Bila hari cuti ibu akan masak satu hidangan yang boleh dimakan dari pagi hingga ke petang.
Jadi hari ini nak up menu nasi tomato bersama ayam masak merah.
Resepi anggaran dan campak2 je..
Nasi tomato
Bahan-bahan
1. 5 pot beras
2. 1 tin kecil tomato puri
3. 1/2 tin susu cair
4. 1 biji bawang Holland - potong dadu
5. 3 ulas bawang putih - diketuk
6. 2 biji bunga lawang
7. 3 biji buah pelaga
8. 1 batang kulit kayu manis
9. 1/2 inci halia
10. 3 helai daun pandan
11. Minyak masak
12. Garam
Cara-cara
1 Basuh beras dan toskan
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang Holland, bawang putih, bunga lawing, buah pelage, kulit kayu manis dan halis. Kacau rata dan masukkan daun pandan yang telah disimpul.
3. Bila sudah naik bau, masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan tomato puri, susu cair dan air secukupnya.
5. Tambah garam secukup rasa.
6. Setkan noxxa HP 10 minit.
7. Siap untuk dihidang.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan
1. 1 ekor ayam potong kecil
2. 3 biji bawang merah besar atau Holland
3. 4 ulas bawang putih
4. 3 senduk cili blend
5. Sos tomato atau tomato puri
6. Sos cili
7. Garam
8. Gula
9. Minyak masak
Cara-cara
1. Goreng ayam atau rebus setengah masak dan toskan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang merah dan putih. Bila sudah naik bau masukkan cili blend dan masak hingga pecah minyak. Api sederhana.
3. Masukkan sos tomato/puri dan sos cili dan tambahkan air.
4. Perasakan garam dan gula.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga sedikit pekat.
6. Bolehlah masukkan hirisan bawang besar.
Acar
Bahan-bahan
1. 1 biji bawang merah
2. 2 biji cili besar
3. 2 biji cili padi
4. 2-3 sudu udang kering direndam dan ditumbuk/blend
5. 2-3 sudu cuka makan atau cuka epal
6. 1 biji timun - potong
7. 1 biji tomato - potong dan buang biji
8. 1/2 biji nenas - potong
9. Garam
10.0 Gula
(buah ni anggaran je... boleh tambah ikut suka)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas dan perasakan garam dan gulanya.
2. Simpan sekejap dalam peti sejuk dalam 1/2 jam kemudian hidangkan.
No comments:
Post a Comment