Pages

Tuesday, January 16, 2018

Air Terjun Lipur Kanching

Impromtu nyer plan.. pagi Sabtu adik2 decide nak gi mandi-manda sebab masa ni Cik Ami balik rumah nenek dan Cik Baya cuti.. dalam jam 11 tu mereka bertolak dari rumah.. siap bawak makanan untuk berkelah di sana. Oh ya… Cik Wada pun join. Kakak Widad dan Wafi Cik baya bawak. Ibu kan Sabtu tu bekerja.. Jam 1 lebih, Cik Ana tanya nak ikut tak… adehhh… nak rehat ke nak ikut.. ayah kerja sebab jaga intake. Oklah… sebab nak tengok anak2 mandi2.. Lepas solat zohor di ofis ibu balik dan tukar baju.. kaut baju tukar kot2 nak mandi.
 
Sampai sana tak ramai sangat orang pun.. ialah… mungkin baru seminggu buka sekolah dan orang pun dah puas jalan masa akhir tahun.
Tempat ni memang banyakkkk monyet.. hati2 yang bawak makanan dalam plastic sebab monyet2 tu akan rampas secara senyap2… lepas tu segerombolan monyet2 akan datang ambik.. hati2 yer sebab kami dah mengalaminya.
Nak naik air terjun tu hazab juga sebab naik tangga.. hazab lah bagi ibu yang jarang nak outdoor beraktiviti lasak. Rupanya ada short cut… means tak payah ler nak daki tangga tu.. manalah kami tau.. sebab direction Cuma naik tangga jer. 
Sampai2 je Wafi senyum2 nampak ibu dating. Dia cakap tak sangka ibu nak dating. Cik Ami yang tensen sebabkan monyet.
Goreng nugget & sosej. Cik Ana singgah beli di ANK sebelum pegi.. Ibu ambik air sedap je sebab Cik Ujang yang bayar hehe..
Kakak Widad masak maggi.
Lapar... sampai2 makan dulu.. wahh sedap2.. ada tomyam campur, kangkung tumis dan telur dadar..

Berendam dalam kolam.
Ni pic Cik Baya hantar otw pergi.. ghameinya anak. Semua muka excited nak mandi. Kawi jadi bibik.

Air bersih.. tak banyak daun2 jatuh di kawasan mandi. Sebab tak ramai sangat orang jadi kurang lah kekotoran.. kadang menyampah betul kalau pergi tempat2 awam ni.. plastic, polisterin juga diapers dibuang merata2.. padahal ada je tong2 sampah disediakan. Bilalah nak sedar2 rakyat Malaysia tentang kebersihan.. padahal dari kecil dah dididik .
Grup foto.. kami gerak balik dalam jam 5.30 pm gitu.. oh ya.. ayah dating direct dari ofis.
Ni kat taman sebelum naik ke kawasan air terjun.. memang tempat monyet kawasan ni. Beware of monkeys!!!
 
Ni lah laluan pejalan kaki yang tak perlu daki tangga..diorang datang ikut sini. Cik Ami hantar gambar monyet yang aim plastic bag.

Kawasan mandi best cuma monyet je lah kena jaga2.. dia akan attack makanan.. kalau boleh takyah bawak makanan lah.. kalau nak bawak kena hati2.
 

Friday, January 12, 2018

Shohari Clan Melaka Trip 2017 – Day 3

Last day kita di Melaka.
Masing2 check out awal sebab ada destinasi yang hendak dituju.
 


Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang.
Semalamnya dah lalu masa kita ada telematch.
Yang ni kami tak join since dah pernah pergi.
 

Ada admission fee ya.. but very minimal lah.. Kapal selam betul eh.. sempit sikit lah bila masuk dalam tu.. Ada petugas yang jaga.
 


Recommended place kalau pergi Melaka.. just rasa the experience.
 

Kami plak jam 11 lebih check out sebab nak singgah di Rumah Makan Cibiuk.. buka jam 12.00 noon.
Order set ni nasi, ayam kampong dan ulam2.. ada 4 sambal boleh ambil.. ehh ada ikan tilapia macam di Dancing Fish.. signature masakan Sunda. Yang lain selepas gi Muzium Kapal Selam lunch di RnR Ayer Keroh.

Free pisang goreng cheese,  sate kambing dan dessert lupa plak hahaha.. free sebab kawan ayah belanja.
Jus alpukat (avocado)... biasa orang sebut2 tapi tak pernah rasa.. sedap... lemak2 gitu.. buah biasa makan tapi yang ni belum. Kalau minum ni je agak kenyang juga sebab agak pekat.
 

Gigih Cik Wada cari keria gula Melaka. Tapi takde lak beratur dan boleh beli berapa banyak nak. Cukup satu bungkus untuk setiap kereta.
 

