Pages

Friday, April 27, 2018

Spegheti Carbonara ringkas

Dinner yang ringkas sebab rasa malas sangat nak masak lauk-pauk.
Balik ofis terus singgah kedai beli apa yang patut.
Dikatakan ringkas sebab tiada cheese bagai hehe..
 

Spegheti Carbonara

Bahan-bahan
1. 1 bungkus spegheti (Kimball)
2. 1 tin cendawan butang
3. 1 botol Prego sos carbonara
4. 1 bungkus ayam cincang
5. 8 batang sosej ayam - hiris
6. 1 biji bawang besar/Holland - potong dadu
7. 4 ulas bawang putih - cincang
8. 1 1/2 sudu besar lada hitam
9. 1 sudu kecil oregano
10. Minyak zaitun atau masak untuk menumis
11. Garam & gula
12. Susu segar atau susu cair

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang dan masak hingga kering air.
3. Masukkan lada hitam dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sosej dan cendawan. Tuangkan sos carbonara.
5. Masukkan susu segar/cair secukupnya dan masak hingga sedikit pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
6. Boleh lah dihidang.

* Boleh juga masukkan 1-2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air bagi memekatkan kuah.
** Kalau nak lagi berlemak masukkan 1-2 kepingan cheddar cheese atau apa2 cheese yang sesuai.

No comments:

Post a Comment