Pages

Wednesday, July 10, 2019

Sejahtera ke atas Tun M

Hari ni ulang tahun kelahiran Tun Mahathir uang ke 94.
Semoga Tun sentiasa sihat dan di dalam Rahmat Allah.

Tun dilahirkan pada 10 Julai 1925.


Monday, July 8, 2019

Beraya di rumah Acik Zarifah

Selepas beraya di rumah uncle Badri, kita singgah ke Sekolah Alam Shah sekejap..sempatlah ayah ambil gambar.
Selepas itu ke rumah senior ibu di UUM, Acik Zarifah. Itu pun last minute whatsapp. Kalau ada rezeki dapatlah berjumpa.

Acik Zarifah yang cantik dan baik hati.

Masa sampai tu acik Zari pun baru je sampai rumah.

Ayah kan peminat sofa😂

Dekat jam 7 kita minta diri dulu lah sebab esoknya kan hari bekerja😣

Sunday, July 7, 2019

Beraya di rumah Uncle Badri

30.6.19 Ahad
Berkesempatan beraya ke rumah Uncle Badri dan Auntie Su di Cheras.
1st time kami ke sana. Cantik rumah uncle Bad. Perabot dari Jakarta kerana sebelum ni uncle Badri adalah CEO KPJ Jakarta.

Family picture.
Uncle Badri ada 3 anak perempuan seorang anak lelaki.

Kakak Widad suka sangat dengan Ammar.

Ayah dan uncle Bad. Dulu masa uncle Bad kahwin ayahlah jadi pengapit semasa di Melaka.

Tak tau sembang apa ntah.

Juadah tengahari yang disediakan.

Anak bongsu Uncle Bad ni bernama Ammar. Special needs kid. Tapi ibu sangat bangga dan terharu sebab Ammar datang duduk di riba ibu dan siap cium2 ibu lagi😢

Menurut mama Ammar, Ammar susah nak dekat dengan orang lain walau keluarga terdekat. Hanya orang yang dia rasa secured je dia datang dekat.

Semoga Ammar sihat2 selalu.

Essential Oil Young Living

Setelah beberapa tahun baca dan ikuti perkembangan pati minyak dari FB ticer Norhidawati, terbuka lah hati juga nak cuba..
Walau dah beberapa ada promo, baru kali ini bulat hati beli juga.

Terus whatsapp ticer cakap nak try.. bagi ic dan details.. terus ticer register kan... sebelum tu transfer RM675 dan postage RM25. 

 Beli Premium Starter Kit (PSK) yang berharga RM750. Ada special promo sampai dilanjutk diskaun 10% tu yang dapat RM675.

YL hantar terus ke ofis tapi hanya dapat jumpa ticer Watie Rabu 5.7.19

Hari Rabu ticer datang sebab nak ambik beberapa item yang co-ship bersama.

 Sharing one to one.
Rasa syukur dan bangga ehhh... sebab Crown Diamond yang bagi sharing.
Fuhh... banyak yang diajar... tentang minyak dan juga modality.
Itu pun rasa banyak yang tak tau lagi.
Konon sharing 1 jam... hahhh... ambik.. dekat 4 jam... dari 6.30 pm sampai 10 pm.

Nak tutup dah Rest. Six Row, Setia City Mall.

Content PSK macam di bawah.

Everyday Oils Essentials Oil Collection, 10 minyak berharga RM625.50 dalam 5ml setiap satu.

Terdiri daripada essential oil singles iaitu Lemon, Lavender, Frankincense, Copaiba dan Peppermint.

Juga terdapat essential.oil blends iaitu Digize, Thieves, RC, Purification dan PanAway.

Blend ni maksudnya campuran beberapa esential oil.

 Dalam PSK ni ada plak Basic Starter Kit (BSK) yang berharga RM220.00

Dalam ni ada Thieves Waterless Hand Purifier, 2 pkt Ningxia Red, AromaGlide Fiment, botol sample, kad bisnes dan EO Spearmint.

Ticer Watie siap bagi free 2 tube Nitro.

Dalam PSK set juga ada Dewdrop Ultrasonic Diffuser (DDD) berharga RM300.

Set DDD terdiri dari 1 diffuser dan 2 EO Lemon dan Lavender.

Kalau beli set PSK ni sangat berbaloi2 RM750.instead beli satu2.

Set Every Day Oils - RM625.50
Set BSK -                     RM220.00
Set DDD -                    RM300.00
Total -                       RM1,145.50

Jimat RM395.50

 Yang ni souvenir dari Portugal.
Waaaa... seronok lompat bintang dapat ni😀😀

Pic 1st time jumpa ticer di Wisma Bling Lustre Puchong... lama dah kenal dalam 9 tahun.

Tulah.... dengan izinNya baru nak berjinak2 dengan minyak.

Semoga bermanfaat buat kami sekeluarga.

Nanti kita cerita pasal minyak plak.

Saturday, July 6, 2019

Coach USA😎

Saje nak matchy matchy.
Haha... riak ke tu.
Taklah.
Reward untuk diri sendiri.

Sebelum ni dah pakai sling bag coach tu.
Since uncle Zaki offer nak tolong belikan dari US... ahhh... sukar untuk ditolak.

Memang ada niat nak beli purse sebab wristlet dah ada.

Harga asal USD250.
Ada diskaun 70%
Fuhhh... tinggal USD70

So bayarlah RM280
Ayah bayarkan separuh.
Hoyayyyyyy

Friday, June 28, 2019

Hari Interaksi SRA dan breakfast dengan nenek

 Pagi ni ibu dan ayah ke SRA.
Ustazah cakap Wafi rajin bantu ustazah dan kawan dalam kelas.
Ehhhh... kalau di rumah.... aduhduhduh..

 Ni keputusannya.
Alhamdulillah semua baik2.
Jawi dan sirah kena dipertingkatkan.
Ustazah tanya Wafi mengaji di mana sebab bacaannya baik.
Alhamdulillah... berkat usaha dan tunjuk ajar ustazah di transit dengan izinNya.

Lepas tu balik rumah nenek ingat nak ajak nenek breakfast.. rupanya baru balik dengan Cik Fatin.

Datang juga... sebab nak temankan Cik Biela.
Bolehlah medang sekali.
Sambil tu borak2 dengan orang kampung yang dah pencen.. syioknya kehidupan diorang.. relax je takyah gi kerja😂😂

Thursday, June 27, 2019

Semester ke 3

Malam ni abang Imi balik ke Poli.
Esok hari pendaftaran.
Bami balik sendiri je... ibu ayah tak hantar tau.
Lelaki kena kuat dan berdikari😀

 Ada sedikit syahdu.
Setelah 2 bulan bercuti.

 Bye.. bye abang Imi.
Teruskan menuntut ilmu kerana Allah.

 Ehh.ehhh..
Terminal bas Shah Alam yang baeu di Seksyen 17.

 Ootd... nak tunjuk pallazo kids baru.
Takde bergambar pakai track suit je😬😬

Nape muka masam.. rindu abang ke tew😊