Alhamdulillah.. semua selamat sampai ke rumah by 5 gitu.. jalan sedikit jem sebelum Seremban tapi takde lah totally not moving.. cuma banyak kereta. Sebab kami expect heavy jammed due to school holidays.

Berakhir lah sudah cuti2 Shohari Clan... Semoga dengan percutian ini akan mengukuhkan lagi silaturrahim.
 

Fuhhh..... gigih nak habiskan entry ni kihkih

Monday, January 8, 2018

Shohari Clan Melaka Trip 2017 – Day 2 (Part 2)


Sampai homestay terus lunch. Oh ya… untuk lunch memang dah siap2 kan siap2.. ayam masak kicap, sambal sardine dan nasi putih.. Cuma masakkan sup sayur dan goreng ikan je sebab yang ni memang nak makan panas2. Juga buat sambal kicap. Ummi ada beli asam pedas ikan pari dan asam pedas tetel.
Lepas makan.. masing2 rehat.. sementara tunggu jam 4.00 pm. Sementara tu Cik Elis bersihkan ayam dan perap untuk BBQ malam tu.
Sharp 4 petang bergerak ke Pantai Klebang.. Dalam 45 mins gitu. Penuh kereta sepanjang pantai.. dapatlah kami park di hujung pantai.. ada kawasan yang mencukupi untuk telematch.
Telematch kanak berupa isi air dalam botol guna span, bawa bola ping pong, ambil gula2 dalam tepung dan pass gelang getah guna straw. Manakala game untuk pasangan… ikat rambut pasangan lelaki guna getah. Manakala 3 team (Team akauntan, team cikgu dan team kerajaan hahahahah) untuk game pass tepung guna tangan, kacang guna chopstick, pass gelang getah guna straw dan isi air guna span.
 
Demo katanya.
Zombie.
Bawa bola pingpong dalam sudu.
Kids yang tak sabra nak mula.. masa ni sedang dengar arahan.
Mak2 posing... bersih pantai kat bahagian ni.. pantai agak curam.
Kids bawah 12 tahun.
Demo lagi... bila lah nak start ni.
Isi air dalam botol guna span.
Grup foto dulu.
Nenek2 duduk tengok je.


Macam2 gaya anak2 ni.

Last2 tu ibu sakit perut sangat jadi tak enjoy.. perlu beredar dulu hahaha…
Sempat lah join few games. Juara keseluruhan team cikgu.. team akauntan hanya menang isi air dalam botol. kahkahakah.
Just for fun.
 
By 7 pm gerak balik ke homestay.

Sunday, January 7, 2018

Shohari Clan Melaka Trip 2017 – Day 2 (Part 1)

Pagi2 selepas subuh mak2 semua sediakan breakfast. Buat cekodok, bihun goreng dan nasi goreng.. sedap digandingkan dengan teh-o dan indocafe susu. Makan ramai dan semua pun dah sedia. Jam 9.00 am bergerak ke Bayou Lagoon Resort.. dekat je dalam 1-2 minit drive dari homestay.
 
Bayou Lagoon ni bersebelahan dengan Gold Coast Melaka. Homestay 1 betul2 berdepan dengan Gold Coast. Sebelum tu dah survey antara 2 water park ni… Kelebihan Bayou Lagoon sebab water slide dengan lebih banyak dan Nampak menyeronokkan. Baca review dari beberapa blog juga. Manakala Gold Coast ni within walking distance je.  
 
Entrance fee :-
Dewasa RM28
Kanak-kanak RM20
Warga Emas RM14
Kanak-kanak bawah 3 meter free
Masa kami sampai tak banyak kereta lagi… bila masuk… makkkkk… ramai.. rasanya pengunjung yang menginap di Bayou Lagoon.
Cari port letak beg2 dan baju.. Lepas tu masing2 macam semut dok lari mandi dan main. Ibu duduk je.. malas nak berbasah2 dan cuaca pun sejuk haha.. jagalah barang dan pegang kids yang dah taknak mandi.
Sebahagian gambar2 semasa di Bayou Lagoon Resort. Yang lain boleh refer FB all the makciks :-)


 



 
 
Jam 1.00 gerak balik homestay.. kalau ikut budak2 nak mandi lagi.. cukup2 lah tu… kecut sudah.. yang ada anak kecik balik lebih awal.

