Pagi tadi masa ibu kemas² rumah, Cik Awie seru soh sarapan rumah nenek. Ibu pun belum ada plan nak masak apa². Jadi balik rumah nenek dengan perut kosong dan bawa keropok kering untuk Cik Ami. Kat Kedai Pertanian nampak jiran ibu Kak Ros ada jual kerepek² jadi ibu beli 2 bungkus kerepek pisang bawa juga ke rumah nenek.
Bihun goreng dan air kesedapan setakat ni ummi je yang sudah mahir membuatnya.
Rengginang ni nenek baru goreng semalam. Biasa nak makan makanan orang lama² gini, kat rumah nenek je lah.
Semalam Cik Ami dan Cik Elis balik rumah nenek cuma Cik Ami yang bermalam. Jadi pagi tadi ibu, Cik Cha, Cik Baya dan Cik Wada pun balik juga untuk berkumpul adik beradik.
Sambil² tu sediakan makanan untuk lunch. Tau lah bila dah ramai² gawat kat dapur. Ibu kupas² bawang je dan siapkan sambal belacan. Yang lain tu adik² masak. Sementara tunggu diorang siap ibu terlena pulak😆
Jam 1.45 pm, Dina kejutkan ibu soh makan.
Enaan.... bangun² tidur terus makan🤭🤭
Sebelum balik nenek minta kami bawa balik pisang nangka, daun soh/melinjau dan belimbing buluh. Ibu ambil sikit je, cukup untuk sekali masak.
Menu tengahari
- Sup ceker
- Asam pedas kaki lembu
- Telur dadar
- Pucuk ubi rebus
- Sambal belacan
Kaki lembu tu nenek dah siap rebus dan frozenkan jadi masaknya tak lama. Pertama kali ibu makan kaki lembu dimasak asam pedas. Biasanya nenek masak sup atau ditumis pedas. Kali ni Cik Biela nak bagi kami rasa masak asam pedas pula.
Daun soh tu nanti ibu nak buat campuran dalam sayur bening. Belimbing buluh nak masuk dalam sambal sardin.
Ibu kirim vadai lagi untuk minum petang kat rumah. Ayah balik dari jumpa kawan² UUM singgah beli kat Alam Budiman.
Rasa itu je lah aktiviti hari ni dari pagi..
Makan... makan... makan...
😁😁😁😁😁







Banyak daun dan makanan yang saya tak pernah makan, kak, contohnya daun soh, pucuk ubi dengan kaki lembu. Memang menu orang lama ni. Vadei, saya tahu, dan suka. Hehe..
ReplyDeleteDaun soh tu kalau kat kedai² akak pun tak pernah jumpa Nur. Macam masak kat rumah je. Agaknya orang Jawa je kot yang makan. Biasanya dimasak bening atau masak lemak putih.
DeleteKaki lembu tu nak dapat dia pun renyah. Nak kena bakar, kikis bulu² kemudian rebus. Tu mak akak rebus pakai dapur kayu je sebab lama. Isi kaki lembu ni kenyal2.
ceker maksudnya sup kaki ayam ye.
ReplyDeletebanyaknya makanan sedap2 kat rumah nenek. renginang tu rasa dia sama ke macam keropok warna warni yg orang indonesia letak kat nasi goreng tu?
Ceker (bahasa Jawa) tu kaki ayam.. boleh je kaki ayam dimasak sup atau kicap atau apa² yang disukai.
DeleteRengginang (akak dah betulkan ejaan) dibuat dri beras pulut. Beras pulut + garam dikukus/tanak, dibentuk menjadi kepingan, kemudian dijemur hingga kering dan akhirnya digoreng. Ni dulu pernah tolong arwah nenek akak buat tapi sekarang beli yang dah siap kering kemudian sendiri. Yang dah siap bergoreng pun ada jual.
Tak sama yang letak dalam nasi goreng, itu keropok berperisa udang kalau tak silap. Ada kaler merah, kuning dan hijau kan mostly.
**...kemudian goreng sendiri.
DeleteDaun soh... pokoknya ada kat belakang rumah mak kita.
ReplyDeleteBoleh buat emping tu kak kalau banyak buahnya.
DeleteDaun soh ye.. ok kita ni x mahir bab² sayur lama² ni.. masak apa sesuai guna daun ni kak? Dia mcm daun limau purut ke bau nya?
ReplyDeleteBiasanya masak sayur bening, MLCA atau masak lemak putih. Boleh juga ditumis tapi kena campur dengan sayur lain atau haiwan juga. Takde bau kuat sebab bukan pokok herba. Cuma bila makan akan rasa sedikit payau.
DeleteDaun soh tu tak kenal. Tapi mesti sedap kalau masak lemak putih pucuk² gini.
ReplyDeleteKami pun suka indocafe sbb rasanya light sikit.
Buat campur² sedap sayur ni tapi kalau masak dia je rasa pelik sikit.
DeleteHaaa...light ksn berbanding Nescafe.
Mengelat ni boleh pulak terlelap ye. Hihi. Daun soh tu tak pernah dengar. Taktaula kalau sini nama lain.
