Bila ummi beritahu di grup whatsapp family yang Abang Muhammad akan bertunang mak dan bapa saudara bukan main excited lagi. Masing-masing nak join sekali. Maklum lah anak buah pertama nak bertunang. Sebelum ni keluarga kami banyak terima rombongan pihak lelaki datang rumah sebab adik beradik 10 perempuan, seorang je lelaki.
Beberapa family sudah sampai di rumah penginapan pada hari Sabtu. Abang Muhammad suggest homestay yang berdekatan dengan rumah bakal tunang. Dapatlah mereka bermalam di kawasan bendang. Family Cik Elis siap jalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar dan Taiping.
Pertama kali kami sampai ke Gunung Semanggol. Kalau dari lebuhraya Utara Selatan akan nampak kawasan padi di kiri dan kanan. Rezeki kami dapat sampai ke sini.
Jalan ke rumah-rumah di bendang boleh dilalui sebuah kenderaan. Namun, menurut penduduk tempatan ada kiri dan kanan jalan jadi boleh masuk mana-mana jalan. Kalau berselisih jalan dengan kenderaan lain bolehlah masuk ke mana-mana laman rumah orang.
1 jam perjalanan dari Kulim dan kami sampai ke homestay jam 9.30 am.
Sebenarnya ada 2 rumah sebelah-sebelah.
Denin tak ready.
Awal-awal dah terbau ikan goreng dan ikan masin. Ada tempoyak dan sambal belacan. Juga petai celur dan hirisan timun.
Baitulizzah Homestay
34400 Bagan Serai, Perak
Kali ni kena bawak Dina masuk dalam kereta sebab haritu merajuk makngah tinggalkan. Dia kan nak ikut kakak.. aduhhhh... jenuh juga pujuk masa kami sampai. 2 hari tak hilang rajuk. Marah betul dengan makngah π
Adnin tertinggal sebab kami tersesat hahahahha... ater laju benor depa bawak kereta π
Alolo.. Afiyah pun nak join sekali.
Gambar beramai-ramai. Tak adalah gambar ibu dan ayah dalam ni.
Cantik cuaca hari ni. Tak terlalu panas dan tak hujan. Ni kalau dapat musim padi menguning mesti lagi cantik suasana kat situ.
Kami bergambar dalam rumah.
Majlis kat luar rumah rupanya. Berbicara di bawah khemah sahaja. Kami dok tunggu dalam rumah bila lah geng lelaki nak masuk. Pakngah Tapah jadi ketua rombongan.
Denin tak ready.
Itu je lah gambar mak-mak sedara dalam rumah.
Nenek sarungkan cincin risik manakala ummi sarungkan cincin tunang.
Gambar tunang untuk tatapan keluarga sahaja.
Alhamdulillah selesai majlis tunang tu, family dijemput makan tengahari pula.
Ibu share gambar-gambar yang Abang Imran ambil.
Pelbagai juadah yang tuan rumah sediakan.
Semua sedap-sedap belaka.
Abang Izzat dah lapar.
Sedap makan dikelilingi bendang. Pertama kali bagi kami.
Awal-awal dah terbau ikan goreng dan ikan masin. Ada tempoyak dan sambal belacan. Juga petai celur dan hirisan timun.
Dapat pula hirup kuah sup daging lembut dan panas-panas.
Pertama kali jumpa sengkuang masak lemak. Sedap lah sebab ada tekstur crunchy tu. Ingatkan sayur kobis. Lepas ni boleh cuba masak.
Alhamdulillah.. sedap betul la hai makan kat sini.
Masa kecik haluih je.
Oh ya.. tuan rumah juga ada sediakan Wadai Kipeng super sedap yang merupakan makanan masyarakat Banjar. Bagi orang jawa kami panggil Bubur Candil cuma beza pada bentuk sahaja tepung pulut. Tepung pulut Wadai Kipeng berbentuk leper dan lekuk di tengah manakala Bubur Candil hanya berbentuk bulat.
Ummi sediakan beberapa hantaran. Kalau tengok gambar-gambar ada 10 dulang hantaran.
Mak-mak sedara lain juga semangat nak sponsor seperti kek marble dan dessert.
Abang Muhammad... Cik Anum letak nama je lah eh π
Ibu sponsor cheesetart dari Oven Suri, kebetulan ada kawan baker di Kulim.
Ini jelly yang telah digubah sebelum masuk dalam kotak transparent. Idea Cik Wada, Cik Baya dan Cik Biela. Macam-macam bentuk jelly rupanya sekarang ni.
Tahniah Abang Muhammad.
Insyaallah akan disatukan selepas tamat belajar.
Dalam majlis tu Abang Muhammad tak ada sebab visit Isyraf di SMKAK.
Ibu ayah gerak balik jam 1 pm dan terus balik ke Klang. Manakala family members lain bertolak lewat sedikit. Mereka singgah dulu di homestay dan kemudian singgah pula ke Tapah. Ummi kata nak bahagikan barang dagangan hehehe..
Tambahan pula Pakcik Anuar minta kawan bawakan durian ke rumah untuk makan ramai-ramai.
Sekali dibawakkan juga tempoyak dalam tong besar. Kenduri betullah mereka tapau bawa balikπ
Family members lain pun dapat sebekas juga... yayyyyy
Meriah majlisnya. Dalam homestay tu macam mana? Teringin nak tengok.
ReplyDeleteAlamak.. maafin.. tak dapat nak ambil gambar sebab masa kami sampai tu dah penuh adik beradik dan anak sedara duduk dalam tu.
Deletelumarh kehdupan...selangkah untuk ke alam perkahwinan...semoga urusan dipermudahkan
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih atas doanya.
DeleteSimple je kenduri bertunang Abang Muhammad kan..alaa..x dapat tengok gambar tunang dia....semoga dipermudahkan untuk terus ke alam perkahwinan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYa SA, simple je majlis tunang tu. Alhamdulillah layanan sangat baik dari mereka.
ReplyDeleteAbang Muhammad dah pesan jangan post gambar tunang kat sosmed heheh. Ini pun makngah dia siap tanya kat ummi boleh tak masuk blog gambar mak-pak sedara je ππ
Tahniah abang muhammad
ReplyDeleteSemoga berkekalan jodohnya
Aamiin.. terima kasih WP.
DeleteWah...best la Abang Muhammad nanti..selalu tengok pemandangan sawah padi...tahniah..selamat bertunang
ReplyDeleteItu lah... dapat pula orang Perak juga. Tak jauh nak balik kampung nanti hehe..
DeleteTahniah... selamat bertunang abang Muhammad.. semoga urusan dipermudhakan sehingga majlis nikah nya ye :)
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Ako.
DeleteBaguuuus sangaat rumah homestay nya kak πππ. Kuning dan vintage pula. Teringin pula nak stay di sana.
ReplyDeleteCongrats utk acara bertunangnya Abang Muhammad.smoga dilancarkan sampai hari H tiba yaa. Meriah suasana dan hantarannya juga cantik2 dihias ❤️❤️
Ia Fanny, cantik homestay tu di tengah sawah. Tu kalau musim padi menguning mesti lagi cantik view HS tu.
ReplyDeleteAamiin.. semoga semua urusan Abang Muhammad berjalan dengan lancar.
Tahniah dan selamat menempuh alam pertunangan. Berdarah manis la nanti.
ReplyDeleteTerima kasih.. Aamiin.. terima kasih Ezna.
Delete