Wednesday, January 3, 2018

Shohari Clan Melaka Trip 2017 – Day 1


3H2M : 23-25.12.2017
Plan bercuti2 di akhir tahun biasa dibuat pada pertengahan tahun gitu.. Cadangan awal ke villa Afamosa Resort.. book awal tapi 2 month sebelum tu tuan rumah kata villa buat renovation.
Eh.. ehh.. tetiba je. Cari2 dapatlah rumah 3 bilik yang agak kecil untuk accommodate the whole family berjumlah 49 orang. Later kita story mory.
Since ada 10 family yang akan join kecuali Cik Cha, masing2 keluar dari rumah ikut time sendiri.. yang penting check point time.
Kami bertolak jam 7.00 am gitu. Itupun bangun awal 4.30 am sebab nak sediakan breakfast & lunch. Untuk breakfast ibu sediakan sardine untuk sandwich. Roti beli di Petronas masa isi minyak & top-up touch n go. Manakala untuk lunch nasi putih, ayam lemak cili api, paru goreng berlada, cencaru tiga rasa, kobis & kacang panjang tumis, telur asin dan sambal belacan. Fuhh.. siap2 kemas dapur dah jam 6.30 am. Kids excited… 5.30 am dah bangun, siap mandi.
Alhamdulillah.. perjalanan sangat smooth.. cuaca plak sejuk je sebab malam tu hujan. Di sesetengah tempat berkabus. Sebab dah lama tak ke PD, exit pun dah lupa. Rupanya selepas exit Seremban ada exit Seremban/Port Dickson. Lepas bayar tol rasa macam salah.. dalam fikiran ada exit Port Dickson. U-turn lepas tol. Drive ke depan lagi.. ada tol Senawang.. aikk.. rasa macam jauh. Buka google map.. disuruh masuk susur Pedas/Linggi.. ikut je lah.. Jalan dalam ni sangat ok. Tak banyak kenderaan pun. Ayah bawak kereta pun rilex2 je. Sampai dalam jam 8.30 am. 1st check point di Pantai Cahaya Negeri. Masa ni tak ramai orang pun. Kita berkelah di situ.. cuaca sangat redup dan nyaman.
Sementara yang lain sampai, ayah dan anak2 jalan2 di Pulau Burung.. pulau yang kecil.. jalan ikut jambatan je.. ada gazebo.. mungkin tempat orang memancing.. tiupan angin yang nyaman gitu.
 

 

Yang lain sampai jam 9.30 am. Boleh lah breakfast beramai2. Cik Elis bawa macaroni goreng dan roti sosej dan Cik Baya/Cik Wada bawa nugget dan ayam goreng.
 
 
Lepas makan diorang nak jalan ke Pulau Burung dulu.. ambik2 gambar.
 
Selepas tu baru kita gerak ke 2nd check point.. Muzium Tentera Darat. Ini kunjungan kedua beramai2. Bagi kami yang ketiga. Masa kunjungan kedua arwah atuk ada lagi. Seronok atuk datang sini. Maklumlah bekas polis bantuan.
Kali ni datang memang ramai orang.. meriah rasanya. Free entrance ya. Boleh lah bergambar2 dalam helikopter, kereta kebal dsb. Bagi anak2 pengalaman naik semua tu.
12.50 pm bertolak ke Melaka pula. Sampai dalam jam 2.30 pm. Bilik pun dah ready. Selepas Ayer Keroh tu jem dalam 10 minit. Cik Ami yang datang dari Kajang pun mengalami kesesakan di jalan raya.. bertabah lah yer.
Sampai2… solat dan rehat.. lunch juga sebab perut pun dah lapar. Petang dan malam aktiviti santai je.


Homestay 1, 3 bedroom & 2 toilet
Since petang ayah try cari another homestay sebab rasa crowded sangat. Memang susahlah nak dapat sebab long weekend dan cuti sekolah akhir pulak tu. Dok cari sana sinun, dapatlah homestay thru Airbnb. Dalam 2km dari homestay yang kita duduk. Lepas maghrib kami pergi ke homestay 2.. oklah.. tepi jalan besar juga.. Taklah besar mana.. tapi boleh accommodate another 3-4 families in there.
Homestay 2. 2 Bedroom & 1 toilet (bilik mandi separated with toilet)
 
Since Cik Ujang pun dah keluarkan barang2 masuk dalam homestay 1, maka Cik Nora, Ummi dan Ci Biela yang semua baru sampai untuk stay di sana. Lepas makan2 mereka gerak ke sana.. Sebab homestay 2 ni tak berapa nak ready (last minute contact) maka kena sapu2 lah bilik n ruang tamu. Dapur tak berapa nak presentable sangat sebab banyak sangat perkakas compared to basic thing seperti di homestay 1. Since tak masak heavy meal di homestay 2 tak pelah.. untuk tidur dan berehat memang selesa.
Dinner Cik Ana dan Cik Ami bawak + balance siang tadi.
 
Lepas settle urusan homestay, ibu, ayah dan Cik Fatin minum2 dan makan sikit kat restoren berdekatan.
 
Homestay 1 = RM250 per night tapi bayar RM450 je untuk dua malam
Homestay 2 = RM100 per night, jadi RM200 untuk dua malam.