Pages

Tuesday, November 26, 2024

Singapore 2024 - Vivo City, Harbour Front

Seterusnya kami ke Vivocity untuk parking kereta, makan, solat dan ke Sentosa.

Bila dah tersalah jalan, kereta yang dipandu termasuk ke Pulau Sentosa. Menurut Cik Yun, orang Singapore pun tak bawa kereta masuk sini. Terpaksalah bayar entrance fee SGD6 kemudian u-turn untuk ke Vivo City Mall yang terletak di Harbour Front.

Parking kereta elok-elok, berpusing-pusing juga untuk dapatkan petak parkir dalam Vivo City ni..

Singapore 2024 - Jewel Changi Airport

Destinasi pertama adalah Jewel Changi Airport. Kereta dipandu terus ke Terminal 2. Ibu nampak ada 4 Terminal Penerbangan di sana. Lapangan Terbang Jewel Changi merupakan hub penerbangan dan pusat perniagaan bertemakan alam semula. 

Kat sini kami ambil gambar sahaja tapi sebelum tu ibu dan nenek tukar baju biasa di dalam tandas, mudah untuk bergerak. 
 
Bahagian tengahnya ialah air terjun dalaman tertinggi di dunia, Rain Vortex. Ia dikelilingi oleh persekitaran hutan teres yang menghijau.

Ini di tingkat paling atas.
Bunyi air nya sangat tenang.

Short Trip Ke Singapore 2 Hari 1 Malam

Cik Fatin datang bersama Cik Yun jemput kami di Paragon Mall. Disebabkan kereta hanya muat 5 orang, hanya ibu, nenek dan Abang Imi yang akan masuk ke Singapore.
Trip ni betul-betul last minute plan, seminggu sebelum je. Masa tu sembang-sembang sambil breakfast dengan nenek dan adik-beradik ibu kat gerai. Ibu cerita nak ke JB nanti boleh lah pergi ke Danga Bay tengok Singapore dari situ. 

Cik Cha kata dah alang-alang sampai JB dan drive jauh-jauh tu masuk je lah Singapore. Haaa... good idea, boleh juga bawa nenek dan Kak Widad sebab mereka  tak pernah sampai lagi. Bami nak ikut tapi tak cukup seat jadi ibu bagi alasan masa kecik umur setahun lebih (2002)  dah pernah sampai 🤣.
Sekali Kak Widad dah ada plan CSR hari Sabtu dan Isnin tu trip ke Jakarta dah finalise. Jadi dia taknaklah ikut. Dapatlah Bami pergi, kebetulan few months tu dah renew passport walhal tak plan ke mana-mana pun lagi masa tu. 

Itinerary day trip yang Cik Yun sediakan.

Monday, November 25, 2024

Menyantuni Walimatul Urus Amira & Aqmal

Walau dah biasa travel ke Kulim tapi bila ke JB ni terasa jauhhhhhh lah sangat. Jalan yang kita tak biasa gitu lah perasaannya.

Disebabkan ayah memandu ikut had laju kebangsaan, 6 jam baru sampai JB. Bak kata Cik Biela, naik lori lagi cepat🤣 Target untuk sampai ke tempat kenduri jam 11 am, terlewat 30 minit sebab berpusing² google map tunjuk jalan dengan Abang Imi mencari toilet pulak.

Dewan kahwin terletak di Paragon Market Place, Tampoi. Bawah tu shopping mall tapi kami tak masuk, terus ke wedding space di tingkat 2.

Bunting di pintu masuk.

Sementara tunggu ayah jumpa kawan², ibu makan kuih-muih dulu.

Nenek taknak makan kuih tapi nak makan cendol.

Bami pulak taknak makan nasi hanya ambil apam balik. Masa kat RnR dah makan nasi lemak itu yang kenyang lagi.

Sampai² tu jumpa Auntie Syima, kawan UUM ibu ayah. Sebelum ni duduk di Shah Alam namun berpindah ke Johor ikut husband  yang bekerja di Iskandar Puteri. Husband beliau juga rakan U.

