Pages

Monday, November 24, 2025

Musim Banjir Datang Lagi

Acara tahunan ni.
Dari semalam hujan on & off.
Beberapa jalan sekitar Meru dan Bukit Kapar sudah naik air.

Notis pun dah ada.

Cerita ibu pagi tadi pula stuck dalam jammed.
Keluar rumah 6.50 am tengok meter tank tinggal 3 bar. Dok fikir hujan-hujan ni biasa Meru jammed jadi teruslah hala ke Petronas Puncak Alam. Tak jauh pun, tak sampai 10 minit boleh sampai. 1/2 way tu dah nampak air naik, kereta banyak tapi moving lah sebab air naik tu boleh redah lagi.

Lepas isi minyak patah balik Meru memang takleh nak buat apa nengok trafiknya. Sampai persimpangan Bukit Cherakah tu memang semua bawa slow. Redah air kat beberapa bahagian. 
8.45 am baru sampai ofis. 

Ni hujan masih turun, kejap lebat, kejap renyai.
Tak lama lagi naiklah air longkang besar tu.

Penduduk yang terjejas akibat banjir sebelum ini, tak menjangkakan yang hujan berpanjangan lebih awal pada tahun ini.

Sunday, November 23, 2025

Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Negeri Kedah 2025

Hari ni final game setelah anak-anak seminggu menjalani latihan intensif dan perlawanan sebenar.

Alhamdulillah sekolah Wafi menjuarai perlawanan 3 tahun berturut-turut. Tekanan juga buat mereka apabila perlu cuba untuk mengekalkan kejuaraan. Latihan selama 2 tahun nampaknya membuahkan hasil. Jika tahun lepas pelajar senior + beberapa orang dari Form 3 terpilih mewakili sekolah namun tahun ini mereka yang terdiri dari pelajar Form 3 perlu menjadi tonggak pula.

Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat

Ini cerita 7/11/2025 masa ibu, nenek, Cik Baya, Cik Biela dan Cik Elis sekeluarga ke Dataran Shah Alam untuk meraikan perkahwinan Pengantin Diraja.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
💛💛💛💛
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz berkenan untuk mencemar duli menyantuni rakyat jelata dalam 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊𝒏 𝑫𝒊𝒓𝒂𝒋𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:
🗓️ 𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 - 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
⁣📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦
𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - https://shorturl.at/X1beq
𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚:
✅Tayangan Video Majlis Pernikahan Pengantin Diraja
✅Persembahan Kebudayaan dan Artis Jemputan
✅Pertunjukan Bunga Api 
✅Jamuan Makan
Semua dijemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh santai dan ria meraikan Pasangan Pengantin Diraja.
𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒉𝒂𝒚𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖!

Friday, November 21, 2025

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya

Dari Saudagar Nanas Agromfarm, kami ke Kompleks Nasyrul Quran.

Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. ‘Nasyrul Quran’ diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘Penyebaran al-Quran’. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan. 

Thursday, November 20, 2025

Saudagar Nanas Agrofarm

Ayah suggest singgah rumah Cik Ami di Kajang. Tapi sebelum tu nak jalan² ke beberapa tempat.

Tempat pertama ke Saudagar Nanas Agrofarm di Sungai Merab. Dalam 2.6 km je dari Putrajaya.
Ibu ada baca di blog Ezna Khalili sebelum ni, itu yang teringat tempat ni dan datang sini. Tq Ezna share tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya. Nanti bila-bila kami pergi Beryl's pula.

Walimatul Urus Aiman & Dalili

Sabtu 1/11/2025
Ibu ayah hadiri majlis resepsi anak Uncle Azhar dan Aunty Meeza di Bizmila Event Hall, Putrajaya. Mereka berdua classmate matriks ibu. 

Alhamdulillah Aiman sudah menemui surihatinya, Dalili. 

Semoga sakinah, mawaddah warrahmah buat anakanda berdua.

Wednesday, November 19, 2025

Gift Dari Nureen

Nureen staf dari Business Development Dept last day minggu lepas.
After office jumpa ibu bagi hadiah berupa inhaler/nasal relief dan coklat berserta note dan mini kalendar.

HERE'S A LITTLE SOMETHING FOR YOU
WHEN THEY SAYS "URGENT YA"

😂😂😂😂😂

kihkih.... boleh relate!

Terima kasih Nureen.
Selamat maju jaya di tempat baharu. 
Semoga terus sukses dalam kerjaya.