Pages

Thursday, April 30, 2026

Pulang Bermalam

Lepas Maghrib tadi Wafi sampai rumah. Ayah jemput di stesen KTM. Cuti sampai Ahad sempena Hari Pekerja.

Lepas makan duduk depan TV... sembang² dengan budak kecik. Nampak Fuggler dia pakai goggle. Katanya Ivana bagi goggle tu. Elok ngam² pulak. Keychain lain dari Safina, Airin dan Ayra. Yang keychain Ayra baru je letak.

Dinner tadi ibu beli je kat kedai tomye.
Sebenarnya nak order ikan 3 rasa dan tomyam campur. Bila tanya harga, ikan je RM40 (maybe saiz besar yg nak dimasaknya). Baik ibu beli set ada nasi putih, tomyam campur, ikan 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, sambal belacan dan teh-o ais. Set 2 orang makan ni baru RM55

Walaupun untuk 2 orang makan tapi cukup kami makan berempat. Nasi tak habis.

Mangga Cik Ana bagi.. sama gak dengan pokok tepi rumah ibu, berbuah pertama kali.
 
Balik sekejap tapi banyak benda nak buat.
Mujurlah ibu cuti esok, bolehlah susun jadual. Takleh ke mana sangat sebab Wafi kata kena study. Balik sekolah Ahad, Isnin start exam pertengahan tahun.

Pengetua dah bagi pesanan kasih sayang🤩

19 comments:

  1. Eh fuggler ni teringat cuya! Comel pulak dia pakai spek.
    Cuti 3 hari kena pantau wafi study nampaknya, tk dpt menyongkit jauh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa spesen tu Maz... suka yang pelik²😅
      Ayah dia plan macam² tapi bila tau Wafi nak exam semua cancel. Kena ikut Wafi nya plan pulak.

      Delete
  2. Lovely photos. And the food looks delicious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Linda for visiting my blog. I'm so glad you enjoyed the photos and food. Actually the food was simple.

      Delete
  3. Eh fuggler dia sama tema dgn bag Cuya!! 😂 Cuya mencari juga fuggler rabbit tu, nanti nak beli ad kt shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang bila nampak Cuya post beg fuggler teringat patung Wafi... ni pun akak tengok dah berubah warnanya. Mesti dia pegang sana sini.

      Delete
  4. Comel keychain dia.. Macam-macam koleksi.

    ReplyDelete
  5. Aduuusss...kelemecer tengok itu mangga hihihii.

    ReplyDelete
  6. Sedap nya nampak buah mangga tu...
    Good luck Wafi..abang Mu'az pun exam juga minggu depan..tak tau lah tu..moga baik² saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo baru nak start juga ya sebab ada sekolah yang dah habis dan ada juga yang sedang berjalan.
      Good luck Abang Mu'az.

      Delete
  7. Tengok blog cuya baru tau pasal Fuggler tu. Best la wafi dapat balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je Cie.. ni akak baru balik hantar dia kat KTM.

      Delete
  8. Samanngan anak buah SA la Wafi ni...banyaknya keychain..kadang SA yg rimas tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... dok tergantung²
      Dah trend sekarang gitu😁

      Delete
  9. sekolah Khilfi last day PPT di hari terakhir persekolahan. Selamatlah dia dapat "bermesra" dengan handphone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best laaa camtu.. ni Wafi balik nak kena buat revision, ibu pulak yang stress huhu

      Delete