Pages

Saturday, April 20, 2024

Hantar Widad Pula

Pagi ni tiket Kak Widad jam 8 am untuk ke Jerteh. Sampai Terminal Bas Sani kami diberitahu bas lambat sikit sebab ada masalah tayar bocor. Semetara menunggu bas sampai ibu ayah breakfast dulu kat gerai stesen bas. Kawi taknak sebab sudah sarapan di rumah.

Jam 8.35 am baru bas datang, rupanya bas tu repair kat belakang terminal je. 

Dari Klang Kawi berdua je dengan seorang lagi budak lelaki. Seminggu awal ibu beli tiket dapatlah single seat. Ibu suggest Kawi balik Jumaat malam tapi Kawi nak balik pagi Sabtu. Turut kan je lah.

Kawi request nak bawak something yang boleh tahan 2-3 hari. Jadi pagi ni ibu buatkan sambal kentang+tempe+bilis.

Panggangkan ayam dalam airfryer dan masak nasi putih.

Sandwich telur untuk sarapan dan bawa bekal atas bas.

Semoga Allah permudahkan perjalanan jihad menuntut ilmu Kakak Widad.

Tinggal Abang Imi di rumah. Katanya lecturer buat kelas online lagi. 
 

7 comments:

  1. Rajin ibunya siapkan bekal. Sedap tengok menu tu. Semoga perjalanan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Semoga Kak Widad berjaya dalam pelajarannya. Banyak tu pengorbanan ibunya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Kasih sayang keluarga sudah pastinya akan menjadi kenangan indah sepanjang hayat. Semoga Widah terus berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. ayam tu nampak sedap.. rajin ibu masak...

    ReplyDelete
  5. alamak...apesal bekal kaka widad tu nampak sedap..nasib aunty SA x preggy kalau preggy memang mintak i u buatkan untuk kak SA sambal tu...

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan kakak widad . Comelnyaa

    ReplyDelete
  7. Jadi ingat mama pun dulu suka buatkan bekal utk saya makan di kampus atau homestay ☺️. Salah satu yg buat semangat utk terus belajar . Semoga anak2 kakak sukses dalam pembelajaran mereka ya ❤️

    ReplyDelete