Pages

Thursday, September 17, 2020

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 2 Part 3


Sebelum ke Desa Dairy Farm singgah dulu di pekan Kundasang.

Sayap Madu Pak Ali

Sayap @ kepak madu yang femes.
Beli sayap 20 pcs, buntut dan pedal 6 pcs each.
Buat alas perut sebelum dinner. Padahal tak ambil lunch pun sebelum tu.

Kepak tu akan dibakar semula untuk disapu madu. Makan ni kat Desa Dairy Farm. NIKMAT

Desa Dairy Farm

Rezeki kami sebab dapat masuk walau sekerat tu je. Ada officemate datang masa Hari Merdeka memang totally tutup dari pintu pagar di bawah.

Kemuncak dah tertutup awan sebab kami sampai pun sudah jam 4 lebih.
Angin memang kuat kat atas ni. Siap berbunyi-bunyi lagi. Sejukkkk. Cameron pun kalah teruk.

Biasanya kalau nak tengok puncak dari jam 6 am to 10 am kalau cuaca baik.
Kalau awal pagi hujan memang takkan dapat tengok kemuncak gunung.

Kalau abang Imi dan kakak Widad ada mesti lagi best.

Sejuk sangat ke nenek😅

Tak ready.

Lembu-lembu jauh.
Kalau boleh masuk dapatlah makan aiskrim.
Ladang ni tutup sempena PKP.

Ini dijual di tepi-tepi jalan kat Pekan Kundasang. Avocado besar2 tapi rasa kat hujung ada pahit. Ibu beli 2 biji je. Dah kena beli pisau pulak😅

Tak boleh move on lagi.
Cantik sangat.

Entiti dikesan belakang tu.. ini mesti Cik Fatin sedang pujuk Wafi untuk ambilkan gambar.. hurmmm... ibu malas nak layan hahaha. Asyik gambar Cik Fatin je.

Angin kuat sampai herot berot tudung.

Wafiiiiii

Kalau cuaca panas mesti lagi cantik belakang tu.

Ok.. last.
Dah jam 5 pm.

Dinner 


Dinner berlatar belakangkan gunung.
Restoren Hidayah kalau tak silap.

Sebelum balik resort beli maggi cup dan buah-buahan untuk makan diresort.

Malam tak buat apa2. Jam 10 pm semua dah tidur.
 

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 2 Part 2

Perjalanan diteruskan ke Kundasang. Sebelum tu singgah sebentar di pekan Nabalu.

Pekan Nabalu

Pekan ni tempat persinggahan sebelum sampai Kundasang. Awas dengan anjing ya. Tak survey ada tak kedai makan.

Ada kedai cenderahati dan lain-lain.

Banyak pula buah tarap.dijual di sini. Saiz ni baru RM4.

Datang Sabah wajib try buah ni. Antara buah yang tidak boleh dibawa masuk ke hotel.

Nenek Ina sedang menikmati tarap. Sedap. Manis. Ala2 cempedak tapi takde lah kuat sangat bau dia.

Ayah beli buah durian hutan Sabah sebelah kanan. Takde feel makan durian sebab tiada bau hehe..

Banyak jenis beras. Ibu beli beras Bario sepeket RM10.

Lagi teruja bila gunung Kinabalu ada di depan mata.

Kinabalu Park

Entrance fee : RM5

Tak boleh park di atas. Ayah je naik sebab nak beli sijil sampai ke kaki gunung RM5

Kami dah penat nak berjalan.

Ambil pic dari jauh je.

Rose Cabin

Saje singgah sini nak mengimbau kenangan lalu. 1st time pergi 12 tahun lepas rasanya, kami naik bas je dari KK. Tambang RM10 seorang. Bas berhenti betul2 depan hotel ni.

Dulu banyak sayur-sayuran ditanam di sini.

View gunung.


Hangatkan badan. Kami order milo dan teh panas juga roti bakar.

Selepas itu terus ke hotel untuk check in dulu.

Zen Garden Resort

Book melalui Booking.com semalam RM130. Nak masuk sini jalan takdelah scary sangat cuma ada jalan yang tidak elok.

Bilik yang besar dan sangat selesa.
Malam sangat sejuk.. kalau hujan pasti menggigit hingga ke tulang.

View dari balkoni. Gunung berada di sebelah kanan. Bawah tu ada taman.

Lepas dah simpan bag dan solat, kami keluar semula dalam jam 3.45 pm untuk le destinasi seterusnya.



 

4H 3M Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 2 Part 1

Seawal 7 am kami turun bersarapan.
Di KK, subuh jam 4.50 am. Jam 6 am dah terang benderang.

Ikut schedule, kami check out jam 8 am untuk menuju ke Kundasang. Sebelum tu isi petrol full tank sebab sepanjang jalan ke Kundasang tiada petrol pump. Masa dapat kereta hari sebelumnya tank ada separuh.

