Semalam masa kat ofis bila dapat tahu ayah dan Abang Imi tak ada di rumah petang, rasa tak boleh jadi ni.. takkan nak buka puasa sorang² lagi.
Kena cari mangsa.
Jadi ibu call nenek sama ada puasa atau tidak, ada pergi masjid atau tidak. Aihh.. nenek tu kalau ibu tanya macam² dah boleh baca fikiran ibu.. belum sempat ibu cakap... nenek dah tanya dulu... nak ajak makan kat mana?
Ibu ajak adik-beradik lain yang berkelapangan untuk join. Tak ramai yang available jadi ibu booked untuk 10 orang je jam 7 malam.
Ibu ambil Nescafe panas.
Disebabkan Nescafe ni ibu tak boleh tidur. Jam 3 pagi dok iron baju. Lepastu sapu² dalam rumah. Jam 5 baru lena😬😬
Masa Azan Maghrib nasi tak sampai lagi jadi minum air dan makan Shawarma dulu.
Lainkali ambil kambing sahaja sebab daging lebih lembut. Lamb Shank ni lembut cuma daging dia lebih pejal dan kurang lemak.
Chicken Butter Masala
Sepatutnya CBM ni nak makan dengan Cheese Naan tapi dapat lambat.. jadi makan dengan nasi. Cik Ana siap simpan sikit cheese naan semata² nak makan dengan gravy ni.
Sedap CBM ni, ada rasa butter yang tak terlalu kuat.
Family Cik Ana, nenek, ibu dan Aqil.Alhamdulillah... dapat buka puasa beramai².
Takde lah terkejar² makan berbanding buka puasa masa Ramadan. Restoren juga menyediakan surau di tingkat atas, jadi kami solat dulu sebelum balik.
Nenek bila dapat makan Nasi Arab memang bahagia. Berapa kali cakap makan nasi je dah sedap.Insyaallah.. lainkali boleh ajak adik beradik lain makan kat sini.Lepas makan kita cari dessert pulak.
Inside Scoop ni betul² sebelah Safaa Resraurant.
Sambung lagi chit chat kat sini. Ice cream makes us happy💃💃🕺🕺3 ketul anak buah, Denin, Adam & Aqil.Memang style gitu si Adam kalau bergambar.

















Sedapnya cheese naan tu boleh la nanti terjah situ pulak nak try.
ReplyDeleteHaa.. sedap.. lembut, makan panas-panas.
DeleteCheese nya tak muak.
kadang kadang bila dah makan nasi arab ni nampak macam banyak sangat takut tak habis....sekali selesai makan baru perasan kita udah telan banyak rupanya....
ReplyDeleteTu lah.. Nasi Arab ni dia ringan, rempah tak kuat sangat... tak sedar bersuap-suap nasinya masuk mulut.
DeleteRisau tengok Akk book utk 10 orang, ingatkan berdua dgn nenek je. Rupanya sekampung datang hehe...
ReplyDeleteBahagia hati nenek bukan pada nasi Arab je, tapi dikelilingi anak menantu & cucu alhamdulillah
ekeke... rasa seronok bila dapat jamu mereka... mak ada cakap, jamu orang makan, insyaallah rezeki akan bertambah.
DeleteTu laaa... mana-mana pun ok asal anak cucu ada disamping 🥰
Kena jauh kan nescafe tu lain kali kalau tak manjang tak boleh tidur. Ada orang suka nasi Arab. Akak tekak orang jawa kureng sikit minat.
ReplyDeleteBahaya betul kak Nescafe ni.. atleast kalau kopi tak begitu teruk kesannya. Nampaknya saya kena pangkah Nescafe bila masuk petang/malam hari.
DeleteSeronok sekali sekala dapat makan beramai-ramai bersama ahli keluarga.
ReplyDeleteAlhamdulillah... dari nak ajak sorang, ramai dapat join.
DeleteAduh pukul 5 am baru dapat tidur? Nasib baikla esoknya tu weekend. Kalau tak, boleh laloq seharian.
ReplyDeleteNasi arab sedapnyaaa! Belum pernah lagi makan butter masala cicah cheese naan. Pedas tak?
Tu lah.. semalam petang balik dari beraya, dapat tidur petang terasa begitu nikmat, rasa cam tak sedar diri pun ada. Mujur terjaga waktu Maghrib.
DeleteButter Masala tu tak pedas langsung.
Makan nan cheese je pun dah kenyang... Dari tak nak buka puasa sorang²..terus penuh meja...
ReplyDeleteSorang makan sekeping je ritu.. tak cukup hehe..
Deletekhennnn... terus penuh meja.
Restoran ini kot yang kami suka tapau nasi Arab bawa balik kampung.
ReplyDeleteRasanya betullah kak, satu je restoren Nasi Arab kat situ sebelum sampai kampung akak.
Delete