Ayah sudah merancang untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Barat/West Coast Expressway (WCE) untuk balik ke Klang. Bila masuk PLUS Highway tak akan jumpa signboard exit ke WCE. Bila buka waze dan google map disarankan guna WCE. Confuse juga laluan yang perlu digunakan.
WCE bermula dari Taiping Selatan sehingga ke Lekir. Ayah ingat tol free rupanya yang percuma dari jajaran Taiping Selatan ke Beruas sahaja sehingga 11/5/2024.
Lepas tol Lekir kena ikut jalan Persekutuan semula sebelum sambung WCE dari Teluk Intan sehingga Hutan Melintang. Tol RM2.90
Kemudian masuk lah jalan Persekutuan (welcome back to Selangor🥰) Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.. kalau nak sambung WCE kenalah masuk Assam Jawa tapi kami exit ke LATAR sahaja.
Ni WCE yang kami lalu pagi tadi, jalan 2 lane sahaja dan kenderaan banyak tapi fast moving. Sepanjang jalan tak jumpa RnR. Ada signboard RnR tapi tapaknya pun tak ada lagi😅.
Ni WCE yang kami lalu pagi tadi, jalan 2 lane sahaja dan kenderaan banyak tapi fast moving. Sepanjang jalan tak jumpa RnR. Ada signboard RnR tapi tapaknya pun tak ada lagi😅.
Toilet ada setelah bayar tol di Lekir dan Hutan Melintang. Kami singgah solat Subuh di masjid Sabak Bernam sahaja bila kawasan rehat WCE dan stesen minyak penuh dengan kenderaan.
Alhamdulillah sampai di Eco Grandeur jam 8 am. 6 jam perjalanan pagi ini.
Bila dah sampai lapar sangat, ingat nak ke Afra Bistro. Nampak plak orang jual nasi lemak. Masing² memang craving nasi lemak, kalau tak jumpa makan je lah kat mamak.
Bila dah nampak nasi lemak semua girang😁😁
Beli dan tapau je. Boleh makan dengan tenang di rumah.
Selepas sebulan + Syawal ke 5 dapatlah makan nasi lemak.
Pekena pula secawan teh panas.
Nikmat🤤🤤🤤
Susur keluar sg samak, selepas plaza tol hutan melintang, kampung linda lah tu... 🤭🤭
ReplyDeleteoo.. laaa.. situ.. dekatlah gitu Linda. Balik hari pun boleh.
DeleteSA x ada pengalaman jammed teruk lagi...setakat jammed kat Pilah tu je la...nak jugak la merasa satu hari nanti...
ReplyDeleteMasuk juga WCE nak ke Ipoh masa hari raya pertama. Jalan dalam tu agak busy dengan kereta jugak. WCE ni belum siap sepenuhnya lagi. Ada lencongan kena masuk jalan dalam jugak.
ReplyDeleteX perlu exit Bukit Merah pun. Terus je exit tol Changkat Jeringdan masuk WCR ikut Tol Taiping Selatan
ReplyDelete