Pages

Sunday, August 23, 2026

Lawat Wafi 2026

Tahun ni pertama kali visit Wafi di sekolah. Lawatan boleh setiap minggu manakala outing hanya sebulan sekali. Takde request takdelah ibu ayah pergi. Sementelah hampir setiap bulan Wafi balik. Permintaan pertamanya bulan lepas tapi ibu ayah ambil kakak di Terengganu. Memang merajuklah masa tu padahal awal² dah beritahu.

Kali ni datang visit sebab kebetulan nak balik kampung jadi bolehlah lawat Wafi juga.

Jam 1.30 ibu dan kakak sampai seperti yang dijanjikan. Sebelum tu sempatlah ibu belikan barang dagangan yang dipesan.

Lapar sangat tu, spagheti carbonara pesanannya.

Penuh meja. Mostly makanan beli kat Tapak Bazar Taman Ria.


Licin.
Lapar betul dia.

Habis makan, lepak dalam kereta pulak cari aircond. Sempat ibu tertidur sementara Wafi guna handphone dan caj HP guna powerbank.




Jam 4 pm, baru Wafi benarkan kami balik. 
Inysaallah jumpa lagi nanti hari Khamis, sekolah cuti seminggu sempena Cuti Penggal 2.
 

34 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki dapat selalu jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diusahakan untuk datang juga kak.
      Selalu rindu kat budak kecik ni.

      Delete
  2. Suka Wafi, ibu datang melawat. Alhamdulillah.
    Samalah dengan poli, pun cuti seminggu juga, sama dengan cuti sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy sangat.. bila tau ibu nak mai suara dalam telefon bertambah ceria.
      ooo sama ya... meriah lah rumah Tot nanti.

      Delete
  3. Alhamdulillah..seronok la Wafi dapat merap sekejap..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena google dulu maksud merap... bermanja-manja rupanya ๐Ÿ˜

      Delete
    2. Hahaha..patut tanya cik abang je.. udah Bape tahun kawin ni, tak lepas lagi loghat utara..
      Tapi, tak tau lah kalau di Kedah lain pula.. MIL dekat Tepeng, memang selalu dok sebut Merap ja...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
    3. Dia cakap keyel masalahnya๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  4. Seronok la dia ye.....kalau aunty SA pun confirm pergi sana..sanggup..rindu kat anak kan..nasib baik kakak Dania dekat je..every week dia balik kalau xde program kat Uni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tertunggu-tunggu juga bila Wafi nak soh jenguk dia.. sanggup akak naik ETS atau bas sorang-sorang kalau takde sapa nak drive. Takleh datang mengejut takut kami yang terkejut dia ada aktiviti.

      Delete
  5. wah muka bahagia tu...si acha haritu dua minggu sekali sama ngan abang dia yg sebelum ni kat smahmu pun dua mgu sekali. takda la nk lawat sebab dia kerap balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau dah dua kali seminggu balik, gomoi-gomoi kat rumah je lah LM, puas hati ๐Ÿ˜

      Delete
  6. Sampai dah kak dekat SP...x dan nak nak whatsapp akak lagi..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenkali eh... rushing sket balik kali ni. Sabtu pagi sampai, ahad dah balik.

      Delete
  7. seronokla wafi..ibu & kakak dtg visit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited sangat dia.. nampak dari jauh dah sinyum-sinyum ๐Ÿ˜

      Delete
  8. Anak asrama bila rindu ibu ayah memang sensitif sikit kan hehe

    ReplyDelete
  9. Anak-anak apabila di asrama memang happy kalau keluarga datang melawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu ayah pulak jarang lawat tahun ni.. tu yang dia happy sangat.

      Delete
  10. Teringat dulu ikut arwah ayah dgn ibu pergi melawat kakak dan abg di asrama di sekolah yg berlainan.. dan itulah runtin kami setiap hari ahad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh... setiap minggu ya datang... betul-betul rutin tu. Mesti kawan-kawan abang & kakak boleh kenal TT.

      Delete
  11. Penuh meja dengan makanan tu. Seronok la Wafi dapat jumpa ibu dan kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli je.. tu pun tahan diri, kalau tak lagi banyak yang nak dibelinya huhu

      Delete
  12. Hehe…lama jugak tu 2.5 jam. Tersenyum puas hati gembira nampaknya Wafi.

    ReplyDelete
  13. Kalau tinggal jauh, yg paling dinanti memang saat ibu ayah datang. Kalau di sini istilahnya, Perbaikan Gizi ๐Ÿ˜‚. Bisalah makan sedap2 dulu setelah bosan dengan menu asrama ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  14. Budak asrama kelaparan sokmo hihi... Anak dara kami pun call hari ni, suruh hantar makanan. Ayat dia "ala, Walid kan cuti hari ni" haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil kesempatan ler tu... ummi walid lagi suka ๐Ÿ˜

      Delete
  15. Betul. Budak asrama memang selalu kelaparan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 kali sehari makan tapi ada yang skip meal.. kalau ikut cukup je hehe

      Delete
  16. Comel je sebut barang dagangan tu. Adatlah kalau anak duduk asrama. Mahunya tak merajuk kalau tak datang. Betul-betul lapar tu kalau dah makan sampai licin. hihihi...
    Jauh perjalanan penat tu jadi boleh terlelap kejap kan.
    Dapat jumpa sekejap pun jadilah kan, Wafi pun selalu balik dan next week dah cuti sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul lapar tu.. entah-entah tak sarapan, excited nak jumpa ibu hehe

      Delete