Pages

Friday, February 1, 2013

PD TRIP 2013 - Day 1

Sabtu, 26/01/2013 Shohari Clan telah mengadakan trip ke PD dan kawasan sekitarnya.
Kali ni keluarga ummi Tapah (alasan klise, pakcik anuar keje) dan Cik Cha (alasan sedang mengeramkan anak2 dan juga sedang mengslimkan badan) tak dapat join.

Bertolak jam 7.45 am.
Bekfes kat Warung Puan Halus lagi... tahun lepas dah pegi. 

Belakang tu kanvas biru.. jadi muka tak berapa nak cun arrrr...

Mommy to be dan juga dayang senandung.... pagi tu kuah roti canai masin sket lahh... roti dah sedap!

Singgah Muzium Tentera Darat dulu dalam jam 10 am.

eeee... blouse belang ibu tu ada poket lahhh.. beli sebab nak ke PD.. motif????

Atuk sangat teruja dapat melawat tempat ni. Almaklumlah dulu atuk kan polis sukarelawan zaman2 60-an. Dok ceritalah masa 13 Mei 1969. Dok satu persatu atuk baca info kat muzium nih.. jenuh nak abiskan satu bilik.

Walau dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya, Kawi tetap nak bergambar.. Sian, muka letih jer. Tapi ibu tengok senyuman kakak widad ikhlas jer sebab kak widad yang request nak bergambar.

Sangat gedikkkss hokay bila berpayung untuk bergambar..

Cik Patin terus meminati subjek sejarah apabila dibawa ke muzium ini. cayalahhhh cik patin. Guarantee A lah subjek ni nanti!!!!
Tutup plak terowong ni. Mesti diorang suka kalau dapat masuk.

Semangat patriotik.
Ayah nak menunjukkan kekuatan dengan menolak train. oklahhh... gaya ada walaupun tak se'mm' pun keretapi tu bergerak hihi...

Kak Widad dan Cik Biela jadi konduktor.

Dalam sejam lebih lah di Muzium ni.  Kena tolak awal sebab atuk sudah mau pitam.. perlu kasi makan dan minum cepat2. Sampai di resort takleh check in lagi sebab baru jam 12.10 pm.. orang tak check out lagi.

Kami ke tepi pantai sebelah resort tu jer. Parking kereta bawah pokok, bentang tikar bagai... dan makan. Ada lontong, daging ungkep, sambal udang, ayam goreng juga!!
Alhamdulillah... kenyang. Wahhh... sungguh nyaman ditiup angin pantai...
Ok.. boleh check in hotel jam 1.15 pm.
Kami ke Residence Desa Lagoon Resort lagi.. Bilik 106 (2 bedroom villa-superior) dan 204 (2 bedroom villa-deluxe)
Bilik deluxe tu tak sempat kemas lagi waktu kami check in. Panggil room services, jam2 tu gak diorang bersihkan dan ganti apa yang patut. Part ni memang bagus.
Anak2 sangat tak sabar nak mandi pool. Yang kecik2 mandi sebelah sini jer. Tapi cik alma kita ntah macamana leh terlepas ke sana. Tercungap2 dia.. abang aiman yang tolong selamatkan.

Pool selesa untuk both kids and adults. Masa kami sampai tu, staff tengah bersihkan. Mesti diorang dah tau, kejap lagi budak2 akan terjun tiruk. Ibu jer tengok dari tepi since cuaca panas dan kepala ting tong.

Wafi main dalam sejam lebih jer sebab lepas tu dia agak2 tenggelam.. yelahhh... kat situ ada macam tangga, bila termasuk ke bahagian dalam, tu yang tenggelam. Terus ibu selamatkan hehehe.... heroinlah katakan.. padahal rendah jer pun. Rendah tak rendah, safety comes first kan..

Terus masuk bilik dan bersihkan Wafi. Lepas tu... kasi susu dan tidur....

Malam, tak jadi buat BBQ since kita duduk 1 malam jer. Jadinya masak ler lebih kurang.. sardin, sayur, telur ceplok (mata kerbau) juga sate Willy yang tersangat power dibawa khas dari Kajang. Sate Willy ni takyah makan dengan kuah kacang pun takpe sebab rasa dia dah sedap. Beli sate daging lebih banyak compared to ayam.

ehhh... ekceli resort takde sediakan stove pun, kami seludup dari rumah hehe.. STRICTLY NO COOKING katanya.. tapi diorang sediakan microwave di villa deluxe.. masak maggi boleh lahhh... tapi perut kami kena isi nasi daaa...

ok.. sambung hari ke-2...
bila nak abis upload gambar nihhhh!!!!!

Wednesday, January 30, 2013

Fruit Tart

Ok.. haritu cuti sempena Maulidur Rasul dan pepagi yang hujan lebat gitu ibu buat tart buah2-an. Orang lain sedang enak menyambung tidur ibu plak terlebih rajin sket sebab nak melayan anak tekak teringin makan tart ni. Buat crust dulu sementara buah2 beli kat Urban Fresh, SCM tengahari tu.

Sebab saiz acuan cuma 4.5 cm jadinya kecik jer lah boleh letah buah2-an. Stoberi yang dibeli pulak jenis besar2 terpaksalah potong 4 ada tu 6 sebab nak letak lagi kiwi dan anggur.

