Seharian dalam rumah, ibu dah mula pening. Tengahari sempat nap lepastu sambung nengok The Guest. Lepastu baru kemaskan baju² yang tak mahu dipakai. Yeayyyy... misi berjaya juga. Sambung lagi The Guest. Terlelap lagi petang tadi. Bila terjaga rasa bengong je kepala😁
Tak boleh jadi ni... kena keluar rumah ambik angin. Teringin minum chai. Terfikir restoren Taste of Pakistan.
Settt... lepas Maghrib!
Sedap dan berlemak. Tak rasa manis susu pekat.
Ibu perlu minum yang panas-panas dengan ambience yang hangat. Mula tadi teringat juga Mashigettha tapi bila fikir restoren tu sejuk, tak mahulah masuk, nak masuk restoren yang open air je.
Makan berdua pun tak habis, bungkus bawa balik.
Kuah dhal tu Bami kata tak kena, so dia makan kosong je.
Suka sangat Bami dengan sos putih tu.
Tapaukan ayah 2 pcs Garlic Naan (RM5.50/pc) dan Beef Qeema (RM10.50).
Nanti Kawi boleh share tapi makan sepotong je.
Ajom lah balik!
Lega dah kepala ni dapat angin luar 😁
Kat area sini ada kedai Pakistan masak naan. Eh sedap betul naan dia. Air teh pakistan tu tak pernah rasa lagi.
ReplyDeleteTeh Pakistan tu lain dari teh tarik, bagi saya lebih sedap teh pakistan. Kena cuba Ezna.
DeleteJalan2 cari angin pun tekak kena layan
ReplyDeleteYang utama layan tekak dulu WP😁
DeleteTak pernah cuba teh pakistan, kita teh ni kureng skit kak badan cepat berangin...amboi abang Imi manis betul si bujang akak tu ha
ReplyDeleteuishhh.. kalau berangin kena elakkan karang tak boleh buat kerja.
DeleteBujang yang jadi anak dara kalau kat rumah.. dok bilik je 😁