Pages

Saturday, April 20, 2024

Beraya Di Rumah Paksu Shafiq

Dari rumah Atuk Leh kami gerak ke Bandar Seri Putra. Keluar dari tol Setia Alam kenderaan dah perlahan sampailah ke NKVE. Moving tapi perlahanny lahai.. kedua² arah. Semua keluar beraya kot. Jam 6 lebih baru sampai.

Perut pun dah lapar, dihidangkan pula makanan utara. 

Sedapnya lahai bihun sup utara ni. Dapat juga makan. Masa balik Kedah tempohari takde gerai bihun sup yang buka.

Ada juga nasi daging air asam.. wajib makan juga. Dapat pula makan ketupat palas homemade bersama rendang daging. 

Alhamdulillah.. puas makan makanan raya hari ini.

Maksu Fatin ni memang pandai masak, sedap hasil air tangannya. Kemahiran memasak dari mak beliau yang memasak untuk katering dan kenduri-kendara.


Nampak tu nenek... ratah daging bahagian lembut cicah air asam.

Dessert ambil ni.

Perut penuh dah ni.

Kenapa eh ayah tepuk tanganπŸ€”

Kat rumah Paksu ayah jumpa bekas guru semasa belajar di Sekolah Alam Shah, Ustaz Rani. Rezeki dapat berjumpa cikgu sekolah. Bagi seorang guru, saat macam ni pasti menggembirakan bila ada anak murid yang mengingati beliau.

Semoga ustaz dikurniakan kesihatan yang baik.


Baru perasanlah kami tak ambil gambar dengan Paksu sekeluarga. 
Gambar Zulkarnain je ada ni. Umar Fayyad plak tak ada. 

Kami gerak dari rumah Paksu nak Maghrib dah jadi solat dulu di surau berhampiran. 
Menghala pula ke Kajang, rumah Cik Ami. Dah alang² ke selatan, kita singgah dan tidur sana.

16 comments:

  1. Bihun sup utara memang sedap kan.
    Tu nasi daging ... teringin pula nak makan, padahal bulan puasa hari tu dah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pulak memang orang utara yang masak, sedap sangat jadinya.

      Delete
  2. sedapnye bihun sup utara ni.. yumm yumm yummm

    ReplyDelete
  3. wah nasi daging... teringin nak buat sendiri... ok 1 fine day nak try masak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa buatnya pun tak susah KM.
      Boleh try tu.

      Delete
  4. nampak berselera nenek makan lauk daging tu ye...syukur anak murid masih kenal cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging tetel rasanya tu, akak memang ambilkan bahagian lembut ada lemak2. tu yang mak suka.

      Delete
  5. kami tak sempat nak beraya...hari minggu je mengadap anaknda di asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ngapelah Afzan.. berkorban sikit.
      Insyaallah tahun2 depan boleh beraya.
      Saudara mara dan kawan-kawan pasti faham.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bihun sup utara ni. Kalau balik kedah mesti singgah makan bihun sup utara kat simpang empat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bihun utara ada kelainan tersendiri kan.
      Mungkin sup daging dan sambal nya kot

      Delete
  8. Bihun sup utara antara salah satu juadah bulan syawal ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... mesti CCL biasa buat bihun sup utara.
      Yummmyyyyyyy

      Delete
  9. Dijamu buhun sup utara.
    Kalau tempat wak jadi bihun sup selatanlah

    ReplyDelete
  10. Bihun sup nya memang kliatan gurih apalagi dengan potongan tetel dan daging πŸ˜πŸ˜πŸ‘

    ReplyDelete