Pages

Monday, August 7, 2023

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia

Tengahari semalam masa lunch di Restoren Meksa, Rawang (restoren kawan ayah Uncle Afif) ayah share tentang  konsert Irama Keroncong. Ayah tanya nak pergi tak?
Ibu macam.. hahhh??? Keroncong tu!!

Bila tengok lokasi konsert ni di Istana Budaya, Kuala Lumpur terus teruja. Why not kita pergi, teringinlah nak masuk Istana Budaya, pentas yang berprestij tu!

Keterujaan lebih kepada IB dulu πŸ˜€

Barulah tengok siapa artis yang menjayakan konsert tersebut. Makaaihhhhh... bukan kaleng-kaleng artisnya.
  • Dato' Awie
  • Dato' Khadijah Ibrahim
  • Dato' Yusni Hamid
  • Datin Alyah
  • Hanbyul
  • Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013)
  • Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong)
  • Rashidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2021)
Persembahan akan diiringi oleh pemuzik Orkestra Keroncong Irama Perindu.

Outfit of the day, kita pinjam baju Wafi... mesti dia marah Kakak Widad pakai baju dia tak minta izin awal-awal. Tak adalah ibu nak pakai high heels tu, Kawi soh pakai untuk ambil gambar je. Pergi pakai Tods sudah.

Jam 6.30 petang kita bertolak dari rumah.

Perjalanan ke Istana Budaya, KL mengambil masa 34 minit sahaja melalui Lebuhraya Dash. Jadi kami solat Maghrib di surau IB dahulu. Masih ada masa lagi kami ambil light dinner di salah sebuah restoren bersebelahan IB.

Ayah dapat tiket free dari Uncle Mat Zai sebab isteri beliau salah seorang penaja konsert. 8 keping tiket free yang dikongsi rezeki bersama rakan-rakan. Seat yang kami duduk berharga RM188.

Simpan sini buat kenangan.
Kiranya kami pergi pada malam kedua persembahan konsert.

Bergambar dulu di pintu masuk Istana Budaya, Kuala Lumpur.



Kakak Widad, ibu, ayah, uncle Ajily dan isteri, uncle Mat Zai dan isteri.
Seorang lagi kawan ayah last minute tidak dapat hadir.

Jomlah kita masuk tengok macamana keadaan dalam dewan.



Atas tu ada 2 deck tapi tak penuh. 

Biasa tengok seating compartment kat medsoc, macam tu lah rupa sebenarnya. Ibu tak sure kalau duduk situ lebih jelas atau bagaimana. 

Seat kami di bahagian kanan tengah dewan.


Selesa lah dok dalam ni.

Ambik gambar cepat-cepat, malu pula nak beria-ia 😁😁😁

Pentas utama.

Konsert dimulakan jam 8.30 pm.

Datin Alyah memulakan acara dengan lagu Bisikan.

Wowwww.... semua terpegun!
Suara sedap, sound system mantap.

Recording dan tangkap layar untuk lagu dan penyanyi pertama sahaja. 
Selepas itu siapa yang ingkar, kena laser hijau lah jawabnya 😎

Jadi marilah tonton konsert dengan aman.

Konsert ni di bawah pimpinan Tuan Haji Mahzan Manan.
Walau sudah berusia 89 tahun, sangat komited untuk menjayakan konsert yang sebegini hebat.

Barisan artis yang terlibat.
Semua lagu best!
2 jam masing-masing tidak berganjak.

Masa ni pulak Wafi call. Ibu dah cakap tak berapa dengar apa yang Wafi cerita. Kedengaran dia agak merajuk.. aiseyyy.... anak omey ni.. kan ibu dah pesan siap-siap kalau call nanti akan ada gangguan.

Performance 10/10
Music arrangement pun best.
Sound system pun best.
Semua best lah 😍😍

Tersangatlah puas hati.

Oh ya.. persembahan malam tadi Hanbyul tidak beraksi. Bila ibu check IG Istana Budaya, Hanbyul ada buat rehearsal lagu Winter Sonata tapi telah digantikan dengan penyanyi kecil molek Jamilah Abu Bakar. Sedap betullah lagu Korea diiramakan keroncong. Pagi ni baru baca dalam medsoc mengapa Hanbyul tidak membuat persembahan.

Disebabkan tidak dibenarkan mengambil gambar semasa mereka menyanyi kecuali Datin Alyah, kita ambillah gambar mereka banyak-banyak selepas persembahan.

Teringat kata-kata Dato Kathy... untuk tarik penonton kenalah panggil Dato' Awie untuk datang πŸ˜€

Antara yang ibu ingat lagu Dato' Kathy bersama Rizal Ahmad, Doa Buat Kekasih 
Perwira oleh Rashidah Abd Rahim

Yang lain tu biasa dengar tapi tak ingat tajuk huhu..
 
Alhamdulillah.. pengalaman manis buat kami yang pertama kali masuk Panggung Sari Istana Budaya ni.

Time management pun bagus, berakhir sharp10.30 pm!


Last lah sebelum keluar dewan.

Ibu tak boleh pakai baju style ni lah... nampak BESAR πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Patut ibu pakai dress blue black yang mula-mula plan nak pakai.

Bersama Dato' Kathy di depan booth produk kecantikan beliau, Kathy Forever Young
Memang nampak young Dato' ni walau usia sudah 64 tahun dan memiliki beberapa orang cucu. Tinggi betullah Dato' Kathy ni. Sempatlah ayah bercerita dengan Dato' yang sebelum ni ada mengajar anak beliau ketika belajar di IIC.

Ok lah, kita wrap up di sini. Terus balik, Isnin nak kena kerja huhu..

Alhamdulillah, everybody enjoy!

9 comments:

  1. Dalam ramai2 artis keroncong ada Hanbyul?. Musykil juga tema lagunya tu. Pernah pergi Istana Budaya ni tgk teater yg Amy Mastura, Siti Saleha berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya ada Hanbyul tapi sayang tak dapat perform.. sedap dia menyanyi masa rehearsal lagu Winter Sonata.

      Delete
  2. cantiknya kakak widad...mengimbau kenangan ni ibu nostalgia lagu-lagu lama balada dan rock dikeroncongkan,moga irama keroncong malaysia terus berkumandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak Widad suka lah kalau pergi tempat-tempat macam tu, bolehlah dia mekap2.
      Bayangkan Dato' Awie nyanyi lagu sendiri yang dikeroncongkan, sedap gak sebab keroncong tu takde lah terlalu klasik.

      Delete
  3. Rezeki dapat tiket gratis daripada penaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye WP, Alhamdulillah. Last minute pulak dapat tak fikir panjang grab je. Patut search dulu pasal konsert tu tapi tak sempat.

      Delete
  4. Minggu lepas ada dengar dkt radio, dia promosikan konsert ni...
    pernah skali je sampai IB ni..masa tu layan teater..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga ya layan teater. Usia dah meningkat ni suka juga tengok persembahan yang relax-relax. Tak tau lah inche husband minat ke tak sebab dia dok layan konsert Awie je πŸ˜…

      Delete
  5. Wah...SA x pernah lagi tengok konsert keroncong..x pernah ada kesempatan..lepas2 ni ada suami boleh la kot nak healing mcm ni...cantiknya kakak widad..ibu pun sama..next kalau event malam banyakkan main ngan kaler gelap kak..ini pun cantik je...

    ReplyDelete