Pages

Wednesday, May 29, 2013

Rose Garden

Gambar selingan...
Masih di Rose Garden, Mardi.
Tak ambik gambar semua bunga rose pun sebab ambik gambar pun pakai hp.
Ayah sekarang dah malas nak angkut DSLR.

Ada banyak spesis rose dan ini antaranya...







Cantik berwarna-warni dan sungguh harum. Tak sangka plak guna hp pun boleh gak nampak cantiknya. Ni kalau guna kamera fokus mesti lagi sharp.

Tuesday, May 28, 2013

Cameron Highland 2013 - Stesen Mardi

Sampai lebih kurang jam 10.45 am, trafik berjalan sangat lancar.
1st pit stop di Stesen Mardi.

Keluarga ummi. Abang Mamat ngan ayah dia tak join sebab mereka gi umrah.

Di hadapan rumah kecil yang comel.

Posing bollywood :)

Kawi ntah kenapa hari tu suka sangat ngan pokok kaktus.

Buaian ni gak yang direbutkan.

Kakulah...

Ni tembok ke askar?

Tangan angkat... tangan bawah? Kawi tukang tunjuk pose.

ehhhhhh.... kenapa pakai tudung camni nampak muka ibu bulat!

Isyraf cam terkujat jer?

Jangan dibawak lari bunga tu kak widad! Bawak balik rumah sehari jer idup.

Tu buah pear versi CH. Wafi nak juga pegang.
Sebelah kiri pokok2 epal, tapi tak nampak pun buah dia.

Penat berjalan, kasi relax ini anak2 ribena.
Kat sini pun ada banyak gerai2 makanan. Harga makanan standard macam kat bawah malahan ada stall jual air asam limau yang sangat sedap dan murah, cuma RM1.50 

bersambung....

Cameron Highland 2013 (Pt 1)

Ni last minute punya plan. Ibu cadangkan pada ayah untuk balik kampung Kulim tapi memandangkan ayah punya projek renovation rumah sedang berjalan, maka terpaksa ditunda. Sian anak2 dah lama tak balik kampung.

Kan dah kata, CH is a must go place :-)

Ni gambar2 di pagi hari cuti Wesak, jumaat lepas.

 Kak Widad and the cousin, Izzatunnur.

 Gaya apa ntah.

Wafi plak pagi tu mood tak bagus, maklumlah tidur lewat tapi dia sendiri bangun terlebih awal dari orang lain. Excited nak berjalan2. Last2 dia yang mengantuk.

 Kakak yang ceria.
Suka buat mulut camtu.

Awal kita bertolak. Dalam jam 8.15 am.
Singgah sekejap di Lata Iskandar. Sebelum ni tak pernah singgah pun sebab sejuk sangat dan ramai orang.
Kali ni teringin nak bergambar kat situ.

 Wafi ni terpaksa kejutkan lenanya. Tu yang marah tu.

 Abang Imi dan Imran. Cousin yang skema.

Air takde lah sejuk sangat sebab sekarang ni kan musim panas. Ada juga beberapa orang budak berenang2 kat lata. Anak2 dan the cousins cuma rendam2 kaki jer. Tu kalau bagi permission mesti diorang nak terjun tiruk.

Air pun tak begitu deras. Tunggulah musim tengkujuh nanti, mesti lagi best. Tapi masa tu takde nya orang nak berenang2.. sejukkkk.

Bersambung...

Monday, May 27, 2013

Lagu Gajah (v2)

Gajah berkaki empat
gelek-gelek
Hidungnya sangat panjang
gelek-gelek
Telinga selebar dulang
Tapi gajah tak makan orang

Kalau adik ingin tahu
Apa makanan gajah
la la la la la la
la la la la la la
Gajah makan tebu
amm amm


Thursday, May 23, 2013

Lamb chop


Resepi dari : hanamemories.blogspot.com
  • Bahan Sos
  • 1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional
  • gula secukupnya
  •  Bahan sampingan
  •  brokoli/cauliflower rebus, carrot rebus.

Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
Bahan2 untuk lamb
  • Sos black pepper
  • Garam
  • Gula
  • Kicap
Caranya dengan memeram bahan2 di atas selama 30 - 1 jam. Panggang atas grilled pan sehingga masak.
  • Cara hidangan - Sediakan lamb ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.
  • Wednesday, May 22, 2013

    Aktiviti tak berapa menjadi daaaa...

    Ibu beli fur ball & stick kat Mr DIY.
    Yang stick tu berdawai hujung dia.
    Ingat nak buat sorting aktiviti.

    Guna stacking cup jer.
    Ibu minta Wafi asingkan bebola bulu dan masukkan ikut warna cawan tu.
    Memula ambik warna merah..
    ok berjaya memenuhkan cawan tu.

    Kakak Widad pulak nak tolong masukkan warna lain.

    Tak bagilah kawan tu sebab dia nak main sorang.
    Sebab takut si kakak ambik fur ball tu, maka dimasukkan semua dalam cup merah.
    Adussss Wafi... tak sporting lah.

    Senyum puas..... hoyayyyy... kakak tak boleh main.

    Oklahhh... tukar kepada aktiviti melentur.
    Kita buat bunga okehhh..
    Memula jadikan batang dulu.

    ishhhh... susah juga nak lentur ni. Tangan kena hati2.. hujung dawai tu tajam sket.
    Ibu tolong lah lilit kat bebola bulu tu. Tak sempat habis sebab ini budak sudah lapar... mau makan!

    nak nasi... nak nasi...

    Saturday, May 18, 2013

    Mewarna lagi!

    syyyy......