Ayah makan sikit je sebab dok sibuk jumpa kawan² yang kebetulan ramai menghadiri majlis ni. Ada yang ibu kenal. Ada juga unimate perempuan biasa jumpa tapi tak kenal nama dan ada yang lupa.. adehhh...

ehh... ada lengkong/agar² merah disediakan atas meja. Mungkin kat Johor je ada sementelah keluarga mereka keturunan Jawa.

Bersama kedua ibu bapa pengantin. Mesra dengan panggilan Tebod dan Caah.

Ambil gambar ni je sebab masa kami keluar dari dewan, pengantin tak sampai lagi. Nampak few times gambar pengantin bila ibunya post di FB selepas majlis pernikahan.

Semoga anakanda Amira dan Aqmal kekal bahagia melayari bahtera perkahwinan.
Sakinah Mawaddah Warahmah.

Kami tak dapat tunggu lagi sebab Cik Fatin sudah sampai untuk bawa kami berjalan². Ayah hantar ke kereta untuk keluarkan beg pakaian kami ber3 lepastu masuk semula ke dewan. Check-in hotel di Mount Austin jam 3 pm jadi ada masa lagi. Bolehlah sambung jumpa kawan².
 

UASA 2024/25

Pagi ni cikgu kelas Wafi hantar gambar anak² dalam kelas. Insyaallah bermula minggu ni anak² akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2024/25.




Wafi ✌️

Semoga Allah permudahkan urusan Wafi dan anak² lain dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun. 

Jadual exam.

Minggu ni 3 hari je dan akan bersambung minggu hadapan. 
 

Saturday, November 23, 2024

Perjalanan Ke Selatan

Pagi ni seawal jam 5 pagi ibu, ayah, Abang Imi dan nenek meredah hening pagi (ecece.. ayat novel) menuju ke selatan. Tujuannya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak unimate kami ni Johor Bahru. Kebetulan kawan kami tu bapa saudara kepada Cik Awie.

Sambil tu ambil peluang berjalan² sekitar sana. Rasa lama tak pergi JB, last sekali tahun 2016 masa konvo Paksu Shafiq. 

Singgah solat Subuh di hentian USJ. Ingat nak breakfast di jejantas RnR Ayer Keroh tapi sendu pula tempat tu. Nampak resto nasi kandar je buka. Jadi teruskan dulu perjalanan tengok mana lagi RnR boleh disinggahi.

Kita singgah RnR Pagoh.

Nampak cantik pula fountain ni. 
Cuma naik atas sikitlah untuk ke tandas sebab kawasan berbukit.

Lega rasanya dapat minum air panas. Makan pun sedap cuma tak bolehlah compare kalau makan kat restoren/gerai tempatan.

Sarapan kami... Johorean style 😁

  • Mi Jawa
  • Mi Bandung
  • Soto + begedil
  • Nasi Lemak + telur puyuh
Kalau ada sate lagi ngam rasanya😃
 

Friday, November 22, 2024

Potluck Bertema Huruf Pertama Nama

Hari ni kawan-kawan ofis pakat bawa makanan ke ofis. Jumaat rehat panjang boleh lah makan lama sikit.

Ada yang proposed agar makanan yang dibawa berdasarkan huruf pertama nama masing-masing.
Seperti biasa... dalam whatsapp group pasti ada yang terlebih kreatif šŸ˜‚šŸ˜‚ 

As - šŸ“ buttermilk & baker's cottage
Ad - Aglio Olio
Farah Hanim - Fatty rice
Zaki - Zapple
Faiz - Fresh Vietnamese Spring Rolls
Rahmat - Roti
qisTina - tart
Jabir - Jus oren & Jopiah begedil
Kamalina - Kuey teow
Nisa- Nasi goreng
Habib - Honeydew.
Ain - Aiskrim potong
Chua MF - Cake
Hakimah - Homemade mushroom soup + garlic bread
Sundri - aSsorted kuih muih

Makanan banyak... bolehlah makan sepanjang hari selagi larat.