Pages

Saturday, August 27, 2022

Cari Makan dan Jalan-jalan Dalam Mall

Masa sampai hotel masing-masing dah lapar. Lepas solat Asar turun mall untuk late lunch. Kita makan di food court je.

Makanan so-so je.

Ibu cuma makan Ipoh Loh Hor Fun. Taknak makan berat sangat.


Wafi mulanya taknak makan, akhirnya terpedaya dengan nasi ayam.

Lepas makan shopping baju plak. Banyak kedai bagi diskaun yang menarik sempena Hari Merdeka.

6.30 pm baru kita naik bilik. Nak prepare untuk next aktiviti pula.
Ayah plak beli kot baru sebab ada good deal kat FOS. Padahal dah bawa siap dari rumah. Hurmm... dah satu hal plak nak gosok🙃



Since tak ada orang kat lobi kita ambil peluang bergambar.

Ayah tu style baru ke bergamabar, silang2 kaki plak😬

Laaaa.... terselit gambar Bami dan Dikwan plak kat sini. Ini pic masa sampai tadi.
 

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Petang ni ayah bawa kita ke Hotel Berjaya Times Square, KL kerana malam nanti ibu dan ayah akan ke konsert.

Sampai pun dah 3.45 pm since kita keluar almost 2.30 pm sebab ayah perlu ke kolej ada new intake. Masa ni ramai juga yang sedang check-in.

Simple je hiasan di lobi hotel.

Sementara menunggu ayah register untuk check-in. Dekwan pun join juga since weekend balik rumab nenek.

Hallaway hotel.

Bilik besar. Masuk pun dah sejuk since aircond sudah terpasang.

Wardrobe dan kiri tu changing room.

Meja solek di changing room.

Toilet bersih.

Shower dan bath tub berasingan dengan toilet.

Katil king.

Sofa tu dipisahkan dengan kabinet tv.

Safety box juga disediakan selain iron dan iron board.

Best sebab ada meja solek/sink di changing room.

Ini pula sink di bathroom.

Toilettries yang disediakan.

Comlimentary drinks.

Mineral water.

Complimentary snacks selain teh dan kopi.

View yang mahal dan cantik dari bilik.
Bangunan kedua tertinggi di dunia (buat masa ini😅)
Lepas hujan jadi berkabus.

Bilik ni ayah dapat 50% since kita beli tiket konsert untuk malam ni.

Picture bila ada matahari kat luar

 

Friday, August 26, 2022

Shelly In The House

Hari ni baru sempat jemput Shelly balik rumah. Pickup di Oilylicious Healthcare Sdn Bhd (OHSB). Ticer Watie pesan ambil dari PA, Wan Ann sebab beliau ke Kuching atas urusan kerja. 

Wafi tak sabar tunggu si penyu ni.

Diffuser ke-11 
Ahhh... susah bila addicted to YL diffuser😎

Terus kita pasang malam ni with eo Lemon, kegemaran Wafi.
 

Wednesday, August 24, 2022

Umrah dan Ziarah Nenek dan Cik Fatin

Nenek dan Cik Fatin sudah selamat tiba di rumah, Alhamdulillah.
10 hari mengerjakan umrah dan ziarah dari 14 - 24 Ogos 2022.

Ibu simpan sini gambar-gambar yang Cik Fatin kirimkan di whatsapp grup keluarga.

Gambar-gambar sekitar Masjid Nabawi

Rezeki mereka dapat masuk Raudhah dan tak ramai sangat jemaah.


Sudah shopping buah-buahan kering dan kurma.





Gambar-gambar sekitar Masjidil Haram

Lepas umrah.

Bestnya mereka.

Ibu purposely minta Cik Fatin ambil gambar bawah Tower Clock.
Jauhhhhhh diambilnya.

Perjalanan balik.

Cik Baya dan Cik Man jemput mereka di airport.

Alhamdulillah sampai.
Touch down 11.15 am 

Cik Ami dan Cik Amir cuti juga hari ni sebab pengasuh anak-anak ada hal pula.
Boleh lah mereka ke KLIA terus.



Screenshot dari story Cik Fatin.


Ibu kirim sejada corak karpet Raudhah.
Sekali... brand Minwal nenek belikan😍

Ole-ole dari Tanah Arab.

Ibu dan Cik Elis ambil tugas menyediakan makanan tengahari.
Masak ringkas je,
Ayam masak lemak cili api, tauhu dan tempe goreng, ikan goreng, kerabu sayur, ulam pucuk ubi dan betik rebus juga sambal belacan. 
Ada tembikai dan buah mata kucing kegemaran nenek juga.

Since kita masak banyak boleh lah adik beradik lain dan anak-anak yang balik dari kerja dan sekolah dinner sekali.