kedai ada partition. 

Ibu dan nenek masuk dahulu sementara ayah dan Kawi tunggu dalam kereta. Bila dah ada parking baru ayah masuk tinggalkan Kak Widad seorang tunggu.

Ibu sekadar ambil gambar je, tak beli pun pakaian.
Ayah beli sepasang baju batik. Tambah koleksi katanya.


Ibu beli kacang gajus dan pistachio.
Gajus untuk Kawi manakala pistachio buat makan-makan dalam kereta.

Nenek beli teko yang besar RM20, kalau kecil RM16.
Sakit hati beli dari penjual ni... tak mesra alam. Main perli-perli pulak!

Nenek nak cari kitab, tak jumpa pulak kedainya.
Tak sure ada ke tak sebab nenek kata ada member beritahu di situ ada jual banyak kitab.

Kuih tempatan juga ada.

Kat luar baru ibu cari makanan panas dan air.

Pepes ikan sekeping RM2
Ibu beli 3 keping.

Satar, 1 cucuk ada 3 pcs berharga RM2
Yang ni beli 2 cucuk tapi bila makan rasa tak sesedap yang dibeli sebelum ni.
Ada kawan beritahu satar yang sedap di sekitar Kemaman.

Pulut panggang.

Otak-otak.


Ini makanan tradisi Terengganu, Ladu.
Rasa pedas rempah.
Pertama kali makan.

Cukuplah jalan-jalan sekejap dalam ni, nak bagi aura datang Terengganu 😀 
Hari pun masih awal, masa ni dalam jam 11 camtu tapi matahari dah atas kepala.