Lagi bagus kalau masa nak makan baru letak filling untuk menikmati kesegaran buah.

Crust tu ibu guna resepi kat bawah sementara kastard ibu ikut resepi CMG.

TART SHELL

Bahan A:
200 gm mentega
100 gm gula aising - saya kurangkan sikit
1/4 teaspoon esen vanila 

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
420 gm tepung gandum / superfine
1 tablespoon susu tepung 


Cara :
 Pukul A hingga lembut.. kemudian masukkan B.
Teruskan pukul hingga gebu & berkrim - saya guna whisk je.
Masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut & licin.
 Ambil sedikit doh & tekankan ke dalam acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu.
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12 - 15 minit @ sehingga keperang2an.
Keluarkan dari acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling.
*Adunan ini akan dapat dalam 65 biji shell.

FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing

Tuesday, January 29, 2013

Menyerah diri untuk diurut


Ni gambar Wafi masa dia mengofferkan diri untuk diurut. Masa ni bawak kakak widad yang demam. Sebelum tu Wafi pun cakap dia demam.. siap pakai koyok kat kepala macam kakak dia.

Sampai2 rumah nenek ina, Wafi yang bukak baju dulu. Elok jer terus meniarap mintak urut. Kira menyerah diri lah.
Cuba waktu dia demam, mau meraung2 satu kampung leh dengar dia menjerit.

Gambar Kawi takde lah ibu nak ambik sebab seksi hoooooo....malulahhh dah besar!

Friday, January 25, 2013

Lama dah tak ke sini semenjak ada SCM

Klang Parade.... dulu sebelum ada Jusco Bandar Baru & Jusco Bukit Tinggi juga Setia City Mall tempat kita  mencuci mata dan berjimba2. 

Last week pegi macam dah tak berapa best la.. pegi pun sebab sesaja singgah lepas ke 2 Ply. Giant kat Lower Ground pun dah takde. Mungkin transfer ke Klang Sentral kot.

Kakak di waktu sihatnya.

CNY mood.

Kat tepi stage, tapi masa kami sampai belum ada show lagi.

Ibu pun nak interprem gak.

Kak Widad lagi!

View dari 1st floor. Tak ramai orang pun kat bawah tu.

Harap2 Klang Parade ni masih boleh bertahan. Harga baju kanak2 kat Parkson sini lebih murah dan more variety compared to Parkson SCM.

Kalau nak raya, ke sini lah ibu serbu baju anak2. Masa tu laa sebab Bami & Kawi masih kanak2 lagi. Sekarang kan tinggal Wafi yang kanak2, kurang lah datang sini mencari baju sekadar untuk seorang.

Potty Training

Wafi start potty training masa umur 2 tahun. itu pun on and off jer sebab ibu macam tak berapa nak rajin hehe..
Banyak kalinya ter'pee' dan 2 kali ter'poo'.
Sekali poo tu atas kompang abang mi. last2 kompang tu terpaksa dikorbankan. Kali kedua kat depan pintu. perghhhh melambak2. 
Malam masih berdiaper lagi.


Kat school plak. bila Wafi sudah diasingkan kelas tahun ni, free diaper except waktu nap dia.
Bila tanya pada ummi macamana train anak2 kat taska untuk potty training. Katanya anak2 ni akan ditanya siapa nak ke tandas. So everybody akan angkat tangan dan akan beratur umtuk melaksanakan hajat masing2.. ahhhh senang gitu.

Tapi ibu takleh terpikir macamana waktu poo Wafi kat sekolah. Sebab diaper yang diguna satu jer. Ibu rasa itu untuk waktu nap dia. Ummi bagitau, Wafi akan beritahu bila nak poo poo.

Bila kat rumah, Wafi waktu dah tak menahan baru cakap nak poo.. haiyooo nasib baik sempat.

Banyak gak improvement setakat ni. Ibu harap by umur 3 tahun Wafi dah boleh total free diaper. Boleh?? 

Wednesday, January 23, 2013

Kipas kertas

Masa ambik Wafi tempohari, dari jauh dia tunjuk kertas berlipat kat tangan.
Masuk jer kereta...

ibu, Wafi buat kipas...

sape ajar?

ummi.

ohhhh... pandainya...

Wafi kipaskan ibu tauuu...

OK.


Nak tunjuk kat luar lah tu... bagi orang lain tengok..
Anak kecil ini sangat bangga dengan hasil kerjanya.
Balik rumah tak sabar2 nak tunjuk kat abang dan kakak.
Sanggup tunggu depan pintu.

Tuesday, January 22, 2013

Demam silih berganti

Minggu lepas hari selasa dan rabu, Bami demam. 2 hari siang terbaring kat rumah sorang2. Soh duduk kat rumah atuk taknak. Every hour ibu call dari ofis nak tau keadaannya.

Baiknya Bami, Kawi plak menyusul. Dari malam tadi dah mengadu pening. Hari ni tak ke sekolah. Duduk rumah dengan ayah sebab ayah cuti. Malam ni pun panasnya dah naik balik. Bawak jugak jumpa doktor since stock ubat demam dah habis. Dok menggelepet je lepas maghrib tadi.