Pages

Friday, April 3, 2026

Beraya Rumah Paman² Ibu

Lepas sarapan Ahad pagi Raya-9, ibu ayah beraya ke rumah paman/bapa saudara ibu aka atuk² saudara anak-anak.  Nampak cuaca pun redup jadi lebih baiklah keluar ziarah mereka. Disebabkan adik beradik lain sudah ziarah raya, maka kami pergi berdua sahaja. Abang Imi tak dapat join sebab uruskan motor, nak tukar bateri. 

Rumah adik beradik atuk semua berdekatan, dalam satu tanah lot je.

Kita ziarah rumah Atuk Man dulu. Adik atuk no. 5
Alhamdulillah Atuk Man semakin sihat... 
Beberapa bulan lepas keadaannya perlu dibantu. Sekarang dah boleh jalan sendiri.

Atuk Man dan Nenek Eton ni masa zaman sihat, sangatlah ligat. Kalau kenduri kahwin rumah kami, memang mereka berdualah antara yang datang awal tolong.

Dulu kalau datang beraya di sini, memang penuh meja dengan hidangan kuih raya. Kuih pula kebanyakannya buat sendiri. Yang selalu kami cari adalah jeruk yang pelbagai jenis. 

Dari rumah Atuk Man, kami ke rumah Nenek Ina. 
Lupa pula nak ambil gambar. Gamaknya selalu jumpa dan travel sama, itu yang terlupa bila di rumah.

Atuk Jep, adik bongsu arwah atuk.
Adik beradik arwah atuk berjumlah 9 orang.
3 orang telah meninggal.

Isteri atuk Jep, Nenek Nor ni mudah setahun dari ibu.

Atuk Nasir, anak no. 6

Melihatkan adik beradik atuk yang semakin menua, terasa lah ibu pun semakin tua. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik.

2 rumah tak dapat pergi, bila bagi salam tak berjawab.
Kalau jumpa ibu bagitau lah.. dah bagi salam tapi takde orang jawab😁.
Cuma tak best lah raya tak datang jumpa mereka.

Seorang lagi family kat Kg Melayu Subang, adik beradik atuk paling jauh. 
Itu nanti tunggu adik beradik lain, beraya sama-sama.

16 comments:

  1. meriah betul kuih raya atas meja tu. senang beraya rumah dekat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mak sedara ni jenis rajin hidang makanan, macam-macam ada.

      Delete
  2. Seronok masih ada lagi atuk- atuk saudara..SA ada la sorang dua tapi dah jarang jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau atuk saudara akak ramai yang takde.. yang kami kunjungi adik beradik arwah abah.

      Delete
  3. wahhhh best nya .... mesti meriah punya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. masih meriah, ni kalau dapat pergi dengan adik beradik lain lagi seronok.

      Delete
  4. Best la rumah semua dekat², sekali datang boleh ziarah 3-4 rumah ... Meriah kuih² Raya rumah masing² 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. kalau mereka ada kat rumah, sehari boleh habis beraya. Jalan kaki je dari rumah mak akak.

      Delete
  5. Orang dulu2 rumah dekat2 senang kalau ada apa2 berlaku.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul rumah atuk jep. Siap ada tv klasik lagi! Tv tu just hiasan atau mmng masih hidup lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiasan je tu, tak hidup dah.
      Anak-anak atuk Jep memang rajin hias rumah.

      Delete
  7. Senang rumah lamannya dekat² je..ni kiranya parents akak, Anak sulung la ye? Sebab paman², bibik pun lebih kurang sebaya je..hihi .

    Macam suami Linda la..kecilnya, membesar sama² dengan pakcik dan makciknya .sebab beza tak jauh sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda, arwah abah anak sulung dari 9 adik beradik. Semua duduk dalam lot yang sama, kecuali arwah adik perempuan duduk Kg Melayu Subang ikut suami.
      arrr... mesti rapat Linda dengan diorang sebab membesar bersama.

      Delete
  8. Rindu suasana kampung waktu raya. Mesti nak ziarah rumah saudara mara sementara Syawal masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan raya ambil kesempatan ziarah mereka.. kalau tak masa kenduri pulak baru jumpa.

      Delete