Pasar Pagi Sinsuran

Nenek Ina nak beli tepung ambuyat kiriman dari seorang rakan. Tak banyak gerai yang jual tepung ni.

Kiri tu tepung ambuyat yang diperolehi dari pokok sagu. Sebelah kanan tu ubi.

Keadaan dalam pasar basah. Gigih juga nak cari buah tarap yang hanya diperolehi di Sabah. Mujur ada 1 gerai yang jual. Dijual berdasarkan saiz buah. Nenek Ina beli 2 biji saiz kecil berharga RM7 & RM8. Itu pun kena tunggu 1-2 hari baru boleh makan. Jadi seller tu bungkus plastik dan kami biar dalam kereta je.

Rumah Terbalik, Tamparuli

Entrance fee : Dewasa RM12, Kanak-kanak RM6

Masa kami sampai tak ramai orang jadi boleh bergambar dengan bebas.

Adik yang jaga situ willing to help sebab mereka lebih mahir di mana shot yang cantik.


Pening aih hahah

Ada lagi banyak spot cuma tak upload di sini.

Gigih eh angkat Kancil.

Side sebelah lagi.


Bersama tourist guide yang cantik. Gadis keturunan Sino-Kadazan.

Jambatan Tamparuli

Entrance fee : Free

Tapi mereka ada sediakan tabung sumbangan.

Mereka adalah sukarelawan yang membuat welcome dance.

Adehh.. gayat.

Tak sampai tengah pun.

Seberang sana ada pekan. Bawah tu jambatan yang menghubungkan pekan. Hanya ada satu laluan sahaja.

Baru perasan warna sedondon.

Nenek relax je berdiri atas jambatan. Deras juga sungai bawah tu.

 

Wednesday, September 16, 2020

4H 3M Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 1

16 Sep 2020, Hari Malaysia

Alhamdulillah... setelah menunggu hampir 11 bulan dan dalam kegusaran Covid19 yang melanda Sabah di Lahad Datu dan Tawau, kami jejakkan kaki kali kedua di Kota Kinabalu. Kali ni bawa Wafi, nenek, Cik Fatin dan nenek Ina.

Masa book bulan 11 tahun lepas, return tiket seorang RM400. Bila book untuk batch kedua se minggu sebelum bertolak jump kepada RM700 seorang. Fuhhh.. pejam mata je mereka beli.

12 jam sebelum masuk Sabah dah boleh isi form Health Declaration. Kalau tak isi online, masa dalam flight krew kabin akan beri borang untuk diisi.

URL seperti di atas.


Lepas dah isi screenshot nanti tunjuk di airport kepada petugas. Mereka akan arahkan ke lorong yang betul. Ada kaunter petugas KKM.

Airport KLIA 2

Sekarang kena buat self check-in. Kalau pergi kaunter Air Asia akan caj RM20 seorang. Print boarding pass dan bag tag kat mesin. 

Boarding pass ibu takleh print pulak.. so pergi kaunter mereka printkan without any extra caj. Bag tag pun mereka print lagi.

Mujur ada cik Fatin. Dia lah tolong setel.

Kalau ada passport boleh guna sebab masa kat KK, Imigresen akan cop. Kalau guna IC, mereka beri satu keping kertas Pas mention tak boleh tinggal lebih dari 90 hari. Pas ni kena simpan baik-baik sebab masa nak balik ke KL nanti, kena serah balik.

Bagi kanak-kanak bawa Mykid je tak perlu bawa surat beranak. 14 tahun lepas masa bawa Bami dan Kawi, kami bawa surat beranak sebab zaman mereka tiada Mykid.

Kali ni since Wafi ada passport, ibu guna je passport tu sebab nak tambah cop😀

Dua-dua flight pun on time.. takde delay apa. Setakat yang kami naik semua flight ok. Mungkin awal pagi dan sekarang flight schedule tidak seperti sebelum covid19.

Infligt meal.

Since flight kami pagi, 1st batch (nenek, cik fatin dan nenek ina) 6.40 am dan kami 7.20 am bolehlah breakfast dalam flight. RM10.60 termasuk mineral. Hanya prebook je sekarang ni.

Perjalanan 2 jam 30 minit.

Facemask souvenir dari AirAsia. Sekeping RM16.00. Ada corak Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Ibu beli Malaysia dan Indonesia. Dalam pic Indonesia.

Sampai airport KKIA, kami minum2 sementara tunggu Jenggotman dan grab.
Terus ke Jesselton Point untuk island hopping.
Grab MPV RM10.

Jesselton Point

Tiket boleh dibeli di kaunter-kaunter ni. Mereka akan offer pakej masing-masing.

Kami minta Jenggotman belikan. Sepatutnya hopping ke 3 pulau tapi Pulau Sapi tutup pula. Jadi pergi Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Kami bayar RM300 untuk boat transfer, terminal fee ke pulau (sekali bayar boleh guna ke semua pulau) dan snorkeling equipment.

Musim PKP ni hanya dibenarkan 150 orang je di satu-satu pulau.

