Hari kedua seawal jam 7 pagi, kanak-kanak dah turun ke pool. Entah lah diorang ni.. kulit buaya gamaknya. Sejuk-sejuk pun boleh mandi. Dari awal lagi dah plan minta Cik Elis buat nasi lemak untuk sarapan. Bahan masakan ibu dah beli hari Sabtu. Tapi boleh lupa bahan utama... SANTAN. Adoii... terpaksalah keluar pagi tu cari. Ibu minta Cik Wada drive, ibu turun beli barang. Tau je lah bila sampai kedai, itu ini itu ini, banyak jugalah yang dibeli.
Ibu lah mengada beli cili giling, end up rasa sambal tidak seperti yang kita harapkan. Ingat nak bagi senang Cik Elis tapi kecewa pula. Bolehlah nak makan tapi kurang kick sebab sambal jadi pahit sedikit.
Ini tak sampai tengahari pun sebab nasi satu periuk Noxxa habis. Bahagian bawah ada kerak pula sebab salah teknik masa tutup Noxxa, itu yang berkerak.
Homestay tapi tuan rumah sediakan pinggan Corelle.
Beli kuih talam, bingka ubi and few others.
Kemain seronok mereka.
Hidangan tengahari yang dimasak oleh Cik Baya dan Cik Elis (ibu tolong cuci pinggan mangkuk je 😃)
Ada taugeh masak lemak, sambal belacan, ayam masak sambal campak-campak (plan asal nak goreng dengan tepung Bestari tapi cancel sebab akan ambil masa), sambal belacan dan tauhu goreng. Cik Ana tapaukan asam pedas ikan mayung.
Malam mandi lagi.
Petang jam 6, ibu ayah dan Wafi dah keluar dari homestay sebab nak beli dan prepare barang Wafi untuk dibawa balik ke asrama esok hari.
Malam baru nenek dan Cik Biela sampai dari Johor.
Jalan sakan kan nenek tu.
Sampai homestay, mana nak tau ramai pula yang nak makan. Aiseyyy... ibu dah ada sainganlah! Tak bolehlah nak makan banyak. Ibu minta simpankan satu, karang kempunan pulak 😁😁
Anak2 memang seronoklah kalau ada kolam mandi
ReplyDeleteBetul tu wak... masa ni lah mereka boleh lupakan handphone.
DeleteHomestay bila ada kolam mandi..memang aktiviti masak memasak jadi berulang kali..lepas terjun kolam pasti lapar..
ReplyDeleteLihat tauge masak lemak, jadi teringin pula. Dah lama sangat tak makan itu. Biasanya hanya saya tumis dengan tahu sekali. 😄.
ReplyDeleteMemang seru kalo kumpul keluarga seperti ini kak. Lebih best kalau ada yg jago masak juga, jadi terjamin makannya 😁