Pages

Thursday, April 16, 2026

Perjalanan Ke Kuantan I Singgah RnR Makan Patin Tempoyak

Hari Sabtu 11/4/2026 seusai solat Subuh, ibu dan Abang Imi bertolak ke Kuantan. Ayah tak join sebab ada program jamuan hari raya ASAS.

Sebelum Tol Gombak... cantik view pagi. Cuaca pun elok. 
Lepas Tol Karak, Bami minta ibu take over sebab dia rasa mengantuk. Katanya jam 1 am baru tidur walau ibu dah pesan tidur awal😬.

Berhenti kat RnR Temerloh, nak cari sarapan dulu. Ambil makanan berat terus jadi tengahari tak perlu makan.

Pinggan Bami.

Pinggan ibu.
Macam dah jadi kewajipan, berhenti sini mesti nak ambil Patin Tempoyak. Pilihan ibu Gerai No. 12 dan kali ini rasanya memuaskan. Pernah sekali terasa lebih masam dan masin.

Ibu dapati harganya sudah naik. Harga² sebelum ini RM10 naik ke RM15. Sekarang sudah naik RM18 seketul.

Kopi ais buat hilang mengantuk huhu.

Sampai SEMSAS jam 10.20 pagi
Masa ni game pertama mereka sudah selesai. 
Hari tu sekolah ada jamuan hari raya, rezeki anak² selepas game dijemput memeriahkan majlis.

Sementara tunggu game mereka jam 2 pm, kami ke East Coast Mall dulu.

Tak payah ambil gambar boleh tak bu...

Ehhh... hp ibu kan... sukahati lah😃
Nanti kalau ibu cakap... kalau ibu takde nanti, Bami boleh tengok gambar kita berdua... 
Haaa... ayat ni dia cukup pantang 🤭🤭🤭, terus jadi sentap 😁.

Dalam mall, saje jalan²... cari Watson sebab Wafa kirim barang.

Masalahnya masuk Watson, bukan beli seketoii je... berketoi² barang ibu.. Bami juga ambil kesempatan.

Ibu belikan Wafi & kawan² Tealive juga sushi AEON.

Bami nak juga cari cable handphone... singgah MrDIY otw ke SEMSAS. Kat Kuantan pulak lah nak cari cable. Bagusnya MrDiy ni banyak cawangan, sangat² memudahkan.

 

16 comments:

  1. seronok la Wafi erk....last week akak kat Kuantan...SA plak this week..hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best laaa gi Kuantan healing-healing... akak tak sempat lah berjalan-jalan santai.

      Delete
  2. banyak cerita pasal kak faiz hari ni.. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. ni mesti Afzan & BK nya entry.. saje je diorang tu publish hari yang sama😁

      Delete
  3. Dah naik harga ek jadi rm18.. saya sempat merasa masa harga dia rm10 tu. Murah dan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang makan kat situ je.. tak payah masuk pekan cari restoren yang viral unless kalau memang dah aim nak ke sana.

      Delete
  4. ecm tu pergi awal ok lagi kak,kalau hala ke petang mau jem melekat nak cari parking pun susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. agaknya sebab mall paling besar kot kat Kuantan

      Delete
  5. Lama pulak tak makan patin tempoyak ni. Saya suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan... lagi-lagi terus makan, takyah masak-masak 😅

      Delete
  6. Apabila matahari bangkit dari tempat tidurnya maka berubahlah warna alam, langit yang kelam nenjadi jingga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puitis nya kak... ini lah jiwa penulis bila sudah mula berbicara 🥰

      Delete
  7. patin sangkar pun dah mahal sekarang sekilo rm20+ dah rasanya. dulu2 rm17-18 je sekilo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tu laa kot sebabnya... belum lagi patin sungai.
      Akak rasa sebelum ni kat gerai ada tulis patin sangkar dan patin sungai diorang jual asing. Patin sungai mahal sikit. Ritu pergi ada satu patin je.

      Delete
  8. Alaaa bami ni bagi lah can ibu posing bersama time jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak laki kak hehehe... mana mau nya kena ambik² gambar, malu ngalahkan anak dara😬

      Delete