Pages

Sunday, August 20, 2023

Mac & Cheese (Baked Pasta)

Bila buat Macaroni & Cheese ibu akan guna resepi dibawah yang ibu sudah olah sedikit dari resepi asal.


Mac & Cheese (Baked Pasta)
(Faiz style)

Bahan-bahan

1 bungkus macaroni (400-500g) (rebus sampai lembut dan toskan)

1 bungkus / 400 g minced beef/chicken - Ramly atau jenama lain
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 botol kecil sos spagetti

1 tin mushroom (hiris ikut suka)
1 batang kecil lobak merah
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil oregano (tak letak pun takpe)
½ sudu besar serbuk lada hitam
sedikit sos cili (sesuaikan rasa)
garam, gula dan serbuk Secukup Rasa (jika suka)

Sos Putih
 :
5 cawan susu segar
2 1/2 sudu besar mentega

sedikit lada sulah
5 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
3 slice cheesedale atau 75 g krim keju
sedikit garam dan gula – secukup rasa

lain-lain : keju parut dan oregano (mozzarella lagi best)

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan serbuk lada hitam dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Masukkan mushroom dan lobak merah. Kacau rata seketika.
  4. Barulah dimasukkan sos spaghetti & tambahkan air guna 1 botol sos tadi. Gaulkan sebati hingga mendidih. Kemudian masukkan oregano, sos cili, garam, gula dan serbuk Secukup Rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  5. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata.


Cara2 untuk sos putih :

1.    Masukkan susu, cheese yang dikoyak kecik2 dan butter dalam periuk.
2.    Masak hingga susu mendidih.
3.    Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
4.    Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 180C (ikut oven masing2).

Sebelum bakar.

Done.
Ini yang ibu bawa ke rumah Cik Ana jadi ibu gandakan resepi jadi 2.

6 comments:

  1. sedapnya nampak...saya ambil resepi akak ye,teringin nak buat tapi kena tunggu rajin sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sedap, ini pun ambil dari blog lain cuma modify sikit.

      Delete
  2. Fav Dania ni..bukan mamanya...tapi selalu beli aje..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sorang dua beli je boleh terus makan.

      Delete