Sambunglah lagi entry menu... macam takde benda nak tulis😆😆
Seperti biasa hari bekerja, Kak Widad lah masak. Syukur ibu ngam² puasa, Kak Widad cuti semester. Abang Imi pun sama. 9/3 nanti Bami akan start intern.
13 Ramadan
Malam ayah kata nak sahur mi goreng je.
Naaahhh... semua orang makan benda sama😁
Bami tanya memang kena makan mi goreng ke?
Haaaa.... sekali jalan🤭
- Ayam bakar + gravy
- Nasi planta
- Timun
- Tembikai + betik
Takkan nak balik tangan kosong, itu yang beli kerang dan sayur². Kerang pulak nampak elok.. ibu beli yang saiz sedang, sekilo RM12.
Bami tanya kerang ni nak makan sahur ke?
Krik... krik juga.. takkan sahur nak makan kerang🤗
Haaaa... sapa nak makan.. makan lah.. kalau tak nak, ibu kopek boleh lah masak sambal bila².
Kak Widad balik terawih tak tunggu dah... dia buat moreh. Tinggalkan sikit untuk Bami.
14 Ramadan
- Nasi goreng Cina
- Kentang goreng
- Kerang & sambal penyet
Juadah berbuka takde gambar 😁 sebab ibu balik lewat. Nak Isya' baru sampai rumah. Ayah beli kari sotong dan kari kambing. Kak Widad buat terung sambal.
Sahur
- Patin tempoyak
- Buncis+carrot+udang
- Telur masin
- Murtabak + bawang jeruk
Murtabak tu kuah dhal, abang Imi lupa kot nak minta kuah bawang. Kuah dhal atau kari takde siapa nak makan. Itu yang ibu buat jeruk bawang. Yang mudah² je, cuma hiriskan bawang holland, gula, garam, cuka dan ibu sirap. Ni ½ jam ibu prep jadi bawang tu dah sebati dengan bahan lain. Anak² makan murtabak kosong je taknak cicah apa².
16 Ramadan
- Nasi goreng
- Kentang goreng
- Telur rebus








Biarkan entri menu, boleh kongsi idea dengan yang lain.
ReplyDeleteKot ada yang boleh dikongsi kan.
DeleteXpe la kak ada gak entry....yg xde idea nak maaak boleh rujuk jugak kan...geramnnya tengok kerang tu...
ReplyDeleteNak post tiap hari simple sangat tu yang kumpul hehe..
Deletekerang sesekali jumpa, tu yang beli.
xpe lantakkan je mmg bulan puasa juadah iftar & sahur yg jd list entry. sama lah dgn ana ehehe... mujur ada kak wida cuti bleh handle kat dapur hehehe
ReplyDeleteHari biasa macam tak best je letak menu sebab biasa sangat.. bila puasa kita kumpul kan gambar banyaklah sket hehe
DeleteKak Widad rajin sket bab masak-masak ni.
Memang hari2 ada menu kentang goreng ye untuk sahur.
ReplyDeleteBoleh dikatakan begitu Cie kecuali kentang habis belum beli.
DeleteKadang akak nak goreng benda lain, tapi pagi tengok kat table top Kak Widad dah kupaskan kentang. Terpaksalah goreng juga. Dah itu pun yang dia suka makan.
Sy pula banyak cerita tapi malas & tak larat nak karang. Buat entry menu Ramadhan ni senang sikit, tak payah mengarang banyak sangat :)
ReplyDeleteGeram tengok megi² tu 😋
Bijak... bijak... 😁
DeleteJangan mula PH buat megi pagi-pagi, nanti auto malas nak masak lain 😂😂
Menu Ramadan seperti ini memang nampak menyelerakan. Variasi hidangannya juga membuat waktu berbuka jadi lebih istimewa dan tidak membosankan.
ReplyDeleteMenu simple EB.. mana yang senang 😁
DeleteMaggi asam laksa tu siapa punya?? Hihihi
ReplyDeleteTu ayah punya.. pagi² tanya akak masak apa.. pastu dia taknak makan nasi, teringin maggi. Rendam air panas je lah😆
DeleteMenarik sahur dengan megi goreng tu. Memang tak pernah makan megi waktu sahur setakat ni.
ReplyDeleteHahahaha... ini kira tahap malas atau tak tau nak masak apa.
DeleteLagi dasyat sampai rumah lewat. Ammi hari biasa boleh sampai Seremban sebelum jam 7 tp bulan Ramadan ni hmm ntahlah. Drag sampai ke lepas azan maghrib. Bertabah jelah buka dalam bus.
ReplyDeleteAmmi pun syukur ada Kyra tahun ni at least lepas sahur adalah yg tolong kemas. Ammi rushing nak bersiap gi keje
Ada hari akak balik lambat sebab closing hehe.. cuma setakat ni tak pernah lah buka dalam kereta sebab rumah 6km je. Kalau balik jam 7 pun masih sempat buka kat rumah.
DeleteAmmi memang kena standby atleast kurma dan air kosobg lah dalam bag. Incase lewat. Senang ada Kyra ya banyak bantu. Dia pun dah pandai masak macam².. kena bagi kepercayaan kat dia sediakan semua.
sahur makan megi tu, pernah buat masa zaman student. tu kira makanan sahur yg berat. selalu makan biskut dgn air je
ReplyDeleteSayang mata lah tu heheh
DeleteSukaaaaa lihat menu ramadhan begini. Jadi inspirasi saya nak masak apa 😄.
ReplyDeleteKerang rebus nampaknya memang lebih sesuai utk moreh atau dinner 😄. Sayapun tak terbayang sahur makan kerang rebus 😂.
Telur kecap tuh memang saya dah terpikir nak buat untuk sahur juga kak
Mata pun tak buka habis nak kopek kerang 😂
DeletePaling senang telur ceplok tambah kicap. Kalau rajin sikit bubuh bawang dan cili.