Sementara tunggu turn speedboat, bergambar di jeti.

Dalam bot kami ada lagi 2 orang pengunjung + Jenggotman.

Masa kami bertolak ke pulau, nampak mendung. Di pertengahan laut hujan turun agak lebat. Dengan laut bergelora. Dalam bot dihempas2. Sakit bontot hahha.. masa ni istighfar banyak2. Teringat kat Bami dan Widad huhu..  takut bot terhempas je. Perjalanan terasa lama pula.

Pulau Manukan


Masa sampai Pulau Manukan, hujan masih bersisa. Angin sangat kuat. Bendera merah telah dinaikkan. Jadi tak boleh turun dan mandi laut.
Ombak kuat dan kayu-kayu dibawa ke pantai. Memang tak dapat tengok kejernihan air di pulau ni.

1 jam 30 minit di sini, kami lunch makanan  dibeli di jeti. Makan sambil diiringi hujan dan angin kuat. Berpindah makan dari bangku bawah pokok ke dalam kedai makan. Staff kedai bagitahu hati-hati takut pokok tumbang. Bila matahari dah naik sikit, ambil2 gambar. 

Masa ni tinggal grup kami je di sini.

Gambar berlatar belakangkan pulau Manukan.

Pulau Mamutik

Lepas tu gerak ke Pulau Mamutik. Dekat je dengan Manukan.

Kat sini bendera ungu.
Maksudnya boleh mandi tetapi perlu dipantau oleh lifeguard. Wafi dan ayah je mandi.

Kat sini pantai lagi bersih. Sayang juga sebab tak dapat tengok air yang jernih sebab lepas hujan.

Ibu taknak turun sebab baju dah basah kena hujan masa otw tu. Dengan tuala dan baju salin basah. Agak tak selesa. 

Pakaian dipakai kering sket dik kerana angin yang kuat.

Pulau di sini tutup jam 4 pm.
By 3.30 pm tu kami dah tinggalkan pulau Mamutik.

Sangat sayang dua-dua pulau tak dapat buat aktiviti snorkeling. Tidak ada rezeki. Mungkin lain kali🤭

Jesselton Point

Jesselton Point.

Kat luar bangunan harga lagi murah. Boleh tawar lagi.

Sementara tunggu Exora sewa.
Kami dapat harga RM180 sehari.

Jeti
Belakang tu Jesselton Duty Free.

Dreamtel Hotel

Kami check in Dreamtel Hotel dalam jam 4.30 pm.
Book melalui Booking.com, RM120/malam termasuk breakfast.
Ambil 2 bilik.
Bilik sangat selesa dan bersih. 

Musim PKP breakfast ala carte boleh pilih dari menu yang ada. Semua sedap. Harga top up hanya RM10 je. Ada pilihan Asian dan Western.
(Pic tak susun since ni content tentang hotel🤭)

Rehat-rehat sebelum keluar dinner jam 8 pm.

Restoren Masakan Sedap

Kami pergi ke Restoran Masakan Sedap hasil recommendation dari atok Azhar.
Ambil pakej ini kecuali topup udang masak butter basah.

Jatuh cinta dengan salted egg crab tu.

Siput ni dalam set. Kena tarik isi dalam tu.

Harga semua dalam RM350.00
Nampak pricey tapi masakan memang tersedap.
Highly recommended.

Since awal lagi, kami google tempat menarik. Nampak Pasar Malam Sinsuran. Rupanya sebelah tu Pasar Philipin.
Ok...setelkan shopping malam tu.

Pasar Malam Sinsuran

Ni di Pasar Malam Sinsuran. Tak beli apa pun di sini.

Beli udang kering, bilis kuih cincin dan keropok Amplang di sebelah Pasar Philipin. Banyak kedai2 dalam tu tapi kami Lot 10 sebab malas nak pusing semua kedai dan kita pun mematuhi SOP. Kedai ni kat bahagian tepi je.
Harga boleh tawar.
Udang kering gemuk dan nampak segar RM80 sekilo.

Lepas tu beli souvenir berupa gelang, rantai, kerongsang dan butang baju melayu mutiara di depan pasar.
Harga lebih murah dibandingkan dengan pasar Philipin. Sepatutnya nak ke Jamilah Jewellery tapi ia tutup jam 6.30 pm.

Fuhhh... selesai hari pertama.
3 kotak barang dagangan duduk dalam boot je.
Tak boleh tambah lagi... karang takde tempat nak duduk.

Kelebihan shopping awal, lepas ni tak perlu fikir tak puas nak shopping. Ini pun diluar schedule.. sepatutnya hari ke 3 tapi memandangkan pasar pun tutup jam 11-12 mlm dan kita ada masa, why not setelkan dulu sopink.

Tak worries hal perbelanjaan sopink sebab dah tepikan siap2 seorang RM600 untuk belanja sepanjan di KK dan Kundasang.

Lagipun ATM melambak hahah.