Pages

Sunday, June 14, 2026

Jalan² SCM Terserempak Aqil

Jam 6 tadi ibu ajak Abang Imi temankan ke Setia City Mall sebab ibu ada barang nak beli. Malas nak drive sebenarnya🤗 Masa tu hujan masih renyai². Sedap betul lah tidur petang, hujan pulak tu. Kalau boleh memang nak sambung tidur.

Masuk beberapa kedai dapatlah barang yang ibu nak. Masa kat JD Sport Bami ditegur Aqil. Datang sorang² beli kasut sukan. Insyaallah seminggu lebih nanti daftar Politeknik.

Ibu ajak Aqil makan sekali sebab masa tu memang kita nak dinner. Bami suggest makan kat Nak Nak, restoren Korea.

Sunyilah nenek nanti bila Aqil masuk Poli. Aqil paling rajin teman dan tolong nenek.


Tahniah Aqil, study smart ya. 
Makngah doakan Allah permudahkan jihad Aqil untuk menuntut ilmu.

Sedap ayam goreng kat sini.
Ibu pilih Ayam Gochujang biasa. Taknak makan pedas². Bami try menu baru, Ayam Honey Butter manakala Aqil ambil set burger. Ibu belikan juga untuk Aqil tapau balik, bagi kat ibu dia, Cik Cha.

Ramai juga orang kat mall malam ni. Ibu ayah memang jarang masuk mall hari Ahad sebab biasa Ahad hari berehat². Kalau keluar pun, kena make sure petang sebelum Asar dah ada kat rumah. Isnin nak kerja jadi kena tone down activity pada hari Ahad.

28 comments:

  1. tk pernh try lg mkn kat NAK NAK..adik pernh share la menu ni die dh byk kali mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try MT, konsep fast food. Order pun pakai machine macam kat McD & KFC.

      Delete
  2. All the best Aqil!
    Nampak sedap belaka tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty PH 🥰
      Semua yang dimakan pada kami sedap, kena dengan tekak.

      Delete
  3. wah sedapnya. tak pernah dengar makanan korea tapi nama kedai cakap melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru google kak... Nak 낙 simply means JOY in Korean. Our brand identity is inspired by how the word “NAK NAK”

      Delete
  4. nak nak takde lg kt kuching ni.. all the best aqil... x lama lg dh tu nk daftar poli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sampai lah tu sebab kat Semenanjung banyak dah branch.
      Daftar poli sama tempat Kak Widad dulu.

      Delete
  5. kena cuba Nak Nak ni.. mcm sedap je

    ReplyDelete
  6. Banyaknya fries tu jenuh nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis pun Cie, tapau balik... pun ada lagi dalam esbok tu 😁

      Delete
  7. Replies
    1. Sedap wak.. try lah sesekali makan makanan Korea.

      Delete
  8. Baru makan nak nak minggu lepas, sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. sedap...
      Ni kalau Rahimi tak ajak, saya memang tak masuk lah situ. Tempat budak-budak muda.
      Ingatkan nak makan kat Ah Cheng Laksa je😅

      Delete
  9. sedap NAKNAK ni. saya suka ayam soy sauce :D
    all the best belajar di poli, aqil!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kiranya best seller lah kot, Bami pun cakap gitu. Dia tapaukan ayahnya yang tu tapi akak tak rasa.

      Delete
  10. Beberapakali baca ttg kuliner NakNak ini... Kalau khas Korea, sayapun pasti suka 😄👍.

    Samaaa kita kak. Kadang saya saat msh kerja dulu, kalau Minggu tuh memang utk istirahat lah. Krn Senin dah kerja lagi kan. Tp sejak resign, Minggu tergantung mood saja, nak kluar atau tidak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak Nak Nak harganya affordable juga sebab macam KFry set dia agak mahal.

      Cuti nak berehat² je.
      Haaa.. dah duduk rumah tu jangan lupa hari liburan anak² Fanny😆😆

      Delete
  11. Fav saya ni naknak. jauh sikit dari rumah. tapi kalau scm macam wajib beli hehe. all the best to Aqil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru tau lah tempat makan ni. Biasa masuk SCM tapi tak perasan pulak walaupun kat laluan utama. Mungkin terbiasa dengan resto yang biasa masuk.

      Delete
  12. Nak Nak ni Dania je yg pernah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi dengan kawan² lah tu ya.
      Budak² mud sukalah food gini.

      Delete
  13. Good luck Aqil. Moga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete