Sambutan Di Ambang Hari Kebangsaan Yang Ke-66 peringkat Negeri Selangor diadakan pada 30 Ogos 2023 bertempat di Dataran Shah Alam. Tahun 2022 kita tak join sebab sibuk mengisahkan Kakak Widad di Politeknik. Pastinya sabam tahun ini acara yang ditunggu-tunggu sempena Hari Kemerdekaan.
Jam 5.30 pm ayah dan anak-anak sudah tunggu ibu di ofis untuk ke Shah Alam. Bia exit Bukit Jelutong banyak kenderaa pula. 6.20 pm baru kita sampai Hotel Acapella untuk check in dulu. Ibu hanya sempat bersolah Asar dan tukar baju je. Masing-masing sempat mengalas perut dengan roti jala dahulu sebelum bertolak ke Masjid Negeri untuk bersolat Maghrib dahulu.
Acara dimulakan dengan persembahan koir, tarian dan artis.
Tahun ini artis yang dijemput adalah
- Iman Troye
- Ziana Zain
- Dato Awie
Acara yang dinanti pasti perarakan perbarisan dari pelbagai kontigen.
Bila tengok secara live ni vibes berbeza. Semangat lebih hehehe...
Bila muzik berkumandang pasti masing-masing bersama nyanyikan lagu.
Apatah lagi dengan alunan muzik oleh pancaragam sekolah mahupun badan beruniform.
Ibu letak beberapa keping gambar sahaja.
Tahun ni Sunway mengambil bahagian... wahhh.... seronok lah pengunjung terutamanya kanak-kanak bila ada pelbagai maskot berjalan di atas dataran.
Paling ramai penyertaan dari Anak harapan Selangor yang terdiri dari pelajar sekolah sekitar Selangor.
Cik Elis sampai bila habis perbarisan sebelum tu datang hantar Alma, Arissa & Firas. Lepastu keluar untuk hantar kereta pula.
Cik Wada and family pun ada tapi kami tak jumpa pun. Nak contact pun tak dapat sebab U-Mobile langsung tak ada coverage. Tahun-tahun sebelum ni pun sama,
Jomlah cari dinner, lapar dah ni!
No comments:
Post a Comment