ReplyDeleteTakleh ramai² kat dapur.. nanti gaduh😆 sebab cara memasak berbeza hehe... Akak lebih rela sediakan bahan je😅
DeleteDaun melinjau/belinjo kat sesetengah tempat. Akak pun tak pernah jumpa kedai makan jual sayur ni.
First time dengar dauh soh. Memang jenis tak kenal ulam/sayur yang klasik. Bihun goreng itu nampak menggoda sungguh. Kebetulan tengah ganti puasa ni. Tersalah langkah masuk blog ni di siang hari. Langsung kelaparan hehehe
ReplyDeleteKihkih... jangan salahkan sis🤣🤣🤣
DeleteDaun ni mungkin popular disesetengah tempat je.. kat pasar² pun akak tak pernah jumpa. Orang petik masak sendiri je.
Bestnya dijamu mihun goreng dan air panas. Menu wajib ye.
ReplyDeleteRengginang nama dia ye. Tak silap kami panggil keropok inang. Lebih kurang je nama dia. Jarang budak-budak suka kerepek pisang. Menu exotic kaki lembu. Ada isinya jugalah sikit-sikit ye.
Daun melinjau ni yang buah dia buah kerepek tu ke? Sekarang musim buah belimbing buluh kot. Haritu kat kg Pilah pun ada juga buahnya. Ada yang masih berbunga lebat lagi. Belimbing buluh letak dalam sambal sardin memang sodap. Boleh makan sekali.
Vadai ni kalau empuk dan lembut sedap betul. Luar garing, dalam lembut.
Kat rumah nenek budak² kena makan kudap²an orang lama biar mereka kenal. Dari makan jajan² bagi diorang makan kerepek².
DeleteHaa betul, buah melinjau tu yang buat emping. Buah belimbing kalau dah banyak sangat kadang tak termakan. Habis luruh je.
Betul tu. Saya pun dulu kalau teringin makan biskut cicah kopi O mesti pergi rumah atok. Sekarang atok pun takde dah, rinduuuu...
DeleteYe, kadang terbiar jatuh je buah tu kalau dah banyak sangat.
Daun Soh tak reti makan.. buah dia suka makan..dulu ada pokoknya dekat rumah, sekarang takde dah...
ReplyDeleteAnak no 1, 2 memang mcm tu.. adik² kena buli memasak.. hahaha..
Pisang nangka, memang kegemaran Linda..
Anak no 1 & 2 dulu dah puas masakkan adik².. sekarang giliran mereka membalas jasa🤣🤣
DeleteMenu wajib bihun goreng dengan Indocafe susu rumah nenek mmg terpaling nostalgia! Meriah betul bila adik-beradik kumpul ramai-ramai.
ReplyDeleteTakde menu tu memang tak lengkap sarapan kat rumah nenek.
DeleteWah daun soh. Sedap tu masak lemak campur tempe. Biji dia boleh buat Keropok. Pahit2 rasanya. Reginang atau kuih inang2 sedap tu.
ReplyDeleteBetul kak.. sedap campur dengan tempe. Emping melinjo kak.. kita tak panggil keropok😅
DeleteBaru tau juga nama kuih inang².
Bila beramai-ramai mmg kejanya makan² je lah kan kak? kami pun mcm tu jugak.. mcm setiap sorg mst akn masak, kalau x masak beli pun ok janji dpt makan sambil bersembang
ReplyDeleteBila dah jumpa ada je kan ceritanya... lama dok depan meja sambil mengunyah😆
Deletesedap ..nyumss.
ReplyDeleteseronok bila ramai berkumpul
Betul tu LM... walau tak semua ada tetaplah membahagiakan.
Deletesedapnya meehoon....sama mcm anak-anak, kalau bailk kedah...meehoon mak ngah paling sedap...hehheheheh
ReplyDeleteDalam keluarga mesti ada specialty nya kan. Makngah nya tu mesti seronok melayan anak² buah.
Deletemcm2 menu ada tu....kt umah ni pn ada indocafe instead of nescafe
ReplyDeleteRamai juga ya peminat Indocafe.. akak sekarang baru berjinak² dengan Moccona pulak.
Deletetengok gambar si Cempaka & Dina tu ammi macam "eh camna pintu ke dapur rumah nenek ni"... ohhh rupanya gambar tu di"collage". Ahaksss.
ReplyDeleteDari sarapan membawa ke lunch terus
Hehehe... di collage untuk kurangkan gambar.
DeleteTu kalau hari Sabtu boleh sampai ke malam lepak rumah mak😆
Oh kakak suka indocafe? Tau gitu saya bawa 😄. Saya pun minum itu juga di rumah. Indocafe tuh pakai kopi Mandailing Sumatera Utara.
ReplyDeleteAiiish rindunya saya dengan rengginang kak , 😍😍. Teringat dulu babysitter yg menjaga saya saat kecil, tiap balik kampung ke Jawa, dia pasti bawa rengginang saat kembali ke rumah saya. Memang sukaaa sangat
Baru dengar juga asam pedas kaki lembu. Biasanya kaki lembu di buat sup kalau di sini
owhh.. kopi ikut daerah tertentu, patutlah pelbagai rasa.
DeleteMasak asam pedas tu adik baru cuba kali kedua.. katanya asyik sup aje. Tapi kakak lagi suka yang dimasak sup.