Pages

Monday, February 5, 2024

Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang

Simpan sini buat ingatan.
Klang dah jadi bandaraya juga akhirnya.

Isnin, 5 Februari 2024

Logo baru.
 

Sunday, February 4, 2024

Bas Tunggu Abang Imi

Tadi ibu hantar Abang Imi ke Stesen Bas Klang Sentral 4.40 pm sampai. Ibu park tepi jalan je berhampiran bas Sani. Bami kata nak tunggu 10 minit lagi baru keluar. Keluar je dari kereta, dari jauh staff Sani express dah tunjuk 5 jari dan tunjuk bas. owhh.. bas dah ada. Driver bas kata seorang je dari Klang. Kalau dah ada penumpang boleh jalan walaupun jadual perjalanan jam 5 pm.

Patutlah staff Sani Express boleh cam Bami sebab dia seorang je bawak beg travel nak menghala ke kaunter. Dah jadi kebiasaan untuk bertanya nombor bas untuk dinaiki. Ini tak sempatlah tanya๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Selalu naik bas yang turunkan penumpang dulu. 

Mujurlah bas tak gerak tapi kalau ikut memang belum sampai masa. Ibu pun tak sure staff kaunter akan call ke tidak jika belum sampai tapi bas nak gerak. Sebab nombor telefon dan email semua ada.

Duduk atas sorang².. book tiket pun awal jadi dapatlah single seat.

Ok Bami.
Semoga perjalanan pulang Allah permudahkan.
Jumpa lagi nanti bila habis exam 21hb. Balik rumah 2 minggu ni sebab study week.

All the best untuk exam pada 6, 8, 13, 19 dan 21 Feb 24.

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ๏ญูْุชَุญْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุญِูƒْู…َุชَูƒَ ูˆَ๏ญู†ْุดُุฑْ ุนَู„َูŠْู†َุง ู…ِู†ْ ุฎَุฒَุงุฆِู†ِ ุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูŠَุข ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ Maksudnya : Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Jumpa gambar Abang Imi dan Wafi dalam galeri. Gambar 2 bulan lepas masa Bami balik cuti Krismas sekejap sebab nak tengok adik dia.
 

Saturday, February 3, 2024

Tahlil Keluarga

Malam ni dapat berkumpul dengan adik beradik ibu untuk buat tahlil keluarga. Majlis ringkas dan buat sebelum kedatangan bulan Ramadhan.

Ummi, Cik Ujang, Cik Nora dan Cik Fatin tak dapat join atas urusan keluarga masing².

Tahlil dan bacaan Yaasiin kita buat selepas Maghrib.

Selepas bacaan Yaasiin tunggu lah situ dulu sementara masuk waktu solat Isyak.

Lepas solat Isyak bolehlah semua menikmati hidangan makanan yang dibawa secara potluck.

Friday, February 2, 2024

Bawa Nenek Makan Tosei

Siang tadi ayah cakap nak ajak nenek makan tosei di Arfa Royale. Ibu cadang pergi lepas Maghrib. Cik Biela bagitau nenek kan solat Maghrib dan Isyak kat masjid. Tukar plan lah gitu. Kita pergi lepas Isyak je. Dah jadi ngeteh lah macamtu. 

Aqil ada kat rumah nenek jadi kita ajak sekali.
Abang Imi order mi goreng, lepastu ambik ayam bawang.

Tersedondon pulak malam ni.
Ayah tak puas hati sebab tosei nenek kurang garing.

Rasa tadi dah betulkan tudung nenek apesal senget pulak ๐Ÿค”
Ibu makan megi goreng je.. baru teringat... harap restoren ni tak guna jenama Maggi ๐Ÿ˜…

Thursday, February 1, 2024

Burger CP Shrimp & Seafood

Minggu lepas Cik Fatin bercuti ke Hatyai. 
Cepat je lah ibu kirim belikan burger jenama CP.
Nak yang udang & seafood. Bagi ibu ini yang terpaling sedap.
Kepingan udang dalam tu memang terasa.

Kirim 5.. 5 je lah dapat. Ingatkan Cik Fatin nak tambah ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Abang Mi pun tersuka.
Adehhh... nampaknya kena berkongsi kasih lah ni huhu...
 

Wednesday, January 31, 2024

Makan Malam di Kunak Western Food

Hari Selasa, Abang Imi ajak makan chicken chop di Kunak Western Food. Ok je janji ibu tak perlu drive. Ibu pun tak confident lah jalan ke sana jadi guna waze je. Waze tu nak senang je lah, dibawanya ikut DASH. Ok jugalah sebab petang tu orang balik kerja jadi jimatlah masa tak perlu lalu kesesakan jalan raya. Bila nak sampai, kami pun rasa pelik kenapa jalan yang diberi lain sangat. Kena lalu rumah orang. Dahlah masuk Kampung Melayu Subang yang banyak rumah-rumah. Bila nak sampai tu memang kena masuk lorong ke dalam. ahhh... sudah... ibu call Kawi betul tak nama kedai tu Kunak. Kawi kata gerai tu dah pindah. So betullah tempat yang kami nak tuju tu.

Rupanya gerai ni pindah bersebelahan dengan rumah owner disebabkan salah satu gerai MBSA mengalami kebakaran dan semua peniaga diarahkan pindah pada bulan June 2023. Gerai sekarang ni di Kampung Melayu Subang manakala gerai MBSA sebelum ni terletak di Subang Perdana.

Yang tak bestnya, parking susah pula. Mujur kami sampai tu awal lagi jadi boleh lah park kereta di kawasan car wash tapi kena jalan ke belakang lalu rumah-rumah orang. Kalau parking situ penuh tak tau lah mana nak park sebab jalan besar situ tak ada bahu jalan pula.

Tuesday, January 30, 2024

Nasi Lemak dan Hantar Wafi

Hari Sabtu ETS Wafi jam 10.24 am. Ayah pula nak gather dengan geng SAS dan minta buatkan nasi lemak sambal sotong. Jumaat malam tu lepas balik bawak Wafi window shopping, ibu buat preparation untuk nasi lemak. Yang penting sambal tu lah sebab kena masak lama. Hampir jam 12 setel semua. Esok pagi barulah masukkan sotong. 

Cuma tak puas hati bila dah siap sambal jadi kurang pedas. Sebelum ni kedai yang sama ibu beli cili kurang pedas dan campurkan dengan cili pedas. End-up sambal jadi terlalu pedas dan kena adjust. Kali ni pakai cili kurang pedas, bila siap memang tak pedas lah bagi tekak ibu ๐Ÿ˜

Buatlah sekali untuk makan kat rumah.
Sambal tu ibu asingkan untuk buat sambal kosong dan sambal sotong.

Terpaksa guna beras basmathi untuk dapat tekstur nasi yang berderai. Lagi-lagi nak masak banyak. Ibu kan selalu fail bab nasi lemak ni. Bila guna beras basmathi aroma lemak dan wangi tu kurang.