Pages

Friday, March 6, 2026

Menu Ramadan 13 - 16

Sambunglah lagi entry menu... macam takde benda nak tulis😆😆
Seperti biasa hari bekerja, Kak Widad lah masak. Syukur ibu ngam² puasa, Kak Widad cuti semester. Abang Imi pun sama. 9/3 nanti Bami akan start intern.

13 Ramadan

Sahur

  • Mi goreng Sedaap
  • Telur mata
  • Kentang goreng
Malam ayah kata nak sahur mi goreng je.
Naaahhh... semua orang makan benda sama😁
Bami tanya memang kena makan mi goreng ke?
Haaaa.... sekali jalan🤭

Iftar
  • Ayam bakar + gravy
  • Nasi planta
  • Timun
  • Tembikai + betik
Kerang ni lepas buka puasa baru rebus. Pergi pasar ingat nak beli kuih sikit sekali takde pun orang menjual. Peniaga sayur kata yang jual makanan meniaga kat bazar.

Takkan nak balik tangan kosong, itu yang beli kerang dan sayur². Kerang pulak nampak elok.. ibu beli yang saiz sedang, sekilo RM12.

Bami tanya kerang ni nak makan sahur ke? 
Krik... krik juga.. takkan sahur nak makan kerang🤗
Haaaa... sapa nak makan.. makan lah.. kalau tak nak, ibu kopek boleh lah masak sambal bila².

Kak Widad balik terawih tak tunggu dah... dia buat moreh. Tinggalkan sikit untuk Bami. 

14 Ramadan

Sahur
  • Nasi goreng Cina
  • Kentang goreng
  • Kerang & sambal penyet
Juadah berbuka takde gambar 😁 sebab ibu balik lewat. Nak Isya' baru sampai rumah. Ayah beli kari sotong dan kari kambing. Kak Widad buat terung sambal.

15 Ramadan

Sahur
  • Maggi Asam Laksa
  • Kentang goreng
  • Kari kambing (leftover)
  • Telur ½ masak
  • Telur kicap KA
Iftar
  • Patin tempoyak
  • Buncis+carrot+udang
  • Telur masin
  • Murtabak + bawang jeruk
Murtabak tu kuah dhal, abang Imi lupa kot nak minta kuah bawang. Kuah dhal atau kari takde siapa nak makan. Itu yang ibu buat jeruk bawang. Yang mudah² je, cuma hiriskan bawang holland, gula, garam, cuka dan ibu sirap. Ni ½ jam ibu prep jadi bawang tu dah sebati dengan bahan lain. Anak² makan murtabak kosong je taknak cicah apa².

16 Ramadan

Sahur
  • Nasi goreng
  • Kentang goreng
  • Telur rebus
Untuk berbuka ayah beli kari kambing dan paru balado. Kak Widad topup cendawan+carrot tumis. Ni pinggan ibu, sampai rumah jam 9 malam, kelaparan🫣🫣

 

22 comments:

  1. Biarkan entri menu, boleh kongsi idea dengan yang lain.

    ReplyDelete
  2. Xpe la kak ada gak entry....yg xde idea nak maaak boleh rujuk jugak kan...geramnnya tengok kerang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak post tiap hari simple sangat tu yang kumpul hehe..
      kerang sesekali jumpa, tu yang beli.

      Delete
  3. xpe lantakkan je mmg bulan puasa juadah iftar & sahur yg jd list entry. sama lah dgn ana ehehe... mujur ada kak wida cuti bleh handle kat dapur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari biasa macam tak best je letak menu sebab biasa sangat.. bila puasa kita kumpul kan gambar banyaklah sket hehe
      Kak Widad rajin sket bab masak-masak ni.

      Delete
  4. Memang hari2 ada menu kentang goreng ye untuk sahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan begitu Cie kecuali kentang habis belum beli.
      Kadang akak nak goreng benda lain, tapi pagi tengok kat table top Kak Widad dah kupaskan kentang. Terpaksalah goreng juga. Dah itu pun yang dia suka makan.

      Delete
  5. Sy pula banyak cerita tapi malas & tak larat nak karang. Buat entry menu Ramadhan ni senang sikit, tak payah mengarang banyak sangat :)
    Geram tengok megi² tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak... bijak... 😁
      Jangan mula PH buat megi pagi-pagi, nanti auto malas nak masak lain 😂😂

      Delete
  6. Menu Ramadan seperti ini memang nampak menyelerakan. Variasi hidangannya juga membuat waktu berbuka jadi lebih istimewa dan tidak membosankan.

    ReplyDelete
  7. Maggi asam laksa tu siapa punya?? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ayah punya.. pagi² tanya akak masak apa.. pastu dia taknak makan nasi, teringin maggi. Rendam air panas je lah😆

      Delete
  8. Menarik sahur dengan megi goreng tu. Memang tak pernah makan megi waktu sahur setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... ini kira tahap malas atau tak tau nak masak apa.

      Delete
  9. Lagi dasyat sampai rumah lewat. Ammi hari biasa boleh sampai Seremban sebelum jam 7 tp bulan Ramadan ni hmm ntahlah. Drag sampai ke lepas azan maghrib. Bertabah jelah buka dalam bus.

    Ammi pun syukur ada Kyra tahun ni at least lepas sahur adalah yg tolong kemas. Ammi rushing nak bersiap gi keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hari akak balik lambat sebab closing hehe.. cuma setakat ni tak pernah lah buka dalam kereta sebab rumah 6km je. Kalau balik jam 7 pun masih sempat buka kat rumah.

      Ammi memang kena standby atleast kurma dan air kosobg lah dalam bag. Incase lewat. Senang ada Kyra ya banyak bantu. Dia pun dah pandai masak macam².. kena bagi kepercayaan kat dia sediakan semua.

      Delete
  10. sahur makan megi tu, pernah buat masa zaman student. tu kira makanan sahur yg berat. selalu makan biskut dgn air je

    ReplyDelete
  11. Sukaaaaa lihat menu ramadhan begini. Jadi inspirasi saya nak masak apa 😄.

    Kerang rebus nampaknya memang lebih sesuai utk moreh atau dinner 😄. Sayapun tak terbayang sahur makan kerang rebus 😂.

    Telur kecap tuh memang saya dah terpikir nak buat untuk sahur juga kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata pun tak buka habis nak kopek kerang 😂
      Paling senang telur ceplok tambah kicap. Kalau rajin sikit bubuh bawang dan cili.

      Delete