Pages

Tuesday, April 9, 2024

Juadah Buka Puasa Yang Senang²

Penuh juga aktiviti ibu hari ni.. ingat nak santai² je. Maklumlah.. cuti😅
Tahun ni sempena Hari Raya Aidil Fitri company ibu shut down selama seminggu. Isnin, Selasa dan Jumaat diganti dengan cuti² public. Ada satu hari yang ganti masa cuti PRU yang lepas. Kalau tak silap cuti yang PMX umumkan. Masa tu company kami kerja sebab tertakluk pada jadual customer. Punyalah lama baru dapat diganti.

Pagi tadi lepas cuci kereta dan ke kedai stationery, ibu beli barang sikit di NSK Klang Sentral. Sempatlah belikan baju prep Wafi. Balik rumah terus prepare juadah untuk berbuka. Juga rebus cili kering, kemudian blend. Kupas² bawang. 

Azan Zohor berkumandang selesailah mac & cheese. Masa ni tak bakar lagi. Ibu minta Kawi bakar.

By 3 lebih, siaplah baked mac & cheese.

Buat 2 adunan.

Sempatlah ibu lelap petang. Sedap tidur sebab baru lepas hujan. Sejuk je bila angin luar masuk bilik.

Jam 5.30 panggil semua anak² untuk bersihkan keliling rumah. Rumput² yang siap dipotong perlu dikumpulkan dahulu. Nak bakar tak boleh sebab masih basah dek kena hujan.

Esok je lah buat, harap esok panas.

Lepas buka tadi ibu panggil anak² dan anak buah tolong isi kuih raya dalam bekas kuih di rumah nenek. Rumah sendiri kuih tak perlulah kot isi dalam bekas sebab raya pertama kami keluar beraya. Insyaallah raya ke dua balik ke Kulim. Nanti² lah panggil adik-beradik datang rumah.
 

9 comments:

  1. semoga hari ni panas, bolehlah bakar rumput2 tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cukup panas lah Lady.. tak semua rumput kering. Setiap hari petang hujan. Dapat bakar sikit je.

      Delete
  2. Replies
    1. Panas tak terik lah SA. Dapat bakar sikit je.

      Delete
  3. sedapnya mac & cheese. hujung2 ramadan ni masak simple je dah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali berkumpul pasti ada menu kanak². Segala jenis pasta kami akan gilir masak.

      Delete
  4. balik kampung weekend hr tu, sempat bakar sampah...puas hati terbakar sampah nya, sebab cuaca panas, sampah pun kering..senang terbakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu kepuasan bila daun² kering tu hilang dari pandangan. auto bersih je kawasan rumah.

      Delete
  5. Nampak moist dan creamy Mac and cheese nya kak 😍. Fav anak2' saya juga ini. Kalo dah buat bisa habis seloyang dengan cepat 😄

    ReplyDelete