Pages

Saturday, November 4, 2023

Visit Wafi

Hari ni pertama kali ibu dan ayah lawat Wafi di asrama. Sebelum ni kalau datang pada hari outing jadi boleh bawa Wafi keluar.

Seperti biasa ibu dah beli barang yang dipesan. Janji dengan Wafi jam 12.30 - 1 pm ibu sampai. Lewat sikit sebab singgah Amanjaya Mall beli makanan lunch dulu.

Mula-mula order ayam goreng Marrybrown. Kena tunggu 15 minit jadi kami beli Roti Boy dulu. Wafi dah pesan nak roti ni.

Lepastu beli Tealive pula.

Sampai sekolah Wafi 12.45 pm.

Sementara tunggu Kakak Wafi turun ambil gambar kenangan depan asrama Wafi. Ingat Wafi dah tunggu kat bawah.
Boleh pulak dia leka dengar cerita 👻 dari kakak senior. Lepastu tunggu announcement. ihhhh.. almost jam 1 pm baru turun😬

Wafi suggest makan di Dewan Terbuka. Bolehlah kita piknik kat situ.

Dalam kereta takde tikar... entah mana letaknya.. dah guna tak letak balik😬

Pakai je lah selimut kereta.

Cool berkelah bawah ni. 
Sayangnya 3 ketul ayam Marry Brown tu tak boleh dimakan kerana ada bau yang kurang menyenangkan. Busuk! Adehhhh... 

Nak buat komplen resit dah buang pula!

Sebulan baru dapat jumpa budak omeyyyy ni.. geghammmmm nak gigit² je!

Malu² pula dak Denin ni.

Cuzzie.

Wafi kata kita tak taulah nak cerita apa... semua ok je kat sini😁

Lepastu keluar pula cerita 👻
Hurmmm... biasa lah dak² asrama.. kalau takde cerita 👻 memang tak sah!

Rindu sangat.

Tunggu 9hb nanti ya kita jumpa lagi.

Wafi and the cousins.

Wafi nasihatkan adik² tak payahlah masuk asrama.. tak best pun😁😁
Sabar je lah budak ni.

Dah penat duduk bawah berkelah Wafi minta masuk dalam kereta. Sebelum tu Wafi dah hantar barang dulu masuk dorm 1st trip.

Ok sayang... nanti kita jumpa ya.
Ibu ayah sayang awak tau!

Kami tinggalkan Wafi jam 4 pm dan bergerak ke Kulim.
 

8 comments: