Pages

Thursday, April 2, 2026

Tauhu Sumbat

Petang semalam ibu buat Tauhu Sumbat untuk juadah berbuka. 
Baca blog Suria Amanda ada menyediakan menu ni buat tetamu di hari raya.
Bahaya baca blog bila tengah lapar, auto teringin🀣
Kebetulan hari Selasa ibu ada beli tauhu 3 keping dan sayur taugeh. Tapi tak jadi masak sebab ayah dah beli lauk dan sayur siap dari kedai mamak.

Jadinya lauk semalam ayam goreng dan tumis taugeh+kucai selain tauhu sumbat.

Hasil kejadian.

Rasanya lama dah tak buat Tauhu Sumbat ni.

Sos tu ibu follow resepi SA, baca few entries sebab ada bahan yang tak ada macam cili besar jadi ibu ganti dengan cili kering blend. 

Sos Tauhu Sumbat

1. Cili besar
2. Bawang Putih
3. Sos Tomato
4. Sos Cili
5. Garam
6. Gula

Blend cili besar/kering & bawang putih. Ibu rebuskan dulu bagi betul-betul masak. Masukkan sos cili dan tomato rebus bagi agak pekat, tambahkan garam dan gula sehingga cukup rasa.

Disebabkan cili blend ni agak pedas jadi ibu tambahkan sikit cuka. Derhaka sikit.
Bila baca balik resepi, nampak komen Ammi, mama beliau ajar tambah sikit cuka buat ada rasa masam manis. Haaa... jadi betullah tindakan ibu tambah sikit cuka. Sebenarnya nak kurangkan rasa pedas. Kalau guna cili besar rasanya tak perlu dah tambah cuka sebab sos tomato dah masam.

Alhamdulillah.. sedap.. tq SA share resepi dan share menu almost setiap hari. Menu yang para blogger paparkan mungkin akan memberi idea untuk orang lain memasak. 

Ibu & ayah makan sorang 3 ketul.
Sos ada lagi.. bolehlah buat nanti cuti.

19 comments:

  1. sama la kak baca blog kak SA teringin teringat2 sampai ke malam tauhu sumbat,tapi akak pantas terus buat..saya ni mau peram sebulan dua baru dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan bahan nya ada Afzan tu yang terus buat. Tengah rajin juga πŸ˜€ walaupun sampai rumah jam 7 lebih.

      Delete
  2. alhamdulillah..menu yang senang dan x renyah sangat kan...happy berkongsi resepi dengan semua orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. menunya senang, bagus gak kalau buat menu tambah-tambah. Kenyang pun ia.

      Delete
  3. bebila rajin,boleh la buat nanti...suami suk ajuga tahu sumbat ni..linda bab nak buat kuah ni malas.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... buat sos lebih boleh simpan. Bila-bila nak buat tinggal buat tauhu sumbatnya.

      Delete
    2. Bila² tu yang tak tahu..dia sekali jumpa rajin..mau 3,4 tahun lepas tu baru jumpa pula rajin nya.. hahaha

      Delete
  4. Makan gitu je pun dah kenyang kan. Kalau dapat sos sedap emmm memang tanpa sedar makan bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Kak Notie, yang penting sos nya kena sedap. Dapat yang ceroi memang potong rasa.

      Delete
  5. Adeh berjangkit ke saya teringin tu Kak... Esok la kot kita buat , hari ni dah malas nak keluar cari tauhu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. pi cari sementara teringin πŸ˜‚

      Delete
  6. Rumah Cie takde yang makan tauhu. Cie sorang je makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sorang makan, kot teringin beli lah seketoi dua. Dah boleh terus makan 😁

      Delete
  7. Sedapnya tahu sumbat, nak buat lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila.. sila, bila teringin kena buat terus Mulan 😁

      Delete
  8. Sedapnya. Tak susah jugak nak buat πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tak susah.. cuma rajin tak rajin je hehe.. kadang satu bahan ada.. tunggu beli bahan lain. Bila dah cukup penyakit M pula timbul, adoiiii..

      Delete
  9. Teringat zaman sekolah rendah. Sekalu beli tauhu sumbat di kantin. Tak boleh lupa aroma sos bila bertemu dengan timun sagat dan taugeh yang disumbat dalam tauhu goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak tau ada lagi jual ke tidak tauhu sumbat ni kat kantin sekolah. Kalau ikut, ia mengenyangkan.

      Delete