Pages

Tuesday, April 17, 2018

Taman Botani Putrajaya - Part 2

Ok.. mari kita jalan-jalan.
Kata peminat green scenery.
Pokok kelapa sawit ni memang dikekalkan sebab pokok ni ada masa zaman perang lagi.


Pokok jambu.

 Ini rumah untuk kelulut. Kelulut ni tidak menyengat. Kecil je saiz nya.

En. Izzat bagi explanation tentang madu kelulut. Anak-anak sangat teruja. 1st time tengok.

Ini lah rupanya sarang kelulut.. dalam lubang yang kecil-kecil tu lah madu kelulut. Alhamdulillah dapat rasa.. Rasa manis masam dan manis yang tidak keterlaluan.. just nice gitu.
Yang macam kertas tu dari getah pokok atau bunga.

Nama saintifik kelulut yang ada di taman ini.

Bunga air mata pengantin... pertama kali dengar walaupun biasa nampak. Kalau perasan biasa ada di lereng2 kebun kelapa sawit. Kelulut akan hisap bunga air mata pengantin dan dikumpulkan dalam sarang. Biasanya kalau ada bunga ni, memang ada penempatan kelulut.

Pelbagai jenis pokok limau antaranya kasturi, nipis, bali dan sebagainya.
Pokok ni tidak diberi racun sebab kelulut akan ke pokok ini juga.

Adoii.. lupa plak yang ini.. jambu bol ke.. ke manggis.

Pokok jambu mawar.

Buah mentega. Ini memang rare dan pertama tengok dan makan.

Pokok mentega. En. Izzat tolong kutipkan dan bagi kami rasa.

Ini buah gajus... dulu masa kecik-kecik biasa makan buahnya.. kelat-kelat manis gitu. Sekarang orang ambik biji yang diluar.. maka jadilah kacang gajus. Mahal ni.

Ini buah rokam spesis yang masam.
Baru tau ada buah rokam.. Mungkin Sungai Rokam di Ipoh sempena buah ini.

Ini pula langsat merah.. Belum masak lagi. Jadi tak dapatlah kami merasa.

Ini pula buah rokam manis. Nak makan kena gosok-gosok dulu dengan tapak tangan untuk dapatkan isi dalamnya.

Ini lah pokok buah rokam.. Nampak macam ceri juga.
Masyaallah... cantik sangat sebab penuh dengan warna merah.

No comments:

Post a Comment